“Masih lagi ada orang yang dengki sedangkan saya tak bersuami, tiada ‘job’, masih lagi orang dengki, kenapa ya?"
Dalam temu bual bersama Melodi TV3, Rita Rudaini mendedahkan dia dan keluarga diganggu individu yang dengki dengannya. “Saya tidak tahu, tetapi baru-baru ni ada orang yang tak dikenali cuba mencari rumah saya di kampung, dua kali datang siap tanya orang kampung. “Malam-malam dia merayau, orang kampung tanya cari rumah siapa, individu itu cakap ‘rumah Rita Rudaini’ dan berkata ‘saya kawan Rita’.
“Keesokannya, ibu saya tengah menyapu sampah tiba-tiba ternampak katak hitam dah mati depan rumah. Katak itu macam baru, hitam dan dah mati,” ujarnya yang dipetik Xtra. Tidak berakhir di situ, dia datang lagi dengan mengetuk pintu rumah hampir setengah jam sebelum merayau depan rumah sambil tengok sekeliling. "Ibu saya cakap, rupa paras individu tersebut menaiki motosikal dan dalam keadaan elok," katanya. Selain kerap bermimpi kejadian tidak elok, Rita juga nampak sesuatu di rumah. “Sebelum kejadian tersebut saya juga ada bermimpi tentang kejadian yang tidak elok, kerap sangat tapi saya hanya fikir mainan tidur tapi macam pelik. “Saya juga nampak sesuatu kat rumah. Alhamdulillah hari-hari kami amalkan baca Al-Quran, kalau tuhan itu nak izin, jadi juga, kalau tak izin, maka tak jadi lah," ujarnya yang menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Rita bagaimanapun memaklumkan dia tidak mengenali individu berkenaan, namun beranggapan individu terbabit bukan iri degan kerjayanya. Sebaliknya dia tidak berpuas hati dengannya dari segi peribadi. "Mungkin ada ‘personal’ lain yang sakitnya hati tengok Rita Rudaini. “Selagi Rita ada, dia rasa tak senang. Dia tak puas hati secara dalaman dengan saya, kalau boleh dia nak Rita Rudaini lenyap, jadi dia rasa lega. “Saya ‘frust’ sangat sebab saya tak pernah cari fasal dengan orang, saya tak kacau hidup orang," katanya kesal. Katanya, dia risau sekiranya orang sekeliling yang terkena tempias akibat perbuatan jahat orang lain. “Saya memang pendendam, apa yang orang buat kat saya, saya akan ingat sampai mati. Saya sejenis orang yang kalau dah carikkan hati saya, sorry saya takkan maafkan, mana tahu Tuhan nak bukakan hati saya dan lembutkan hati saya untuk maafkan, ya, tapi buat masa ini, tidak. “Sesiapa yang telah merobekkan hati saya dan anak-anak saya, tidak akan saya maafkan,” tegasnya.
|
F685 replied at 11-10-2022 10:18 PM
So suspek utama siapa ? Hmm ....
ADVERTISEMENT