CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Menyamar Jelmaan Dewi Hindu, Paksa Mangsa Makan Tahi Manusia Untuk Bersihkan Dosa

12-10-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1234| Komen: 14

SINGAPURA – Seorang wanita warga Singapura berdepan 50 pertuduhan menipu selepas menyamar sebagai  jelmaan dewi agama Hindu bagi mengaut keuntungan, lapor akhbar South China Morning Post.


Tertuduh, Woo May Hoe,52, direman kira-kira dua tahun sejak Oktober 2020 apabila dia pertama kali dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas 10 kesalahan.

Sebanyak 40 pertuduhan lain dihadapkan ke atas May Hoe minggu lalu.

Dakwaan baharu pada 6 Oktober  lalu itu menjadikan jumlah mangsa penipuan wanita terbabit  meningkat daripada lapan kepada sekurang-kurangnya 14 orang.


Gambar Hiasan


Dia dituduh menyasarkan mereka antara 2012 hingga Mei 2020 iaitu semasa kemuncak wabak Covid-19.

May Hoe didakwa mengaku dirinya sebagai jelmaan dewi Hindu dan memaksa lima mangsa yang datang kepadanya untuk menelan najis manusia sebagai hukuman ke atas dosa mereka.

Selain itu,  dia turut mengarahkan mangsa mencabut gigi sendiri dan memukul mereka dengan menggunakan batang mop sebagai sebahagian daripada ritual penyucian diri.

Selain penderaan fizikal, Woo dituduh menipu beberapa mangsa melibatkan wang berjuta-juta dolar.

Kesemua mangsa menyerahkan wang tunai masing-masing bermula daripada jumlah  SGD$3,000 (RM9,730) hingga SGD$100,000 (RM324,344) kepada May Hoe bagi membeli lembu sebagai bentuk derma untuk menebus dosa, memperbaiki keadaan kesihatan atau menghalang ibu bapa mereka daripada mengalami masalah kesihatan.

Pada 2012, seorang wanita pernah menyerahkan kepada Woo  wang tunai sebanyak  SGD$500,000 (RM1.6 juta) untuk tujuan sama.

Woo akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 17 November ini. Dia masih di tahan reman dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak  SGD$200,000 (RM648,697).

Jika disabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan memaksa seseorang menelan bahan berbahaya, Woo boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda bagi setiap kesalahan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 12-10-2022 11:37 AM
Gila.  Macam ni pun orang percaya dan ikut.
Quote FOTHER-MUCKER 12-10-2022 11:46 AM
Kalau seperti  ini Beribu tahun lepas lagilah senang nak tipu tentang agama, maka berdondong lah ummah nak anut agama baru.
Quote dudaberhias 12-10-2022 11:52 AM
tengok gambar dari google ya ampun yang datang tu pun rhoper lembam2 tapi jenis bekerjaya...
memang tak beruntung dari segi otak tapi beruntung dari segi kerjaya agittewww tuhan bagi rezeki kan...

hujung2 di tipu dek dewi manusia dah la cina plak tu jelmaan dewinyaa kenapa tak ambik kokusen...



Quote sharlenetexas 12-10-2022 11:56 AM
dudaberhias replied at 12-10-2022 11:52 AM
tengok gambar dari google ya ampun yang datang tu pun rhoper lembam2 tapi jenis bekerjaya...
memang  ...

Baju putih tu merlin versi hindu ke?

Quote dudaberhias 12-10-2022 12:06 PM
sharlenetexas replied at 12-10-2022 11:56 AM
Baju putih tu merlin versi hindu ke?

yang baju putih tu guru dia tak silap...hello kaka tak baik hina merlin hokkeh...
merlin pun segak herlokkkk kat netflix tu... berair iols nengok
yang ni sekilas pandang tengok terus menopos kaka...

Quote Solokkk 12-10-2022 12:07 PM
Bangangnya ….
Quote Kak-Rohana 12-10-2022 01:24 PM
Senang nye cuci dosa.. kedarah taik je zero like a newborn gitchew
Quote Mooverine 12-10-2022 01:55 PM
taik siapa la yg jadi korban tu.. taik sendiri?
Quote intan244 12-10-2022 02:16 PM
penunggang agama
Quote Kurex 12-10-2022 08:47 PM
Dewi hindo yang mana 1?
Quote Highflyer19 12-10-2022 08:51 PM
So lps mkn terus rasa like new born baby kot…
Quote noor2 12-10-2022 08:52 PM
Apasal pengikut beliau x cerdik langsung
Quote green~tea 12-10-2022 08:55 PM
Bodoh nya.. bodoh nyaaaaaaa...
Quote airfilterkotor 12-10-2022 08:56 PM
Sama kes macam scammer estonot rusia mintak duit sebab kos roket nak balik ke bumi mahal.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.088167 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top