CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Tajuddin Meninggal Dunia

12-10-2022 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3446| Komen: 33

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, yang dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam (HSA) sejak 29 September lalu, meninggal dunia pada jam 4.30 petang ini.


Berita sedih ini dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26, menerusi kiriman mesej ringkas di aplikasi WhasApp kepada Harian Metro.

"Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati saya ingin memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui sang pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang. Sama sama sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah..Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya.

Foto: Harian Metro

Harian Metro sebelum ini, melaporkan Hisham berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru, selepas difahamkan arwah mengalami batuk teruk selama seminggu.


Hisham yang menerima rawatan di HSA sebelum ini ditidurkan dan bernafas sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Difahamkan, Allahyarham juga diberikan dos antibiotik yang lebih kuat oleh doktor untuk membunuh kuman-kuman yang menyerang dalam badannya pada 2 Oktober lalu.

Terdahulu, Hisham adalah pelakon yang aktif dalam arena drama dan filem tanah air sekitar 1980-an lalu. Namun, arwah yang juga pesara kerajaan kini banyak menghabiskan waktu berehat di rumah bersama keluarga kerana faktor usia serta penjagaan kesihatan kerana menghidap penyakit diabetes (kencing manis) serta darah tinggi.

Selama aktif sebagai pelakon berdekad lamanya, Hisham sudah membintangi banyak drama dan filem. Antara karya lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur dan Tok Ayah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 12-10-2022 06:15 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Al-Fatihah.
Quote mojarean_X 12-10-2022 06:15 PM
innalillah-innalillahiwainnailaihirojiun.gif
Quote aienul 12-10-2022 08:02 PM
Salam takziah  buat keluarga arwah. Berlakon selalu bawak watal muka tenang & lembut je
Quote insulin 12-10-2022 08:03 PM
Takziah  buat keluarga arwah.
Quote Solokkk 12-10-2022 08:08 PM
Innalillah….Takziah buat ahli keluarga
Quote cheezel 12-10-2022 08:09 PM
Salam takziah. Legend ni. Byk berlakon
Quote edayildiz 12-10-2022 08:11 PM
innalilah..
tp kan bkn ke dia dh lama xde..
i bethol ingt dia dh arwah lama dulu..
dulu masa remaja lyn drama melayu..dia vwk watak  atukk atuk yg kaya gituh
Quote edayildiz 12-10-2022 08:13 PM
skrg kalau nk tgk cite melayu kt mana jer..cite melayu zaman mid 2000an sbb i remaja time tu
Quote Highflyer19 12-10-2022 08:14 PM
Alfatihah...
Quote diss69 12-10-2022 08:15 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun..Salam takziah buat ahli keluarga arwah..
Quote Supersirap 12-10-2022 08:22 PM
Salam takziah kepada keluarganya
Quote KamikuP 12-10-2022 08:24 PM
Salam takziah  buat keluarga arwah.
Quote nsmy 12-10-2022 08:30 PM
Salam takziah
Quote chandrahusin 12-10-2022 08:41 PM
Innalillahi wainnaillahirojiun
Takziah family arwah
Aku antara yg suka betul tengok arwah berlskon
Org dulu2 berlakon mmg ada kesan
Quote makneng 12-10-2022 08:45 PM
Innalillahi wainnaillahirojiun…selamat ke negeri abadi
Quote lyshafull 12-10-2022 09:02 PM
Innallilahi wainnaillahirojiun
Semoga ditempt dengan org yg beriman
Salam takziah buat ahli keluarga

Quote c===8 12-10-2022 09:14 PM
Guru yahya

..
Quote I.K.A888990 12-10-2022 09:55 PM
Salam takziah
Quote sukacactus 12-10-2022 10:11 PM
Salam takziah buat keluarga arwah

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072300 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top