CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terowong SMART Kembali Kepada Mod 1 Selepas Hampir Dua Jam Ditutup

12-10-2022 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 710| Komen: 0

Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup hampir dua jam susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi tadi.

Pusat Kawalan SMART dalam hantarannya menerusi laman Facebook memaklumkan, sistem telah kembali kepada mod 1 iaitu dibuka kepada trafik pada 9.30 pagi.



"Jumlah kadar air Sungai Klang-Sungai Ampang telah dilencongkan sebanyak 1,743,923 meter padu,” menurut pusat kawalan itu.

Terdahulu, terowong lebuhraya SMART beroperasi dalam mod 3 kira-kira pukul 8 pagi tadi iaitu terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada kenderaan manakala air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong.




Sementara itu, menurut Info Trafik Kuala Lumpur @klccc_dbkl dalam laman Twitternya memaklumkan, keadaan trafik di beberapa laluan utama memasuki ibu kota juga sesak antaranya dari Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak, dari Ukay Perdana ke Ampang, dari Petronas/Shell Teknologi Park Malaysia ke Tol Sungai Besi.


Twitter Smart Tunnel

Kesesakan juga berlaku di Jalan Tun Razak dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Bulatan Pahang dan dari Bangunan RHB ke Kedutaan Amerika Syarikat.


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.035888 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top