CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Himpit Rapat Kereta Depan, Naik Honda Tapi Tak Nak Bayar Tol

12-10-2022 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1557| Komen: 11

Tindakan seorang pemandu kereta tidak bertanggungjawab yang cuba mengelak daripada membayar tol tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video di TikTok pengguna @nhm0312 menunjukkan perbuatan pemandu itu yang tiba-tiba bertindak mengundurkan kenderaannya apabila tiba giliran membayar tol di lokasi yang tidak dinyatakan.



Tidak terhenti di situ, pemandu kereta jenis Honda tersebut dilihat mengubah keretanya ke belakang lantas mengikut rapat kenderaan di hadapan sehingga percubaan melepasi tol tanpa bayar, berjaya.

Tindakan pemandu itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah juga memalukan.




“Dekat sini kita boleh belajar nak pilih pasangan jangan tengok kerete tapi tengok akaun bank,” komen @uncle sam.

“Memang begitu. Banyaknya naik kereta besar tapi tak nak bayar tol. Setakat bayar seringgit dua pun susah,” ujar R A A pula.

“Saya dah terkena sekali dengan Honda. Jadi kali kedua saya berhenti lepas palang. Kereta tu hon gila-gila, lantaklah,” kata dissedgirl.

Setakat ini video tersebut telah ditonton lebih 35,200 kali dengan 112 perkongsian. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 12-10-2022 12:22 PM
Duit dia cukup2 nak bayo honda je tu..
Elok diviralkan..bagi dia malu nak bawa kete dia ke sana sini show off honda civic but has no civic at.all gitchuu
Quote Firenzza 12-10-2022 01:07 PM
Kan ada yg mintak advise aritu lps byr duit keta belen gaji tinggal 200 ke hapa....ni kot orgnya
Quote Decaffeinated 12-10-2022 01:16 PM
Baru korang tau kan siapa sebenarnya pemandu honda second hand.
Quote airfilterkotor 12-10-2022 01:18 PM
Free loader cenggini elok diviralkan secukup rasa.
Quote Rapz 12-10-2022 01:20 PM
Ibarat beli keta mahal mampu tapi kedekut nak bayar resit parking......
Quote prettyuglybabe 12-10-2022 02:06 PM
zaman kereta ada dash cam pun masih ramai bodoh..
asalkan pakai H..
Quote Samerosie 12-10-2022 02:11 PM
Lagi satu sekarang pesen masuk smart tag lane tapi nak tag.  Hari isnin tu kena iols keta depan buat camtu kat tol sunway ldp. Ingat dia punya smart tag tak read rupanya dia nak tag. Kereta bersusun kat belakang tunggu dia.. Memang patut dicibaikan.
Quote sangbara2020 12-10-2022 02:33 PM
aritu RFID org buat gini....
tp xlepas la....pastu buat jem org blkg...bodoh babi entah apabnde...
Quote liyamariska 12-10-2022 03:05 PM
Pasni sapa yg bawa keta honda akn dipandang hina akibat viral nih...  
Quote gadogado 12-10-2022 03:44 PM
Acik2  yang bawa viva gelak kan aje
Quote Perawankota 12-10-2022 11:32 PM
Perangai ntah hapa2

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.537713 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top