CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Gali Kubur, Kepala Jenazah Sebelah Terkeluar- Mujur Tak Kena Cangkul, Penggali Siap Gosok-Gosok

12-10-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2115| Komen: 9

Di aplikasi TikTok, tular satu rakaman memaparkan penemuan jenazah yang dipercayai sudah lama dikebumikan namun masih berada dalam keadaan baik.

Kepala jenazah itu terkeluar dari dinding tanah apabila sebuah kubur baharu digali kerana berlakunya kematian.

Namun paling mencuri tumpuan tentunya aksi tukang gali kubur yang selamba menggosok kepala jenazah itu.


Biarpun kain kafannya kelihatan usang dan hampir reput, kepala jenazah berkenaan nampaknya masih berada dalam keadaan baik.

Sehingga kini rakaman yang memaparkan dua tukang gali kubur berada di dalam liang lahad itu meraih hampir setengah juta tontonan menerusi aplikasi TikTok.


Bagaimanapun, waktu serta lokasi kejadian tidak dinyatakan pemilik video berkenaan.



Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat jenazah tersebut yang masih sempurna.

Malah, ramai dalam kalangan mereka yang turut tertanya-tanya mengenai amalan arwah sepanjang hayatnya.

"Masih elok jenazahnya. Apa amalan beliau? Maha suci Allah.

"Allah nak tunjukkan pada yang hidup kebesarannya.

"Kuat betul semangat penggali kubur tu. Apalah amalan arwah masa hidupnya sehingga jenazah masih utuh begitu?

"Masih utuh jenazahnya, Subhanallah," tulis beberapa individu.

Dalam pada itu, ada netizen yang turut mempertikaikan jarak antara kubur dan kedudukan jenazah berkenaan yang didakwa tidak mengikut arah kiblat.

"Kenapa liang lahad tak sama barisan, kiblat berubah ke?

"Macam mana boleh melintang pula tanam tu? Bukan semua ikut kiblat ke?

"Terlebih sempadan menggali. Lepas tu macam mana?

"Ya Allah, kesian arwah... kuburnya terkena jiran baharu," tulis beberapa netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-10-2022 11:43 AM
Boleh la berjiran ....
Quote SWORKS27 12-10-2022 12:06 PM
subhanallah
Quote Zazama 12-10-2022 12:39 PM
Mudah2an kami antara hamba-hambaMu, mengambil pengajaran. Matikanlah kami semua dalam khusnul khotimah Ya Allah. Amin..
Quote Decaffeinated 12-10-2022 02:00 PM
"Masih elok jenazahnya. Apa amalan beliau?

Soalan wajib.

Kalau ko pernah pergi kubur mesti tau kubur sebelah tu baru tanam. Tah kdg2 baru sehari dua pun ada.

Btw, tanah perkuburan skrg banyak yang dah 'pre-gali' siap2 cantik tersusun. Aku saspek ini kubur kampung terpencil maybe.

Quote Radzor 12-10-2022 02:04 PM
Kenapa melintang.?
Quote batmana 12-10-2022 02:07 PM
hidup ni sementara,,,

bygkn ko tgh    tiptop hidup,kete besar,keje bsr, umah bsr, akhirnya ke tanah jua
Quote grouper 12-10-2022 02:10 PM
Kemungkinan kubur lama dah xde tanda atau batu nisan sbb penggali kubur ni biasanya org2 yg dah tau sangat selok belok kwsn perkuburan tu...diorg ni bukan level beginner main korek je
Quote BeskotCekelat 12-10-2022 04:25 PM
Decaffeinated replied at 12-10-2022 02:00 PM
Soalan wajib.

Kalau ko pernah pergi kubur mesti tau kubur sebelah tu baru tanam. Tah kdg2 baru seh ...

Kalau kat kg aku, dorang takkan gali kat betul2 sebelah mayat yang baru tanam, akan langkau satu ke dua "tapak".Sebab takut kalau2 ada bau yang kurang menyenangkan.


Quote mojarean_X 12-10-2022 06:13 PM
batmana replied at 12-10-2022 02:07 PM
hidup ni sementara,,,

bygkn ko tgh    tiptop hidup,kete besar,keje bsr, umah bsr, akhirnya ke tanah ...

Itu lah sbb kita diwajibkan solat 5 kali sehari supaya kita sedar diri sape diri kita ni. Hidup jgn menongkat langit sgt...zaman ni terlalu ramai hidup menongkat langit

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.135056 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top