Pembentangan Bajet 2023 pada awal Oktober mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi tampil menyuarakan pendapatnya di media sosial.
Aznil menerusi ciapan di Twitter yang dilihat memuat naik keratan artikel mengenai parti politik terhadap pembentangan Bajet 2023 itu turut menyifatkan kesemua parti politik adalah sama sahaja dan ‘menggula-gulakan’ rakyat. “Buang masa! Gula-gulakan kami!,” ciapan Aznil di Twitter. Dalam pada itu, ciapan pengacara terkenal dibanjiri dengan pelbagai komen netizen yang turut meluahkan pendapat mereka, malah ada yang meluahkan hasrat untuk melihat Aznil sebagai seorang Perdana Menteri.
“Politik kita perlukan orang macam Pak Nil dan Azwan Ali. Bukan Shahrul Shiro, Altimet, Afdlin, Hans Isaac. Boleh juga consider Michael Ang.” “Saya nak Pak Nil jadi PM. Hidup Pak Nil!!.” “Tahun depan, dijangka ekonomi akan gawat. Jadi perlukan sebuah kerajaan yang stabil.”-CARI Sumber: Murai.my
|
KamikuP replied at 12-10-2022 04:26 PM
Mohon yg muda2 je yg jadi pemimpin, yg tua nak mampos mohon undur diri. tua kutuk tak sedar diri lag ...
ADVERTISEMENT