CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panas!!! Klip Video Ucapan Kontroversi Zahid Jadi Bualan Ramai

12-10-2022 05:49 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8071| Komen: 92



Klip ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai selepas dia secara terbuka berkata, kepemimpinan parti kompenan BN itu akan menghadapi perbicaraan jenayah sekiranya mereka tewas lagi dalam pilihan raya umum (PRU).

Memetik portal Malaysiakini, Zahid yang bercakap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 pada Isnin lalu, mendakwa, bagi mengelakkan hal itu berlaku dia 'mewajibkan' BN untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-15 nanti.

Kata ahli parlimen Bagan Datuk itu lagi, BN perlu menjadi dominan dalam kerajaan selepas ini.

Ahmad Zahid juga menegaskan PRU akan datang - yang belum ditetapkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya - adalah 'ibu' segala PRU di negara ini.



"Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU ke-14.

"Bukan saya saja kena dakwa (di mahkamah), Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan), kamu dalam senarai menunggu. Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran) jangan ketawa... kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (timbalan presiden MIC) dan menteri sumber manusia sementara).


"(Presiden MCA dan menteri pengangkutan sementara Wee) Ka Siong? Mereka tidak akan melupakan kamu. Kamu juga akan didakwa. (Menteri pertahanan sementara) Hisham (Hishammuddin Hussein) jangan senyum.

“Bagi mengelakkan (perkara) ini, kita wajib menang dengan dominan di dalam PRU ke-15 ini saudara dan saudari,” kata Zahid dengan bersemangat.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang

Mengulas ucapan Ahmad Zahid, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan kenyataan presiden Umno terbabit sebagai pengakuan "sangat jujur" bahawa kepimpinan BN mahukan pilihan raya segera diadakan bagi menyelamatkan "kluster mahkamah".

“Selepas ucapan Zahid yang sangat jujur dan kejam di Perhimpunan Agung MIC, BN tidak perlu ada manifesto lain untuk pilihan raya akan datang sebaliknya hanya satu iaitu bebaskan kluster mahkamah Umno dan BN daripada didakwa di mahkamah dan dihantar ke penjara!” kata Lim , dalam satu kenyataan.

Presiden MIC, SA Vigneswaran - Kredit foto The Star


Bagaimanapun menurut presiden MIC pula, SA Vigneswaran mendakwa ucapan itu telah diputar belit oleh pembangkang bagi menggambarkan pemimpin BN sebagai jahat dan mengamalkan rasuah. Menurutnya, ia bukan pengakuan bahawa BN mahu menyelamatkan "Kluster Mahkamah", sebaliknya merujuk kepada “politik balas dendam” Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 12-10-2022 05:51 PM
Idea utk Manifesto pembangkang… “Sumbat Kluster Makamah Kuda2 Tua”.
Quote rosmahisham 12-10-2022 05:54 PM
masalah rakyat tolak ko..nk ko masuk jail ..titikkk..klu ko resign dr umno letak muka baru yg bersih cekap n amanah ..kitorg boleh je menduniakn umno kembali..asalkn yg tua2 blahh dr umno..
Quote rastaf 12-10-2022 05:56 PM
wak jahid bila bercakap tak fikir panjang.. apa pun maksud dia benda macam ni tak perlu cakap kot..jadi point je
Quote stingergrumpy 12-10-2022 06:00 PM
Blatant and arrogant....seolah kemenangan sudah didalam tangan.....you are disregarding and undermining rakyat.....pengalaman pru14 tidak sedikit pun menjadi iktibar pada ko bila rakyat bersuara....

Quote Orenn1 12-10-2022 06:03 PM
So pakatt2 bagi umno kalah blh kita tgk dorg ke penjara
Quote epullipan 12-10-2022 06:05 PM
nampak kan nak lepas tekak sendiri..mohon jahanam wak jahit
Quote chandrahusin 12-10-2022 06:10 PM
Ni jenis klu aku kena
Aku heret korang semua sekali jatuh bersama
Quote watatakut 12-10-2022 06:12 PM
aku yakin umno tetap menang di hati rakyat.. tolak ph
Quote tumpanglalu74 12-10-2022 06:15 PM
SAH JE DIA MENGAKU TERANG2 NAK SELAMATKAN TENGKOK MEMASING!
Quote kemaruk 12-10-2022 06:15 PM
betul tu

kalau PH menang, dorang akan buat apa sahaja untuk dakwa pemimpin BN termasuk membuat lantikan politik pada badan kehakiman

lepas tu geng2 sendiri digugurkan kes
Quote Rdizz 12-10-2022 06:16 PM
Dia dah ngaku terang2 dia tak mau masuk penjara, dia ckp direct dia nak gunakan kuasa bila menang utk selamat dari dihukum, habissss apa nk kata lagi? Boleh nilai sendiri. Kalaupun wak jahit kalah tapi partinya menang, dia masih boleh melepas diri. Sebab yg dlm ameno tu semua yg di atas mission nya sama, nk selamatkan diri lepas sakau habis2an. Nak ke org mcm tu pegang kuasa, tak syg negara sendiri. Oleh itu humban ameno jgn bagi menang.

Masih mau pengundi malasie mau undi org mcm ni???
Quote totokreturn. 12-10-2022 06:16 PM
ikut je la, semua pakat ramai2 pangkah BN ok, jgn banyak persoalkan la
Quote orkid_amani 12-10-2022 06:16 PM
Mmg itu pun yg sebetulnya dia beria2 sgt nk kan pru..xmoo masuk jail la tu .apa dia ingat dia boleh lepas ka? Xpa la..ambik la masak 4-5y mcm Najib asalkan ke penjara..kami ok ja.. corruption UMNO terlalu banyak la..ketirisan yg dah berakar umbi sejak sekian lama..diorang ni lupa agaknya soal kubur..amalan masa hidup..sampai bila nk meningkat Dunia..kayakan ketururnan dgn duit yg bukan hak diorang
Quote Rdizz 12-10-2022 06:18 PM
Edited by Rdizz at 12-10-2022 06:19 PM
kemaruk replied at 12-10-2022 06:15 PM
betul tu

kalau PH menang, dorang akan buat apa sahaja untuk dakwa pemimpin BN termasuk membuat lant ...


Salahkah nk dakwa org jahat mncuri merompak mkn rasuah di mahkamah? Org curi susu pun kena dakwa, ini million billion takkan nk bagi lepas?
Quote Orenn1 12-10-2022 06:18 PM
rastaf replied at 12-10-2022 09:56 AM
wak jahid bila bercakap tak fikir panjang.. apa pun maksud dia benda macam ni tak perlu cakap kot..j ...

Org tgh terdesak bercakap, mmg sentuh benda dia terdesakk tu
Quote stingergrumpy 12-10-2022 06:21 PM
Orenn1 replied at 12-10-2022 06:03 PM
So pakatt2 bagi umno kalah blh kita tgk dorg ke penjara

Percaya pada sistem penghakiman tapi pada masa yg sama  convinced they are being victimised for selective prosecution.

Pala boo toe ler....lu nak bodohkheun saper jahit?

Quote Orenn1 12-10-2022 06:24 PM
stingergrumpy replied at 12-10-2022 10:21 AM
Percaya pada sistem penghakiman tapi pada masa yg sama  convinced they are being victimised for se ...

Org terdesak mcm tu lahhh, ckp pun dah tak betul
Quote stingergrumpy 12-10-2022 06:25 PM
Orenn1 replied at 12-10-2022 06:18 PM
Org tgh terdesak bercakap, mmg sentuh benda dia terdesakk tu

It's good dia terlepas cakap seperti ini samada dlm sedar atau bawah sedar, supaya rakyat tahu setiap undi yg mereka berikheun pada Be END adaler utk memberi mereka passport utk terus sakau duit rakyat tanpa dibawak kemuka pengadilan....



Quote kemaruk 12-10-2022 06:32 PM
Rdizz replied at 12-10-2022 06:18 PM
Salahkah nk dakwa org jahat mncuri merompak mkn rasuah di mahkamah? Org curi susu pun kena dakwa,  ...

siapa makan rasuah?

yang muka ada senyum mintak 10% ke

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055651 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top