CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah Wanita Tunai Umrah Atau Haji Dah Tak Perlu Bawa Mahram

12-10-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2627| Komen: 31

RIYADH – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan jemaah wanita yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah tidak lagi diwajibkan membawa mahram (saudara kandung lelaki) sebagai peneman, lapor akhbar Saudi Gazette.


Kelonggaran tersebut tertakluk kepada semua wanita dewasa yang ingin pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah dari mana-mana bahagian dunia.

Tawfiq menamatkan kontroversi yang berlarutan mengenai sama ada mahram diperlukan untuk mengiringi jemaah wanita atau tidak pada sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir.


Gambar Hiasan

“Mana-mana orang Islam yang datang ke Arab Saudi dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kelonggaran terbaharu itu adalah salah satu bentuk kesungguhan Arab Saudi untuk mengurangkan kos mengerjakan haji dan umrah.

Menteri itu turut merujuk kepada usaha kerajaan baru-baru ini berhubung pengenalan dan penggunaan teknologi moden dan pendigitalan perkhidmatan yang disediakan kementerian kepada mereka yang ingin melawat Dua Masjid Suci.

“Ini termasuk menggunakan robot untuk menyediakan beberapa perkhidmatan kepada jemaah haji serta membangunkan platform Nusk, yang menyediakan banyak kemudahan untuk jemaah dan pengunjung Masjidil Haram. 

“Bakal jemaah boleh menempah permit umrah melalui platform dalam tempoh yang singkat dan selepas itu, visa boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam,” tambahnya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 12-10-2022 11:48 AM
baru tadi diskas ngan my doter omak nak pi umrah ni nak oiii
Quote Supersirap 12-10-2022 12:42 PM
Ini berita gembira
Quote minahmanja 12-10-2022 12:44 PM
alhamdulillah...
Quote KakZianaZain 12-10-2022 03:27 PM
Alhamdulillah. Good news utk semua wanita di luar sana.

Tak perlu nak tgu mahram.
Quote syamzana 12-10-2022 03:30 PM
bagus laa takyah nak susah2 bwk mahran
hrp ada rezeki tunai haji thn ni
Quote syamzana 12-10-2022 03:31 PM
syamzana replied at 12-10-2022 03:30 PM
bagus laa takyah nak susah2 bwk mahran
hrp ada rezeki tunai haji thn ni

eh...tahun depan
Quote mesmerize 12-10-2022 03:34 PM
Alhamdulillah.. sebenarnya tak perlu mahram pun sebab pergi dengan tour agency dalam satu kumpulan 15-20 orang.. masa ai buat umrah dulu pergi saie, tawaf semua dalam kumpulan. tak pernahnya kita dibiar berseorangan. tak bahaya pun kalau wanita pergi dari malaysia seorang diri sebab kat sana takkan sorang2 punyalah mesti dapat geng punya.
Quote babelina 12-10-2022 04:44 PM
adik ipar lum kawin.. pegi ngn mak pak sedara.. br jer blk..alhmdulillah
Quote cmf_premierleag 12-10-2022 04:51 PM
idea bodoh je nk kene bawak muhrim bagai ni
abih dah kalo perempuan tu takde saudara lelaki yg berkemampuan nk pi umrah, takkan nk suruh pompuan tu sponsor dia lak
ereb kalo x bodoh mmg tak sah
Quote cmf_premierleag 12-10-2022 04:53 PM
mcm kwn akak, siblings dia sume pompuan
pastu ayah dh meninggal
ada la satu pakcik dia ni..kejadah dia nk sponsor rentua tu pi mecca sana..bazir jah nk sponsor org lain...padahal dia penat2 keje kumpul duit sendiri
Quote cmf_premierleag 12-10-2022 04:55 PM
arab mmg bodoh dr dulu lg
tak nampak ke betapa ramai wanita bujang mmg dah biasa duk luar negara sorang2 sbb study,keje etc
ko kurung pompuan dlm negara ko, pastu expect pompuan lain dr negara lain pun sama kene ikut rules bodoh ko tu
Quote nazzse 12-10-2022 05:01 PM
Alhamdulillah.. tq mudahkan pompuan yg takda mahram terdekat ni. Boleh plan dah ni
Quote Tinot7 12-10-2022 05:08 PM
Yahooo...  
Quote becir 12-10-2022 05:44 PM
Kat FB byk je jantan Babi entitled cakap ha jalanla sorang2 nanti tak balik la apa..nak je balas, your mum la kot yg hilang tu
Quote cap_ayam 12-10-2022 05:53 PM
Alhamdulillah..
Quote cm_vungtau 12-10-2022 05:54 PM
Alhamdulillah. Boleh la nak pergi haji atau umrah takyah bawak laki especially kalau laki bewak
Quote makneng 12-10-2022 09:01 PM
Edited by makneng at 12-10-2022 09:02 PM

Oklah tu mudah lah kaum wanita nak pegi umrah n haji lepas ni
Quote makneng 12-10-2022 09:03 PM
cmf_premierleag replied at 12-10-2022 04:55 PM
arab mmg bodoh dr dulu lg
tak nampak ke betapa ramai wanita bujang mmg dah biasa duk luar negara sor ...

Ereb n kebodohan mmg x dpt dipisahkan
Quote cmf_almondpecan 12-10-2022 09:06 PM
Setahu saya tak perlu pun mahram kecuali perlu ada surat keizinan mahram sebagai formality. Nenek sedara saya pernah tunaikan haji berseorangan (maknanya dalam group tu dia sorang dari keluarga dia, takde sedara lain yang ikut). Pernah juga tengok dokumentari mat salleh perempuan masuk Islam, dia kena suruh anak lelaki dia yang masa tu berusia 16 tahun gitu untuk sign surat. Anak dia pun heran kenapa dia sign surat izinkan mak dia pergi sebab dia budak lagi.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042252 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top