CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Ayam Belanda Serang Lelaki Sampai Patah Pinggul Dijatuhi Hukuman Mati

12-10-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1625| Komen: 15

Seorang lelaki cedera parah apabila dia patah pinggul dalam kejadian serangan ganas melibatkan sekumpulan ayam belanda.

Kejadian itu berlaku pada Julai lalu di sebuah rumah di Celista, wilayah British Columbia di Kanada, lapor Daily Star.


Gambar hiasan

Lelaki itu sempat diberi rawatan perubatan sebelum petugas bantuan Chase RCMP (Royal Canadian Mounted Police) dipanggil ke lokasi kejadian.

Ketika tiba di alamat itu, polis dimaklumkan dia diserang oleh sekumpulan ayam belanda dan seekor ayam jantan sehingga cedera parah.

Selain patah pinggu, mangsa turut patah jari dan mengalami beberapa luka pada badan.

Susulan kejadian itu, polis turut mengumumkan keputusan yang agak mengejutkan ramai.

Menurut Sarjan Barry Kennedy, haiwan berkenaan dijadualkan untuk dijatuhi "hukuman mati atas jenayah mereka".


Getty Image

Untuk rekod, kejadian serangan haiwan ke atas manusia bukanlah satu perkara yang asing.

Sebelum ini, seorang bayi berusia lima bulan dan kakaknya yang berusia dua tahun dari Shelby County, Tennessee, Amerika Syarikat turut diserang anjing peliharaan keluarga mereka. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 12-10-2022 05:14 PM
Kenduri ka?
Quote DayangKirana 12-10-2022 05:21 PM
PETA takmo sponsor hire lawyer fight for them ke?
bile jatuh hukum tuh? kot2 la boleh delay until thanksgiving..jimat sikit.
Quote supernaturalee 12-10-2022 05:23 PM
DayangKirana replied at 12-10-2022 05:21 PM
PETA takmo sponsor hire lawyer fight for them ke?
bile jatuh hukum tuh? kot2 la boleh delay until th ...

mmm
x lm dh
bln dpn je

sekali jln je lah masa tu


Quote DayangKirana 12-10-2022 05:27 PM

kan?

untung nasib mana tau kot2 boleh dapat pardon from pokcik Biden..
we'll wait and see..

Quote dani-rox 12-10-2022 06:52 PM

Quote CiliPadiSedap 12-10-2022 07:40 PM
bagi kt kfc je confirm dapat 4 barrel penuh tanpa perlu selak2 cari isi tebal
Quote Nham22 12-10-2022 07:50 PM
Helok lah krismas lg 3 bulan.. Hahaha thanks giving menu dh ade
Quote insulin 12-10-2022 07:55 PM
Sedapnya kari ayam belanda.
Quote Highflyer19 12-10-2022 08:19 PM
Ayam ni ada mcm2 nama...rasanya rakyat belanda tak setuju nama negara mereka diburuk-burukkan...
Quote makneng 12-10-2022 08:52 PM
Adan uke hahaha
Quote noor2 12-10-2022 08:54 PM
Betul ke tuduhan mereka tu...mentang2 ayam x boleh bela diri
Quote shernazz 12-10-2022 09:20 PM
Siannya
Kanduri sakan.la ayam piru tahun ni semua manusia2
Quote edayildiz 12-10-2022 09:28 PM
blh mkn ke ayam ni..geli tgk merah kt kepala dia..
Quote Zack8hunter 12-10-2022 10:18 PM
garang woo ayam belanda ni.. kecik2 dulu time nk pi sekolah, aku akan kayuh basikal selaju2nya  melalui satu rumah ni yg ada beberapa ekor ayam belanda.. mmg keje diorg nk mengejar bdk2 naik beskal jer
Quote Firenzza 12-10-2022 10:40 PM
Highflyer19 replied at 12-10-2022 08:19 PM
Ayam ni ada mcm2 nama...rasanya rakyat belanda tak setuju nama negara mereka diburuk-burukkan...

Mat saleh pulak panggil ayam turki

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.040173 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top