CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Pertabalan Raja Charles III 6 Mei Ini, Katanya Istana Nak Kurangkan Kos?

12-10-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 893| Komen: 1

Majlis pertabalan bagi pemerintah baharu United Kingdom dijadualkan berlangsung di Westminster Abbey, 6 Mei tahun depan.

Kenyataan dikeluarkan Istana Buckingham ketika timbul spekulasi durasi majlis pertabalan itu akan dipendekkan bagi mengurangkan perbelanjaan istana.


Edinburgh News

Menurut kenyataan itu, upacara berkenaan akan mengimbau 70 tahun pemerintahan mendiang Ratu Elizabeth II.

Majlis pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953 berlangsung selama tiga jam.

Untuk pertabalan Raja Charles III, istana memaklumkan, jumlah tetamu akan dikurangkan dari 8,000 sebelum ini kepada 2,000.


Raja Charles III akan ditabalkan dalam upacara keagamaan yang dijalankan oleh Justin Welby, Ketua Biskop Canterbury.

Pada majlis sama, Raja Permaisuri Camilla akan turut ditabalkan bersama suaminya.


Majlis pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953 - Foto: The Royal Family


Raja Charles hadir pada majlis pertabalan Ratu Elizabeth II ketika berusia 4 tahun - Foto: BBC/PA

Pengumuman itu dibuat ketika Raja Charles III dan Camilla melawat sebuah kampung di Aberdeenshire, Scotland, pada Selasa, bagi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka selepas kemangkatan mendiang Ratu Elizabeth II.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 12-10-2022 02:22 PM
coronation tunggu May tahun depan, moga panjang umur lagi la utk majlis tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064051 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top