Imran Ajmain mengakui dia berasa triggered ataupun sentap apabila ada seorang netizen bertanya adakah Imran Ajmain tiada lagu lain selain lagu hitnya iaitu Seribu Tahun.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Imran berkata jawapan yang diberinya itu tidak bermaksud menyindir seperti yang didakwa. “Saya faham dan akur status sebagai seorang penyanyi itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, saya tak pernah viral, tak pernah menang pertandingan. “Dalam dunia serba serbi canggih, dia tak buat kajian lagu-lagu saya yang lain. Yang dia kekal gemar ialah Seribu Tahun. Kalau nak kata saya sentap itu, tidak la dan perkataan itu agak kasar.
“Bila tanya, saya akan jawab dan share “boleh la dengar lagu-lagu saya yang lain’. Tetapi bila saya dapat provokasi daripada individu itu, saya rasa tidak adil. “Sebab saya seorang yang sopan dan saya dididik sebegitu. Saya menjaga tutur cara percakapan saya. Tak pernah saya guna ayat menyindir seperti yang didakwa,” katanya. Terdahulu, ada seorang warganet mendedahkan dia pernah bertanya kepada Imran mengenai lagu baru selain lagu popularnya, Seribu Tahun dan mendakwa penyanyi itu mudah ‘trigger’ apabila memintanya untuk buat kajian tentang lagu-lagu lain. Namun pelantun lagu Ghaibmu itu berkata dia sentiasa percaya rezeki datang bukan sekadar bergantung kepada viral atau anugerah. “Kita hanya perlu segenggam peminat untuk kelangsungan karier seni selain show. Bagi saya, jika tak popular atau tak viral, tak bermaksud individu itu suam-suam kuku atau tak berjaya. “Ada saja penyanyi yang bertahun-tahun aktif, namun kejayaan dia tak terlihat orang ramai. Ada juga penyanyi yang show banyak sangat dan laman sosial padat dengan aktiviti tapi tidak dikenali ramai.
|
crazypink replied at 12-10-2022 03:59 PM
lagu ghaibmu best la
layan gak lagu tuh
ADVERTISEMENT