CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Erling Haaland Dedah Rahsia Kecemerlangannya Dengan Mengamalkan Diet Pelik Ini

12-10-2022 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2872| Komen: 28

Penyerang Manchester City, Erling Haaland akhirnya ‘membuka mulut’ apabila menjadikan diet pelik dengan memakan jantung dan hati lembu sebagai rahsia kepada kecemerlangannya bersama The Citizens musim ini.


Sejak mula menyarung jersi Man. City, penyerang dari Norway itu tidak menunggu lama untuk mempamerkan taring sebenar apabila meledak 20 gol hanya dalam 12 perlawanan, 15 gol daripadanya dihasilkan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).


IG Haaland

“Kamu jangan makan tetapi saya sentiasa menjaga dan menitikberatkan penjagaan tubuh badan saya.

“Saya fikir, dengan memakan makanan tempatan yang berkualiti adalah perkara paling penting. Saya makan jantung dan hati,” kata pemain 22 tahun itu yang turut menitikberatkan kua­liti air yang diminumnya setiap hari.


Dengan kualiti yang dipersembahkan ketika ini, Haaland yang sudah pun merekodkan tiga hatrik, jelas sukar dihalang oleh pencabar lain dan kelibatnya sentiasa jadi igauan ngeri buat pasukan lawan.

Ketika ini, City bersaing hebat dengan Arsenal, menghuni tangga kedua EPL, mengumpul 23 mata dan hanya dipisahkan satu mata berbanding The Gunners di puncak liga.


IG Haaland

Selain itu, Haaland juga mengakui tukang masak di City menjadi individu kesayangannya kerana sedia memenuhi ­permintaannya untuk mendapatkan bekalan makanan mengikut diet.

“Perkara pertama saya lakukan setiap pagi adalah cuba dedahkan diri saya dengan cahaya matahari. Saya juga akan tapis air dan saya rasa semua itu akan beri manfaat kepada tubuh badan saya,” jelas Haaland. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 12-10-2022 06:45 PM
nomnomnom







Quote CiliPadiSedap 12-10-2022 07:33 PM
biasa makan hati ni isteri nombor dua
Quote sekngucing 12-10-2022 07:36 PM
makan jantung dan hati ja?
org kelantan tersenyum sinis
Quote margo20 12-10-2022 08:45 PM
Takde peliknye makan organ lembu kalau mkn kuku lembu ke gigi lembu ke aku pelik
Quote Highflyer19 12-10-2022 09:00 PM
Tak pelik lah masing2 ada part yg dia suka makan…
Quote tikusmontok 12-10-2022 09:32 PM
Ini yg dikatakan makan hati berulam jantung
Quote Carcosa 12-10-2022 11:01 PM
Orang Asia tersenyum sinis
Tak heran derrrr mkn tu semua. Kokosen yelah, eww sana, ewww sini.
Quote kechikchomel 12-10-2022 11:06 PM
Dia mkn macam mana tu? Rebus? Kukus? Asam pedas? Goreng kunyit?

Tapi bukan ke tak elok mkn organ dalaman bintang?
Quote hungryhenry 12-10-2022 11:22 PM
Edited by hungryhenry at 12-10-2022 11:23 PM

Dia ni mitochondriac. Not only diet tapi peminat
Sunning tegar.   cc @Santeira
Quote becir 12-10-2022 11:24 PM
Part sunning early morning and air tu actually a good advice..yg makan organ dalaman tu sekali sekala okla kot.
Quote sharlenetexas 12-10-2022 11:27 PM
hungryhenry replied at 12-10-2022 11:22 PM
Dia ni mitochondriac. Not only diet tapi peminat
Sunning tegar.   cc @Santeira

Kultus matahari?

Quote hungryhenry 12-10-2022 11:37 PM
sharlenetexas replied at 12-10-2022 11:27 PM
Kultus matahari?

Benarr. Sunrise sunset, AM sun, PM sun. Baiki mito.

Inforgrafik dibawah dibuat ringkas oleh mod santeira @Santeira

Quote Tinot7 13-10-2022 12:13 AM
hungryhenry replied at 12-10-2022 11:37 PM
Benarr. Sunrise sunset, AM sun, PM sun. Baiki mito.

Inforgrafik dibawah dibuat ringkas oleh mod  ...

ong asia nak jadi putih2.. wat cenggini nnt itam... tak voleyyy..
Quote Tinot7 13-10-2022 12:14 AM
iols mkn hati dan jantung ayam.. dan pedal.. sama tak?
Quote Tinot7 13-10-2022 12:16 AM

iols tingat babak daenerys targaryen mkn jantung kuda sbb kawen mamat aquaman tuh..

[youtube]CczKaabSRfU[/youtube]

Quote Perawankota 13-10-2022 03:32 AM
Tiap kali tengok dia, mesti teringat frankestein tu.. Dengan badan besor tegap, dengan muka monster dia..
Quote batmana 13-10-2022 08:12 AM
tkdela pelik sgt

lainla dia makan bola, masak lemak cili api ke..
Quote s@s@ 13-10-2022 08:25 AM
untungla makan hati
org sebelah tu hari2 makan tulang..... buat sup.
Quote bulalof 13-10-2022 09:15 AM
tgh muda ni memang kental lah.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.044758 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top