CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tisu Punggung Cedera, Perut Koyak Akibat Dipaksa Buat ‘Stunt’, Ibu Wafariena Bengang Pengarah Lepas Tangan

12-10-2022 04:53 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4262| Komen: 26




Dua hari lalu, pelakon Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah hospital perubatan di Rawang, Selangor selepas mengalami kecederaan akibat dipaksa melakukan babak aksi penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab.


Terkilan dan bengang dengan kejadian itu, ibu kepada pelakon Wafariena, iaitu Suzana Hamad mengakui amat marah atas kejadian menimpa anaknya yang cedera sewaktu melakukan aksi lagak ngeri dalam babak sebuah drama lakonannya.


Tegasnya, dia akan mengambil tindakan sekiranya kesihatan Wafariena yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Rawang semakin memburuk.

“Memang saya marah. Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya, saya akan ambil tindakan. Seperti tiada sikap perikemanusiaan langsung,” katanya dipetik Kosmo.

Paling membuatkan wanita itu terkilan adalah apabila pengarah drama tersebut tetap mahu meneruskan penggambaran bagi dua lagi babak.

Dia turut didakwa meminta Wafariena, 27, turun ke set penggambaran walaupun mengalami kesakitan sehingga tidak boleh berjalan.

“Kejadian itu berlaku di depan mata pengarah. Dia nampak Wafa (panggilan Wafariena) dipapah oleh kru dalam kesakitan, tapi masih duduk dan buat tidak tahu,” ujarnya.

Suzana, 59, berkata, doktor memaklumkan tisu bahagian punggung Wafariena cedera, manakala perutnya koyak selain berlaku pendarahan.

Kejadian itu berlaku pada 8 Oktober lalu ketika anaknya melakonkan satu aksi ‘ditarik’ untuk menampakkan adegan seolah-olah dia melambung.



Bagaimanapun, dakwanya, pihak produksi memaklumkan aksi yang dibuat pada pukul tiga pagi itu perlu dilakukan sendiri oleh Wafariena dan bukannya pelakon lagak ngeri seperti yang dirancang.

“Penggambaran dilakukan di dalam hutan gelap di Lenggong, Perak. Bayangkan selepas buat aksi ‘dilambung’, keluar seekor ular hitam.

“Pukul enam pagi, Wafariena diminta masuk semula ke set walaupun dia cedera. Saya masih beri kerjasama walaupun hati sakit.

“Pengarah langsung tak datang tanya khabar. Jauh sekali minta maaf,” ujarnya. 

Nampak macam best kan jadi pelakon, tapi rupa-rupanya pagi-pagi buta pun masih bekerja. Diharapkan Wafariena cepat sembuh dan pengarah tersebut tampil mohon maaf. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rocksteady 12-10-2022 06:00 PM
berparut ke tu, tengah tido pun lawa...
Quote totokreturn. 12-10-2022 06:14 PM
walaupun berparut dekat punggong tu, tapi masih lagi lawa
Quote bukannasigoreng 12-10-2022 06:20 PM
teruk ke parut tu?
Quote KamikuP 12-10-2022 08:37 PM
Parut kat punggung? Mana nak tengok
Quote orangbiasaje 12-10-2022 10:07 PM
Kira kat Malaysia, insurans atau protection utk buat stunt, awareness masih lemah kan...benda mcm ni berlaku production senyap...
Quote holothurian 12-10-2022 10:10 PM
siapa pengarah lahabau tu, terpaling hebat kah pengarah tersebut
Quote fefeeling 12-10-2022 10:11 PM
Ni tissue dalaman or area coccyx kot sakit woi.. takleh nak duduk lama2.. baring pun kena mengiring.. bertabah la ye.. aku dah pnah kena jatuh terduduk habis terhentak pungkoq.. bertahun pun still ada rasa lagi kebas2 dia
Quote dudaberhias 12-10-2022 10:23 PM
sian plak dia sakit sampai macamtu... kira heshe tak aktif ke macam mana?
ke masatu tak sempat stretching2 sebelum buat stunt ke aksi terus si pengarah suruh action.... patutnya kena stretching dulu ye...
bukannya stretching sebelum masukkan benda tumpul sahaja yang perlu...
Quote September14 12-10-2022 10:25 PM
Bbaloi ke buat stunt sdiri bkn dpt award best actress pun hadiah 200k cash
Quote Acikgomen 12-10-2022 10:27 PM
Tah la kenape acik tak berapa kesian kat minah ni
Rasa mcm cash la jugak kalo tak ko tak benti seminit pun asek mengeliat mengelinjang kat set khennnnz
Quote Ayda89 13-10-2022 12:14 AM
Amboi siapakah pengarah zholim ituh???
Quote kashaz 13-10-2022 12:20 AM
Klu retis cedera masa acting, ada insurans or apa2 compensation ke?
Quote watatakut 13-10-2022 01:00 AM
kashaz replied at 13-10-2022 12:20 AM
Klu retis cedera masa acting, ada insurans or apa2 compensation ke?



aku pun nak tanya benda sama..kalau artis holywood insuran badan dorang bernilai jotaan ringgit. ada insuran bibir..insuran bontot dan macam2 insuran aset terpenting dorang ambil incase jadi pape
Quote watatakut 13-10-2022 01:02 AM
totokreturn. replied at 12-10-2022 06:14 PM
walaupun berparut dekat punggong tu, tapi masih lagi lawa



kalau setakat melecet tak ada nya berparut... lainlah tertoreh luka dalam
Quote DeLuna85 13-10-2022 01:57 AM
Kesian pulak ya. Jadi mak mesti marah kan kalau anak jadi mcmtu.
Quote totokreturn. 13-10-2022 09:06 AM
mesti nak duduk sakit
Quote totokreturn. 13-10-2022 09:08 AM
watatakut replied at 13-10-2022 01:02 AM
kalau setakat melecet tak ada nya berparut... lainlah tertoreh luka dalam

kalo dah masuk hospital tu tak kan la melecet, sure la terkopek isi
Quote salimrock 13-10-2022 09:10 AM
harap2 hymen tak terkoyak
Quote acikku 13-10-2022 09:13 AM
kalau betul director tukar dr stuntman ke pelakon yang buat, saman je...cuma tulah kang xde produksi nak amik pulak

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036490 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top