CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

7 Tahun Menanti, Suami Menangis Rawatan IVF Madammu Berjaya

12-10-2022 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14876| Komen: 69

Selepas tujuh tahun penantian, akhirnya pengasas produk kecantikan, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali dengan panggilan Madammu disahkan hamil.


Berita gembira itu dikongsikannya dalam satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya.


IG Madammu

Menerusi video berkenaan, dilihat Madamu hadir bersama suami, Muhammad Azri Che Noh ke sebuah pusat perubatan swasta bagi melihat keputusan Persenyawaan In Vitro (IVF).

Pasangan itu dilihat gembira selepas doktor mengesahkan kehamilan Madammu.

Malah, suami Madammu selepas itu dilihat terharu sehingga mengalirkan air mata kegembiraan tanda syukur.



TikTok/IG Madammu

Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikut serta warga net yang mengikuti perkembangan serta proses IVF sebelum ini dengan mengucapkan tahniah dan gembira dengan berita tersebut.

Terdahulu, Madammu ada berkongsikan proses dan pengalamannya menjalani IVF di pusat rawatan tersebut pada Julai.






Ini merupakan anak pertama buat Madammu dan difahamkan ketiga buat suami yang sudah mempunyai sepasang cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.

Madammu terdahulu sering berkongsi kehidupan sehariannya di media sosial dilihat sangat mesra dan rapat dengan anak-anak tirinya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 12-10-2022 10:45 AM
Ini merupakan anak pertama buat Madammu dan difahamkan ketiga buat suami yang sudah mempunyai sepasang cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.

-bukan ke anak dia 3 org yg lelaki itu?
Quote elzy 12-10-2022 11:01 AM
Suka tengok video Madammu kat TikTok, lembut cara dia bercakap...
Quote Cassieopeia 12-10-2022 11:20 AM
LostStar replied at 12-10-2022 10:45 AM
Ini merupakan anak pertama buat Madammu dan difahamkan ketiga buat suami yang sudah mempunyai sepasa ...

rasanya terbalik perkahwinan kedua dan 3 anak laki tu.. 2 perempuan 1 lakikan.
Quote royaldanish 12-10-2022 11:36 AM
Tahniah madammu! Terlalu awal sgt utk umumkan dh ada isi
Quote naina 12-10-2022 11:57 AM
Alhamdulillah tahniah madam mu dan suami
Berhasil juga
Tak pernah aku tengok orang share segala benda journey ivf ni. Biasa share bila dah jadi. Tapi madam mu ni setakat journey ivf apa lah sangat. Kisah dalam rumahtangga pun dia cerita. Hari2 dia on live.
Quote cattiecute 12-10-2022 12:15 PM
naina replied at 12-10-2022 11:57 AM
Alhamdulillah tahniah madam mu dan suami
Berhasil juga
Tak pernah aku tengok orang share segala bend ...

lepas ni boleh la ada modal nak jual anak macam lopak pulak
hari2 buat live dengan anak.
iols tak dengki pun dengan dia tapi ramai sangat pemuja dia padahal timbang kilo je pun
Quote dagusengett 12-10-2022 12:44 PM
kemain ring the bell cam selling sunset
tahniahhh...bagus buat rawatan cepat2 masa masih muda
Quote bukannasigoreng 12-10-2022 01:56 PM
produk dia ni sebenarnya okay ke tak?
Quote naina 12-10-2022 02:53 PM
cattiecute replied at 12-10-2022 12:15 PM
lepas ni boleh la ada modal nak jual anak macam lopak pulak
hari2 buat live dengan anak.
iols tak  ...

Kemain mahal gilos produk dia. Mau tak kaya gila
Ivf tu berapa kali dah dia buat tak berhenti. Kalau orang lain rest dulu kumpul duit lagi.
Quote flipolivio 12-10-2022 03:31 PM
naina replied at 12-10-2022 02:53 PM
Kemain mahal gilos produk dia. Mau tak kaya gila
Ivf tu berapa kali dah dia buat tak berhenti. Kal ...

nk buat ivf ni harga dlm berapa rm?
Quote NazRysha 12-10-2022 04:57 PM
Siapa la yang membeli produk2 ni
Quote ouch! 12-10-2022 07:01 PM
NazRysha replied at 12-10-2022 04:57 PM
Siapa la yang membeli produk2 ni

Tahnye.
Lepas tu akaknya pun jual product kecantikan gak. Macam mewah jgk. Sapa jela hai yang beli kan?
Quote acikku 13-10-2022 12:11 AM
Tak pernah lagi jumpa org pakai produk noir ni...btw tahniah madammu
Quote orkid_amani 13-10-2022 01:23 AM
flipolivio replied at 12-10-2022 03:31 PM
nk buat ivf ni harga dlm berapa rm?

Kalau gomen dlm 10-15k uols tapi kena tunggu turn la.biasa lepas submit nama akn ada iv dulu dgn o&g pastu checkup..o&g nk pastikan mental& fizikal ready utk terima  apa2 results ivf ..xsemua skali buat terus berjaya..ada yg kena repeat..kelig aii 2x buat baru berjaya.
Quote dekmieDandy 13-10-2022 10:31 AM
ni klinik sama dengan tokti kan?
Quote she 13-10-2022 11:08 AM
Macik ok dengan dia nih
Tapi nak tanya

Dia pakai gigi pelesu ke
Sebab bila dia bercakap
Rahang bawah tu macam tak boleh rapat
Kejung
Macik takleh tengok dia berborak
Muahahaha

Lagi satu
Kurang2 kan lah humble brag tu
Sebelum popular ni
Dulu kemain pakai tudung buat house tour
Tunjuk kete sport bagai
Hadiah lah duit raya bonus lah semua tunjuk
Tiber sekarang jadi suci
Dipuja rakyat Besut konon down to earth
Eh tiberrr terselit kejian hahaha
Quote kala_kala1010 13-10-2022 11:08 AM
flipolivio replied at 12-10-2022 03:31 PM
nk buat ivf ni harga dlm berapa rm?

If kat Alpha ni, average is around RM30-35k. This also depends on how soon or late, quality eggs are formed. If takes longer cycle, then the cost will be higher.  If you want to decide gender of the baby, additional dlm 8-10k.
Main cost is in the egg retrieval process and the injections involved.
I did IVF here too but was not successful. Nak do again mahal la pulak.
Quote Gold999 13-10-2022 09:38 PM
ouch! replied at 12-10-2022 07:01 PM
Tahnye.
Lepas tu akaknya pun jual product kecantikan gak. Macam mewah jgk. Sapa jela hai yang bel ...

Biasa nye agent2 la yg kena borong kan
Quote Mary_jane 14-10-2022 11:18 AM
Kelakar plak siap ding loceng tu, macam kat kuil. Anyways, moga ibu & bayi dalam kandungan sihat hendaknya.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.045265 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top