CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Risau Penerimaan Ore Kelate

12-10-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1029| Komen: 1

Pelakon, Nad Zainal bimbang dengan penerimaan masyarakat Kelantan terhadap watak yang bakal dijayakannya dalam filem baharu arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Denu.


Katanya, cabaran menggalas tanggungjawab sebagai primadona mak yong merupakan tugasan besar yang belum pernah digalas sebelum ini.


IG Nad

“Saya perlu sentiasa berdialek dalam loghat Kelantan. Lebih mencabar apabila saya dituntut untuk membawa budaya dari sana, tambahan pula saya bukan berasal dari Kelantan. Itu yang saya rasa sekarang.

“Saya juga risau memikirkan penerimaan orang, apatah lagi digandingkan pula dengan idola saya, Sabri Yunus yang memang sudah menjadi ‘makanan’ dia (filem loghat Kelantan),” katanya ketika ditemui semasa majlis prapelancaran filem Denu, semalam.



IG Nad


Filem yang bakal menjalani penggambaran bermula 17 Oktober ini di sekitar Perak mengisahkan mak yong pada era sebelum merdeka sebagai latar cerita, menggandingkan Nad (Asmah) sebagai isteri kepada Sabri (Pok Yeh).

Filem yang menelan kos RM1.8 juta turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hairi Safwan, Che Kem, Azman Hassan dan ramai lagi.



Mengulas hubungan yang dikatakan agak ‘mesra’ apabila memuat naik gambar bersama pelakon, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz di Instagram, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkata, keakraban mereka hanya sebagai rakan sekerja semata-mata.

“Dengan Ungku memang ada apa-apa sebab kita mempunyai visi dan misi yang sama. Kita sedang usahakan satu saluran YouTube seperti membuat kandungan mengenai travelog.

“Kami juga merancang untuk mempunyai syarikat produksi dan terbitkan telefilem bersama-sama pada masa akan datang.

“Idea hendak bekerjasama ini tercetus sejak penggambaran telefilem Cina Buta lagi,” katanya.

Nad juga menafikan dakwaan mereka berdua sedang bercinta apabila pergi bercuti di Bali bersama-sama, baru-baru ini.

“Saya ingin tegaskan, kami ke sana memang atas urusan kerja. Bukan saya seorang, malah pembantu saya juga ikut sekali. Kami terbuka berkongsi perkara itu di media sosial dan tidak perlu sorok-sorok. Tiada istilah hendak ‘kantoikan’ diri,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-10-2022 06:39 PM
Dia ni klu berlakon drama mungkin laku.. Tapi kalau filem, target penonton tu lain mcm sikit..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.026390 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top