CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Dibayangi Watak Kanak-kanak, Syafie Naswip Tak Sesuai Bawa Watak Dewasa?

12-10-2022 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1092| Komen: 6

Gara-gara watak kanak-kanak yang dilakonkan dalam filem Mukhsin, 16 tahun lalu, pelakon, Syafie Naswip mengakui dia masih dibayangi karakter tersebut sehingga ada pihak meragui kesesuaiannya melakonkan watak dewasa.


Pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun menganggap, ia perkara biasa yang berlaku kepada ramai pelakon yang mula menceburi bidang tersebut pada usia muda.


IG Syafie

“Tidak kira di Malaysia, Hollywood, Bollywood atau di mana-mana sahaja, perkara seperti ini memang berlaku. Contoh seperti Lindsay Lohan, hidupnya memberontak kerana masyarakat masih menganggap dia pelakon kanak-kanak sedangkan dia sudah matang.


“Situasi itu juga berlaku kepada saya sehingga ada yang menganggap, saya tidak sesuai membawa watak dewasa.

“Tetapi, saya percaya, lambat atau cepat penonton yang mengikuti perkembangan kita akan dapat menerima dan melihat perubahan yang berlaku kepada pelakon kanak-kanak apabila mereka meningkat dewasa,” katanya yang ditemui ketika penggambaran telemovie, Dosa Tak Terampun di Kuang, Selangor, baru-baru ini.

Syafie juga memaklumkan, dia tidak tergesa-gesa untuk menjadi dewasa dan ingin menikmati perjalanan sebagai pelakon yang masih muda sebelum meningkat usia matang.


IG Syafie

“Saya pegang kata-kata yang pernah dikongsikan pelakon senior, Rusdi Ramli yang menasihatkan saya agar tidak tergesa-gesa untuk menjadi dewasa, mengejar watak lebih tua dan sebagainya.

“Pada fikiran saya, ada benarnya apa yang dikatakan itu. Pelakon bersilih ganti, esok lusa kami yang muda akan menggantikan pelakon lama.

“Saya tidak kisah kalau ada yang kata saya masih tidak sesuai bawa watak dewasa. Tetapi, kalau ditawarkan untuk melakonkan karakter matang, saya tidak akan lepaskan dan bersedia memberikan seperti yang dituntut watak berkenaan,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-10-2022 05:22 PM
tak jugak nok.... kekadang sebab ramai lagi pelakon lelaki yang bermuka hero & lebih berbaloi... nak harap berlakon method method method deep deep sangat pun penat gak nok... relaks sudah...ada job pelajar kolej ke sekolah ke...sauk je lah.. nanti orang dah nampak tua nanti barulah ko benti...Bell Ngasri relaks2 jek berlakon budak sekolah walaupun ciknek pun dah beruban.. ahahahahaha
Quote Perawankota 12-10-2022 06:36 PM
Sebab tak cukup tinggi.. Susah nak leading.. Berlakon sedap dah.. Nanti dpt heroin tinggi, penat asik nak kena berdiri atas bangku je..
Quote Nenasketum 12-10-2022 07:59 PM
Dia ni macam terbantut pun ya. Berlakon ok tapi
Quote orangbiasaje 12-10-2022 10:06 PM
Kat Malaysia cam susah sikit dik, xde kepelbagaian karakter.  Sekali je tgk hero lain drpd yg lain, si Capik, tu pun kat TV2, dan kaki capik2 pun masih dilakukan dak hensem (time tu, Zack X Factor rasanya).

Ada kedek boleh jadi hero, cam Mike J Fox, tapi kena ada scriptwriter, director, and produser yg pandai olah cerita sesuai dgn character la dik.
Quote September14 12-10-2022 10:24 PM
Npe pelakon kanak2 bila besar mcm x nmpk dewasa eh…
Quote dudaberhias 12-10-2022 10:25 PM
sah2 la muka dah tua dikkk... deorang tak bagi kau jadi watak dewasa sebab muka kau tak sesuai kot dikkkk untuk jadi abah2...  nak jadi hero kena la muka sasa macam ning baizura tu... persis pondan gelap bermuka sasa atau part time kelindan lori gittew kan...

tunggu tua sikit lagi boleh ler kot jadi watak abah2... gemuk dan boroikan sikit badan... atau build bagi sado...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.029610 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top