Didie Alias berkongsi pengalaman hidupnya yang pernah susah mencari rezeki pada suatu ketika dulu. Menurutnya, dia pernah berniaga di dalam kelab malam bagi menampung hidup untuk membesarkan anak-anak.
“Saya pergi Danok naik bas untuk beli barangan wanita, pakaian dalam wanita dan saya jual kepada GRO-GRO di dalam sana,” katanya. Tambahnya, dia pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan hanya tidur beberapa jam sahaja namun dia tidak pernah mengeluh dan terus kuat mencari rezeki demi anak-anak.
Pada masa sama, Didie mendedahkan suaminya sanggup menggunakan wangnya sendiri untuk membeli rumah untuk anak-anaknya di mana ketika itu mereka hanya berkawan. “Waktu itu saya sangat-sangat susah, saya menyewa di apartment dan dihalau keluar kerana tak mampu nak bayar tapi Allah munculkan seorang lelaki bujang dalam hidup saya.
“Saya hanya berkawan sahaja dengan dia masa itu tapi dia sanggup keluarkan duitnya sendiri untuk membeli rumah untuk anak-anak. “Saya nak ucap terima kasih kepada suami saya kalau tidak mungkin saya di tepi jalan dengan anak-anak,” ujarnya sebak.
Ibu kepada lima orang anak ini juga berpesan kepada semua wanita dan terutamanya ibu tunggal supaya terus berusaha dan jangan mudah patah semangat jika dipandang rendah oleh masyarakat. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|