CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Dakwa BN Beria Desak PRU15 Untuk Selamatkan Pemimpin Mereka

12-10-2022 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 747| Komen: 1

Barisan Nasional (BN) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), hanya untuk menyelamatkan pemimpinnya daripada didakwa atas tuduhan jenayah, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad.



FB Tun M

Menerusi video ringkas disiarkan di akaun media sosialnya, Dr Mahathir berkata, ini terbukti menerusi ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa beliau mengumpulkan penyokong BN untuk memastikan gabungan itu menang besar pada PRU-15, bagi menghalang pendakwaan ‘pilih kasih’.

Dr Mahathir mendakwa, pemimpin BN kurang berminat untuk memperjuangkan negara, bangsa dan agama mereka.




“Sekarang rakyat faham hasrat sebenar UMNO mendesak pilihan raya seperti diperkatakan Ahmad Zahid sebelum ini. Mereka mahu menyelamatkan diri daripada didakwa di mahkamah atas jenayah mereka.

“Bukan sahaja Ahmad Zahid, pemimpin lain disebut beliau juga bersekongkol serta mereka semua mempunyai masalah dan dipercayai (didakwa) terlibat dalam perbuatan jenayah dan mereka ingin menang besar, bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” katanya.


FB Tun M

Semasa berucap di Kongres MIC kelmarin, Ahmad Zahid berkata, pemimpin BN yang lain boleh mengalami pendakwaan ‘pilih kasih’ daripada bakal kerajaan Pakatan Harapan (PH), seperti dihadapi beliau dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zahid dengan sinis turut meminta Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya tidak mengambil mudah isu tersebut, malah dianggap sebagai sasaran kepada saingan politik mereka. 


Sumber: The Vibes

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 12-10-2022 06:54 PM
Semoga zahid lingkup

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.040711 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top