CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru KAFA Hempas Anak Murid Atas Kerusi Kayu Sampai Patah Kaki

12-10-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3036| Komen: 37

MARANG – Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak muridnya sehingga patah kaki kanan pada tiga bulan lalu.


Tertuduh, Ahmad Mursyidin Abdullah, 37, yang berasal dari Bukit Payong di sini membuat pengakuan tidak bersalah selepas dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mencederakan anak murid lelakinya yang merupakan murid tahun tiga dengan mengangkat dan menghempas mangsa ke atas kerusi kayu sehingga patah kaki kanan.


Foto: Kosmo

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah sekolah KAFA di Bukit Payung di sini pada pukul 4.15 petang, 6 Julai lalu.

Ahmad Mursyidin didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kosmo! 14 Julai lalu melaporkan seorang ibu mahu pembelaan terhadap anak lelakinya berusia sembilan tahun yang didakwa dicederakan tertuduh hingga patah kaki pada 6 Julai lalu.

Insiden itu didakwa memberi kesan trauma kepada mangsa sebelum ibu bapanya membuat laporan polis pada 8 Julai lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eetodee 12-10-2022 11:43 AM
Uiii. barannya ustaz. makan semut api kaa
Quote sukacactus 12-10-2022 11:44 AM
Wow!
Ustaz ni peminat wrestling ke
Quote shernazz 12-10-2022 11:44 AM
Dahsyat sampai patah kaki
Ostat ni kenapa...tak dpt malam.sebelumnya ka atau.murid tu kuat menjawab?
Quote dudaberhias 12-10-2022 11:45 AM
sampai gitu sekali ko hempas budak tu? ada dendam ke apa2 kah? tak sesuai jadi ustaz ajar budak2... baik kau jadi ustaz tunggangan je macam kat ig dan tiktok tu... demi duit saja...
Quote akies 12-10-2022 11:46 AM
Ganasss nya ustaz
Quote s@s@ 12-10-2022 11:56 AM
bagus bapak budak tu, biar pihak berkuasa amik tindakan.
bese2 ustaz tu dah kena hayun dulu dah
Quote saviour_09 12-10-2022 11:59 AM
finally

lama nak tunggu pak ostat kena caj ya
Quote pekanwoohoo 12-10-2022 12:21 PM
Kenapa pergi report Ustaz tu? Dia buat tu mesti ada sebab. Ni lah cabaran pendidik zaman sekarang. Tak berkat nanti ilmu yang Ustaz tu pernah ajar.
Quote renko 12-10-2022 12:25 PM
lau kt fb mesti ada kata fitnah
Quote Orenn1 12-10-2022 12:26 PM
Ustaz apa ni panas baran mcm ayaithonirrajjimm phuiiii harapp merengkok dlm penjara
Quote plywood 12-10-2022 12:30 PM
guru tu bersalah tetapi kementerian kena tengok diri dia sendiri juga. apa peranan kementerian untuk improve benda ni sebab perkara menghukum diluar batasan ni dah banyak kali juga terjadi..
Quote ainonymous 12-10-2022 12:40 PM
aje gila. cuba kalau org hempas anak ko sampai patah riuk.
Quote Decaffeinated 12-10-2022 12:50 PM
pekanwoohoo replied at 12-10-2022 12:21 PM
Kenapa pergi report Ustaz tu? Dia buat tu mesti ada sebab. Ni lah cabaran pendidik zaman sekarang. T ...

Jgn takut syurga menanti ustad.

Tingkatan ekonomi atau bisnes atau first class bergantung pada berapa banyak tulang berjaya dipatahkan.


Quote akusukaq 12-10-2022 02:10 PM
Penjarakan saje bahalul ni.Sebelum tu patahkan lutut dia dulu
Quote grouper 12-10-2022 02:14 PM
Sbb tu hukuman rotan patut dibolehkan utk bdk2 perangai syaitan....smpai stress ustaz tahan marah bila dah meletop kena smack down terus budak tu
Quote Itzy 12-10-2022 02:20 PM
banyak ustaz2 gila sekarang yg x ikut ajaran islam sebenar. entah apa nak jadi malaysia ni.
Quote jalfa 12-10-2022 02:21 PM
Berkopiah lah dtg court..tak malu dgn kopiah ke masa hempas budak
Quote jalfa 12-10-2022 02:22 PM
Kalo rasa x mampu handle emosi letak jawatan.ketja dlm hutan sorang sorang
Quote tungkai 12-10-2022 02:36 PM
Thread sebelah ada kes kena sontot dalam penjara Marang. Yg ni ustaz hempas anak murid plak. Meriah tul kat Marang ni..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.093607 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top