CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akan Bebaskan Najib Jika Kembali Berkuasa? BN Tak Akan 'Campur Urusan Kehakiman' Seperti Dilakukan PH - Asyraf

13-10-2022 07:35 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1950| Komen: 24




BARISAN Nasional (BN) tidak akan mencampuri urusan kehakiman sekiranya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti sepertimana dilakukan oleh PH sebelum ini.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata BN sentiasa menghormati sistem perundangan dan keluhuran perlembagaan sambil memetik pembebasan ketua pembangkang Anwar Ibrahim pada 2018 sebaik sahaja PH mengambil alih kerajaan.

"Saya fikir perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat parti.

"Dan kami tidak akan ulangi apa yang PH lakukan bila mereka menjadi kerajaan.

"Kita dapat lihat bagaimana terlibat dan mencampuri urusan kehakiman," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.


Menurut Asyraf, PH jelas campur tangan dalam bidang kehakiman seperti didedahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam buku memoirnya.

Terdahulu, Asyraf diminta mengulas dakwaan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BN akan membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika kembali berkuasa.

Sebelum ini, Mahathir mendakwa Umno akan sekali lagi memberi sogokan untuk memenangi PRU15 seterusnya memberi pengampunan kepada Najib.

Penyandang kerusi parlimen Langkawi itu berkata, untuk merealisasikan perkara itu, Umno perlu memberi sogokan yang banyak kepada pengundi.

Pada 2018, setelah PH memenangi pilihan raya, Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu mengotakan janjinya dengan mengaturkan pengampunan diraja kepada Anwar atas tuduhan meliwat.

Dalam pada itu, Asyraf berkata BN memberi fokus kepada usaha untuk memenangi hati rakyat melalui tawaran manifesto yang berkesan untuk rakyat. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 13-10-2022 02:01 AM
Berani derhaka dgn presideng parti kewww?

Kahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 13-10-2022 02:35 AM
Presideng ko dah berikrar dan beri gambaran jelas, jika rakyat undi kami sehingga kami mendapat mandat utk takbir negara, adaler isyarat serta validation utk sakau duit rakyat...tanpa kami dihisab dimahkamah dunia....kami akan pastikheun ini
Quote sharlenetexas 13-10-2022 02:35 AM
Puak2 korang juga yg menghina mahkamah.


Quote stingergrumpy 13-10-2022 02:46 AM
sharlenetexas replied at 13-10-2022 02:35 AM
Puak2 korang juga yg menghina mahkamah.


Setiap undi rakyat pada humngok BEEND dihari pengundian nanti  adaler isyarat bahawa segala usaha 11 tahun kes 1MDB yg mula pertama kali dibawak kemuka keadilan oleh PH akan terlebur menjadi satu usaha yg sesia....yg seharusnya dapat  membuka mata kita,rakyat, supaya be more prudent at the ballot box....

RASUAH ADALAH MUSUH KITA YG NYATA.....



Quote jas7512 13-10-2022 06:11 AM
Menyibuk je si wajdi ni....hrp x menang kat mana2...x jd mp pun asyik memekak dan memyibuk je..klu jd mp lg haru..say no to ashraf wajdi...
Quote ResellerMaxis 13-10-2022 06:15 AM
Habis siapa yang clean kan najib sebelum 2018 dulu?
Quote Firenzza 13-10-2022 08:19 AM
Lebih sudu dari mangkuk wajdi nih.....wak jahit dh tentu jd piem klau bee end menang, for sure dia akn ampunkn jibun, jibun lubuk duit meh.....sbb tu court denda dia 210j sbb tau ada byk lg savings...klau jibun tu tukang sapu dbkl ko ingt ada sapa kesah ke
Quote lostnfaun 13-10-2022 08:23 AM
Setakat ketua pemuda takyah sembang lembat sgt la.. haha
Quote kucingitam 13-10-2022 09:05 AM
sembang kedai kopi boleh la..
Quote kucingitam 13-10-2022 09:06 AM
Firenzza replied at 13-10-2022 08:19 AM
Lebih sudu dari mangkuk wajdi nih.....wak jahit dh tentu jd piem klau bee end menang, for sure dia a ...

haha terpaksala lepaskan diri sendiri dr kes mahkamah ye dak..takkan jadi pm nak kena ulang alik mahkamah..
Quote Denco 13-10-2022 09:08 AM
belum berkuasa lagi perangai dah mcm nokharom
Quote TeropongThaico 13-10-2022 09:09 AM
Boleh percaya ke
Quote rashiman 13-10-2022 09:13 AM
ResellerMaxis replied at 13-10-2022 06:15 AM
Habis siapa yang clean kan najib sebelum 2018 dulu?

yang dilakukan PH,  cleankan LGE, Rafiji dan LTTE selepas 2018 dan ada yg disorokkan bawah karpet...
Quote Kak-Rohana 13-10-2022 09:20 AM
Bethol ke dek? Ke ko nak selamatkan si Akal Budi punya kroni dek?
Quote supernaturalee 13-10-2022 09:23 AM
tgh melobi jd calon ke bangg
jelattt jgn tak jelattt

Quote WeAiNe 13-10-2022 09:24 AM
aku baca tapi tak percaya
Quote s@s@ 13-10-2022 09:47 AM
jahit mesti nak dia jadi pm.
xkan dikeluarkannya najib tu.
Quote rashiman 13-10-2022 09:52 AM
Edited by rashiman at 13-10-2022 09:55 AM
Kak-Rohana replied at 13-10-2022 09:20 AM
Bethol ke dek? Ke ko nak selamatkan si Akal Budi punya kroni dek?

agak2 kalau PH menang PRU-15 , macam mana dgn kes2 kroni.....apa akan jadi dengan kes rasuah terowong ajaib.....
adakan menerima nasib yg sama dengan kes rasuah banglo yg ditarikbalik pendakwaan dikala sedang dlm perbicaraan selepas menang dlm PRU-14
Quote Kak-Rohana 13-10-2022 09:58 AM
rashiman replied at 13-10-2022 09:52 AM
agak2 kalau PH menang PRU-15 , macam mana dgn kes2 kroni.....apa akan jadi dengan kes rasuah terowo ...

Ko tanye hakak dek? Bukan ke ko pandai cut & paste dek? Ko nak sabitkan org ko la kena bukti dek. Takkan akak nak jd kerani high court pulak dek? Apa kata ko bukan trit khas dek… nanti hakak join!

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.047145 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top