CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Disaman Kerana Bubar Parlimen?

12-10-2022 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1939| Komen: 18

Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago memfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri kelmarin.


Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU).

Berdasarkan salinan saman pemula yang difail dan dilihat BH, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).


New Straits Times


Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

Peruntukan Perkara 40(1) pula menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

Manakala (1A) adalah sewaktu menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Charles juga menuntut satu deklarasi bahawa permintaan Defendan Pertama kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober 2022 untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana permintaan itu tidak dibuat berdasarkan nasihat, atau berdasarkan kuasa am, Jemaah Menteri dan oleh itu terbatal dan tidak sah.

Beliau juga menuntut satu deklarasi bahawa pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober 2022 seperti yang dimaklumkan melalui P.U.(A) 320 tidak mengikut Perkara 55(2) dibaca bersama Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Justeru, Charles menuntut satu deklarasi bahawa defendan ketiga iaitu SPR, tidak mempunyai asas undang-undang untuk mengambil apa-apa langkah mengadakan PRU termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran mana-mana writ bawah Seksyen 12, Akta Pilihan Raya 1958 dan pengeluaran sebarang notis bawah Peraturan 3(1), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Beliau juga memohon suatu perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi untuk menghalang defendan ketiga dan ejen, pengkhidmat dan/atau pekerjanya daripada mengambil sebarang langkah untuk mengadakan PRU berdasarkan kepada pembubaran itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran sebarang writ bawah Seksyen 12, Akta Pilihan Raya 1958 pengeluaran mana-mana notis bawah Peraturan 3(1), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 dan/atau daripada memberi kesan kepada mana-mana writ atau notis sedemikian jika dikeluarkan.

Beliau turut menyertakan afidavit sokongan yang antara lain menyatakan antara fakta menyokong saman pemula berkenaan termasuk banjir yang melanda pada Disember 2021 serta bantahan parti-parti yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan dalam situasi ketika ini.

Sementara itu, Charles ketika dihubungi mengesahkan tindakan terbabit, sambil memaklumkan akan mengeluarkan satu kenyataan media mengenainya hari ini.

"Salam. Saya akan hantar kenyataan dalam masa terdekat," katanya secara ringkas.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen Ke-14.

Ia selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda untuk memperkenankan permintaan itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Solokkk 12-10-2022 12:04 PM
Boleh saman ke?
Quote CiliPadiSedap 12-10-2022 01:13 PM
Solokkk: Boleh saman ke?


boleh tapi menang atau kalah xpasti sebab kaka bukan lawyer atau majisterit kaka hanya forumer

Quote Acikgomen 12-10-2022 01:19 PM
CiliPadiSedap replied at 12-10-2022 01:13 PM
boleh tapi menang atau kalah xpasti sebab kaka bukan lawyer atau majisterit kaka hanya forumer

...

Hihihi padat jawapan chuols
Quote stingergrumpy 12-10-2022 01:22 PM
Edited by stingergrumpy at 12-10-2022 01:23 PM

Ingat lagi jagong pernah panggil ketua parti parti utk bertemu serampang mata dgnnya waktu kemelut darurat tak lama dulu...yg ini tetiber takda pun yg diminta utk berkumpul utk mendengwr keluhan mereka...

The 14mths pentadbiran under pak mael kenot be any worse of than dlm keadaan darurwt kemelut sebelum ini that jagong tidak lagi perlu utk menghendaki pandangan kumpulan lain dlm kerajaan iteww sendiri....

Too bad so sad
Quote Decaffeinated 12-10-2022 02:03 PM
stingergrumpy replied at 12-10-2022 01:22 PM
Ingat lagi jagong pernah panggil ketua parti parti utk bertemu serampang mata dgnnya waktu kemelut d ...

this time dia nak cepat ada undangan makan kenduri di London




Quote tumpanglalu74 12-10-2022 02:12 PM
Edited by tumpanglalu74 at 12-10-2022 02:14 PM

Sape yang mintak bubar??  Budak2 bimbo betine yang join grup wasap sama tu la kot.  In solidariti with bimbo2 anak Bijan Merpati & Zahid Envelop kata dorang..  Berbiefef sampe mati kata deme, masing2 pegang pompom sapot buang kes bapak2 biefef deme tu..  Am I right?  Helang fly with helang, pipit will suffer.  Tak gittew..
Quote stingergrumpy 12-10-2022 02:18 PM
Decaffeinated replied at 12-10-2022 02:03 PM
this time dia nak cepat ada undangan makan kenduri di London

Tahlil org have have palace ni ada makan dulang nasi briyani keww rasa rasanya?...yelah musti halal syariah kompliance kheunz?
Quote kotakominami 12-10-2022 02:21 PM
Patutla pagi tu g london pastu tetibe mail umum bubar parlimen.....padahal ramai mintak tgu setel banjir kan
Quote jalfa 12-10-2022 02:25 PM
Napa lak tak nak ngundi ni...macam konfem konfem bn menang ke....tak yakin dgn parti sdiri ke..pelik pelik..ok la ngundi dari drama tekan butang tak habis habis
Quote totokreturn. 12-10-2022 03:55 PM
jalfa replied at 12-10-2022 02:25 PM
Napa lak tak nak ngundi ni...macam konfem konfem bn menang ke....tak yakin dgn parti sdiri ke..pelik ...

tak yakin la tu, ramai nak BN memerintah semula, idoppp ajib
Quote takayama 12-10-2022 04:08 PM
rindu plk kat mendiang karpal singh, byk btl. saman yg dia failkan against gomen
mmg xde yg menang tp. membuka mata dan kita akan start berfikir ttg tuntutan dia dlm saman tu
Apa ou all the best lah Charles
Quote white_musk 12-10-2022 04:11 PM
jalfa replied at 12-10-2022 02:25 PM
Napa lak tak nak ngundi ni...macam konfem konfem bn menang ke....tak yakin dgn parti sdiri ke..pelik ...

Najib dah ke dalam pun masih tak yakin lagi ke?
Quote white_musk 12-10-2022 04:11 PM
takayama replied at 12-10-2022 04:08 PM
rindu plk kat mendiang karpal singh, byk btl. saman yg dia failkan against gomen
mmg xde yg menang t ...

Semoga rohnya aman aman saja
Quote venom1 12-10-2022 04:12 PM
nak suruh mengundi pun susah. Bukan kena bayar pun.
Quote cmf_PariS 12-10-2022 04:15 PM
undi jela kot... pilih yg ko nak
Quote KamikuP 12-10-2022 08:06 PM
white_musk: Semoga rohnya aman aman saja


Dia kafir, takdenya rohnya aman dlm kubur tu cuolls
Quote begg 12-10-2022 10:59 PM
Solokkk replied at 12-10-2022 12:04 PM
Boleh saman ke?

Boleh tapi menang tu usah harap..
Quote akusukaq 12-10-2022 11:26 PM
Auta hindu la sgt..lepas tu ko tarek balik  Anei ooi

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.304919 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top