CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hina Sangatkah Harry Khalifah Sampai Rakan Artis Mengata Punca Industri Muzik Tak Maju?

12-10-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1840| Komen: 18


Pernah menerima kata-kata hinaan dalam kalangan rakan industri seni sama sekali tidak mematahkan semangat penyanyi dan komposer Harry Khalifah untuk terus bertahan memperjuangkan karier muziknya.


Harry atau mesra disapa Apak, 42, berkata, dia enggan ambil peduli dengan semua kecaman tersebut kerana ia boleh membataskan peluang untuknya menghasilkan lebih banyak karya baharu.

"Saya ingat lagi ada orang pernah cakap 'selagi nama Harry ada, industri muzik ini tidak akan maju'. Itu antara hinaan yang paling teruk pernah saya dapat. Malah, yang berkata begitu adalah orang dalam industri sendiri.


IG Apak


"Saya tidak pernah kacau orang. Hina sangatkah saya ini? Pendengar muzik tidak pernah berkata begitu dan mereka ada pilihan lain jika tidak suka karya saya.

"Tapi, kata-kata tersebut juga menjadi pembakar semangat untuk saya terus berjuang. Kalau nak ambil peduli dengan semua kecaman, saya akan terus stuck dan down," katanya kepada mStar.

Apak sebelum itu berkongsi satu hantaran di laman Instagram miliknya meluahkan penghargaan kepada peminat yang masih memberi sokongan di sebalik kutukan terhadapnya selama ini.

Tidak menujukan mesej tersebut kepada mana-mana pihak, Apak berkata perkongsiannya itu adalah sebagai satu peringatan supaya dia sentiasa merendah diri walau kini sudah berada di tahap yang boleh dibanggakan.


IG Apak

"Dalam media sosial juga ada komen-komen kurang enak saya terima. Mereka katakan lagu saya masih 'kampung' dan tidak sesuai di zaman sekarang ini. Kecaman yang diterima sebelum ini buatkan saya lebih kebal.

"Walau berada di tahap sekarang ini, saya sentiasa ingatkan diri sendiri untuk terus tunduk ke bawah. Saya bukanlah penyanyi nombor satu.

"Alhamdulillah... apa yang saya sasarkan sebelum ini sudah tercapai. Nama dan karya dikenali bagaikan satu rahmat besar buat saya sebagai seorang anak seni," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Apa baharu sahaja melancarkan lagu berjudul Sayunk I Love You yang dicipta untuk nyanyian anaknya sendiri iaitu Chombi.

Apak juga akan tampil dengan single berjudul Rokiah dalam masa terdekat selepas kali terakhir muncul dengan lagu Suaramu Syairku pada Oktober 2020.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 12-10-2022 11:57 AM
sebab aliran muzik heshe terkebelakang dan aura kg.com tu kuat sangat lah. Nak dengar lagu aku cinta padamu cover version versi heshe pon rasa tak lalu soryy...ada betulnya apa yang orang kata kat chuols tu yach
Quote holothurian 12-10-2022 12:29 PM
tengok la ejaan lagu kau tu.. Sayunk... budak wechat sangat... aku memang menyampah orang eja macam tak sekolah ni
Quote immaryjane 12-10-2022 12:32 PM
hyie replied at 12-10-2022 11:57 AM
sebab aliran muzik heshe terkebelakang dan aura kg.com tu kuat sangat lah. Nak dengar lagu aku cinta ...

Tapi lagu2 yg di compose or dia nyanyi iols suka. Coz mcm bercerita. Lagu3 dia bg dkt band ape nth, tgok lirik dh boleh buat 1 drama dh.. tk mcm lagu lain, lirik ulang2.
Wlupun lagu dia tk moden, tk ade la variasi sikit
Quote Tembikaigoreng 12-10-2022 12:50 PM
Kekampungan ke, kebandaran ke... Yang penting mampu hasilkan duit!!!
Quote bynroslan 12-10-2022 01:22 PM
tak suka sekalipun, perlu ke kata industri takkan berkembang sebab dia ni sorang je? punya banyak lagu sampah kat luar tu kot
Quote dudaberhias 12-10-2022 01:27 PM
erkkk who are yussss...
sape kenal heshe ni sah kertu kan... jangan lupa titik estee lauder advanced night repair tiap2 malam supaya tampak muda...
Quote dua_chzy 12-10-2022 01:29 PM
Lagu2 ciptaan heols untuk Khalifah dan untuk artis2 lain semuanya meletop beratus ribu or berjuta view di Yotube.

Ntah2 sebenarnya heols genius musik?
Quote tobobon 12-10-2022 02:15 PM
ok jer..heols ala2 one of the main people untuk genre2 kekampungan kat malaysia...kat thailand, indo tu sama jer....ada jer tp genre kekampungan tu ikut negara dorang lah kan
Quote hyie 12-10-2022 03:40 PM
takyah nak bekap heshe la nyeh...time ajl korang gak kata lagu2 sendu yang masuk final, outdated lah ape lah...motif sangat ko nyah walhal lagu bm pon ko malas nak dengar sebab acah urban dengar lagu billie eilish jah yihhh kowser
Quote Perawankota 12-10-2022 11:29 PM
Dia opportunist.. Apa yg dia tau boleh buat duit, dia sauk. Lantak org nk ckp dak2 wechat ke, bbnu ke apa ke.. Janji untung masuk.
Quote DeLuna85 13-10-2022 02:04 AM
Ok je pun dia ni. Kalau toklip dan seangkatan dengannya selayaknya lah di kata macam tu.
Quote dekmieDandy 13-10-2022 09:53 AM
baru 42 ke umurnya

aku ingat ke at least 55 dah camtu
Quote anony-mous 13-10-2022 11:06 AM
dudaberhias replied at 12-10-2022 01:27 PM
erkkk who are yussss...
sape kenal heshe ni sah kertu kan... jangan lupa titik estee lauder advanced ...

Mohtip kakadude bertunggu tangga dkt benang gosip hari2 tp x kenal band khalifah? Hang pi mana ?
Quote Mary_jane 14-10-2022 11:21 AM
Haah agak meleweh kan lagu2 dia, tapi I paling suka lagu Tenonenonet tu. Tapi radio jarang pusing. Dan kenapa takde dah lagu baru Khalifah? Sedap kot suara Yabang.
Quote ashcroft86 14-10-2022 11:36 AM
Ok je klu ada lagu kekampungan ni, dah ad pendengarnya. I hate that kind of songs, dan sgt judgemental kat orang mendengarnya. tapi dah tu lagu diorang suka kan, nak wat cmne. Music ni escapism untuk individu, dah klu theyols rasa tenang dengar lagu cmtu nk cmne. Macam weols xleh nak dengar hard rock sgt, mmg x masuk sgt dan tak tenang. Lagu meleweh2 membuat rasa nak hantuk2 je penyanyi tu. hahhh cmtu. Ballad melayu pon xleh nk dgr slalu, rasa cm sama je sekarang. Kpop pon sama, dengar cm sama sgt. maybe sbb dah usia meningkat dah.
Quote ezacbee 14-10-2022 01:08 PM
Mary_jane replied at 14-10-2022 11:21 AM
Haah agak meleweh kan lagu2 dia, tapi I paling suka lagu Tenonenonet tu. Tapi radio jarang pusing. D ...

lagu tu cam kelakar.. Lirik cam bercerita.. Apak kalau disental kuat mau putih.
Quote Mary_jane 14-10-2022 02:52 PM
ezacbee replied at 14-10-2022 06:08 AM
lagu tu cam kelakar.. Lirik cam bercerita.. Apak kalau disental kuat mau putih.

Rupanya mimpi jumpa hantu, kena sedas oleh member kat sebelah.
Quote Mary_jane 14-10-2022 02:56 PM
ezacbee replied at 14-10-2022 06:08 AM
lagu tu cam kelakar.. Lirik cam bercerita.. Apak kalau disental kuat mau putih.

Kalau boleh putih pun tapi ada lelaki jenis tak nak telan produk2 tu semua. Tengok je macam Man rajalawak, Amir amereka tu semua. Motip contoh semua pelawak. Tapi tak perlu putih pun, jangan kusam je baru lah nampak fresh & presentable.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054756 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top