CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zeti Akan Dipanggil Jawab Tuduhan Sering Dilawat Jho Low

11-10-2022 06:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2718| Komen: 24

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sering mengunjungi kediaman bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.


Sinar Harian melaporkan, dakwaan itu dibuat peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketika sesi soal balas saksi pendakwaan ke-39, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 75, Muhammad Shafee berkata, terdapat maklumat menyatakan Jho Low sering berkunjung ke kediaman ketua institusi kewangan negara itu.



Muhammad Shafee: Anda pernah pergi ke rumah bekas gabenor itu?

Tek Kuang: Hanya sekali, ketika sambutan hari raya, ia terbuka kepada semua kakitangan perbankan.

Muhammad Shafee: Di manakah lokasi rumah itu?

Tek Kuang: Di Bukit Tunku.

Muhammad Shafee: Adakah pada bila-bila masa ketika di rumah Zeti Akhtar, anda berjumpa dengan Jho Low?

Tek Kuang: Tidak, tidak.
Artikel Berkaitan:
Tiga warga asing ditahan di Hutan Simpan Batu Talam
Peristiwa hilang 47 hari masih segar dalam ingatan Mirsudiar
Saman fitnah: Lokman Adam diarah fail pernyataan pembelaan


Muhammad Shafee: Anda pasti?

Tek Kuang: Sangat pasti.

Semasa prosiding, Muhammad Shafee bertanya mengenai empat surat daripada Arab Saudi kepada Najib seterusnya menyentuh isu Zeti Akhtar.

Pada Selasa minggu lalu, saksi ini berkata, bekas gabenor itu mengetahui Najib akan menerima AS$100 juta daripada Arab Saudi selepas beliau memaklumkannya dalam pertemuan empat mata pada awal 2011 lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencelah dan memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil Zeti Akhtar untuk memberi keterangan dalam kes itu kelak.

“Kami akan panggil Zeti Akhtar jadi soalan-soalan ini dapat ditujukan kepadanya, dia pasti ada jawapannya,” katanya.

Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Rabu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 11-10-2022 05:55 PM
Lama tak nampak kak jetty
Quote EJALTI 11-10-2022 06:04 PM
Jho Low sering ke rumah Zeti - Muhammad Shafee

https://www.bharian.com.my/berit ... eti-muhammad-shafee

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - Oktober 11, 2022 @ 4:45pm
[email protected]

[youtube]Xk-7xrtQ884[/youtube]
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low, didakwa kerap kali mengunjungi kediaman bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata beliau mendapat tahu mengenai kehadiran Jho Low di rumah Zeti daripada sumber yang boleh dipercayai, ketika menyoal balas saksi ke-39 pendakwaan, bekas Pengarah Urusan Kumpulan Ambank, Cheah Tek Kuang.

Pada ketika itu, Muhammad Shafee bertanyakan kepada Teck Kuang sama ada beliau pernah melihat Jho Low di kediaman terbabit.

Teck Kuang sebelum itu ketika menjawab soalan Muhammad Shafee, memberitahu mahkamah beliau hanya sekali berkunjung ke kediaman Zeti pada majlis sambutan Hari Raya.

Ketika disoal sama ada pernah melihat Jho Low di rumah itu, saksi menjawab, "tidak, tidak."

Muhammad Shafee: Adakah kamu pasti?

Teck Kuang: Sangat pasti.

Muhammad Shafee: Ok. Saya tanya kamu kerana mencadangkan dan saya mendapat maklumat berserta bukti bahawa Jho Low kerap mengunjungi kediaman Zeti. Adakah kamu tahu mengenai perkara ini?

Teck Kuang: Saya tidak tahu langsung.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram kemudian bangun dan memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil Zeti untuk memberikan keterangan.

"Kami akan memanggil Zeti (untuk memberikan keterangan). Jadi, persoalan ini boleh dibangkitkan kepadanya. Beliau (Zeti) ada jawapannya. Kami akan panggil dia," katanya.

Minggu lalu, Teck Kuang memberitahu Mahkamah Tinggi, Zeti mengetahui akaun Najib akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi pada 2011.

Beliau berkata, dalam pertemuan rahsia empat mata dengan Zeti, beliau (Zeti) mengambil maklum mengenai perkara itu dan memintanya supaya ia perlu dilakukan mengikut peraturan bank dan BNM sedia ada.

Katanya, mereka berdua sahaja berbincang mengenai pembukaan akaun Najib di Ambank dan penerimaan wang daripada Arab Saudi kerana ia rahsia dan membabitkan kepentingan Perdana Menteri.

Teck Kuang memberikan keterangan terhadap Najib, 69, yang berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.


Nooryana Najwa Najib, hadir untuk mengikuti kes yang di hadapi oleh bapanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi


Peguam Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi prosiding perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA


Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Quote sam1528 11-10-2022 06:16 PM
Apa punya auta geng pembela ni

Masa trial SRC , Zeti ditawarkan kat geng pembela tapi depa takmo panggil
“The witnesses (such as Zeti) were made available by (the prosecution at the start of the defence stage of Najib’s SRC trial), but the appellant (Najib) declined to call (the witnesses),” Maimun said.

Kalo betul si Zeti tu ada maklumat yang boleh bersihkan Pok Jib(yg dalam masuk) ... kot2 dah terlepas dalam kes SRC

Simple logic
Quote CiliPadiSedap 11-10-2022 08:11 PM
sempat lah kempen pru haha
Quote mbhcsf 11-10-2022 08:14 PM
wow, the plot thickens...citer money trail ni best dah tau sebab makin lama kit atahu yg ini bukan keje najib sowang...kan...dia mesti libatkan banyak tangan tangan yg Allah Maha Melihat je yg tahu....

hmm...interesting...watak watak yg tak disebut mula tersingkap satu persatu ...teruskan bongkaran ini. kalau lihat daripada aspek naratif hal ni menarik...
Quote Orenn1 11-10-2022 09:27 PM
Nape kakmah dah jadi rope giteww?
Quote Highflyer19 11-10-2022 09:55 PM
Tunggu jawapan zeti...lambat laun semua akan terbongkar jua
Quote samperit 11-10-2022 10:17 PM
Orenn1 replied at 11-10-2022 09:27 PM
Nape kakmah dah jadi rope giteww?

selama ni elok sgt ke rupa nek mah kaka oyen?
Quote Orenn1 11-10-2022 10:50 PM
samperit replied at 11-10-2022 02:17 PM
selama ni elok sgt ke rupa nek mah kaka oyen?

Dulu pun dah kurengg sejak dia buat muka semua tp yg ini nmpk mcm susuttt mcm susah hatiii, ye lah tok laki dah kena sumbatt dia pun dah didapati bersalahhh. Salah dia sendiriii, habiss rosakk anak pak razak kak mah kerjakan, dah tua2 tamakk duit ujung2 merana habis satu family
Quote kemaruk 11-10-2022 10:53 PM
habis la

dulu2 team najib tak panggil zeti sebab team najib tak tahu keluarga zeti ada terima duit dari jho low

sekarang baru la team najib tahu rupa2nya bekas gabenor bank tu ada kaitan dengan jho low

satu2 terungkai

kaki fitnah dah panas ketiak
Quote kemaruk 11-10-2022 10:56 PM
harap2 jangan libatkan si emmet butterfingers je
mak dia si zeti tu


bangkem minat butterfingers


[youtube]VWVJ_xCg97E[/youtube]
Quote sam1528 11-10-2022 11:03 PM
Aku dah tak paham pemikiran macai2 totok party asobiyyah & pentaksub2 tegar Pok Jib(yg dalam masuk)

Isu TIA ni dari 2008/9 - peguambela Pok Jib(yg dalam masuk) tak tau tentang tersebut , susah nak percaya ni

Ok lah , kita buat andaian Zeti kenal & ambil duit Jho Low - bermakna Pok Jib(yg dalam masuk) tu tak bersalah?

Macam loyar Sitambaran kata :
the alleged receipt of 1MDB funds by the family of former Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz has no bearing on the SRC case, in which the former prime minister has been found guilty of money laundering and criminal breach of trust involving RM42 million of SRC funds that went into his accounts.

Logik macai2 totok party asobiyyah & pentaksub2 tegar Pok Jib(yg dalam masuk) - kalo Zeti bersalah bermakna Pok Jib(yg dalam masuk) tak bersalah

Podah ....
Quote kemaruk 11-10-2022 11:14 PM
bekas gabenor bank negara tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

bukannya makcik jaga kantin
Quote sam1528 11-10-2022 11:16 PM
Ha ha ha ha ...

Logik macai2 totok party asobiyyah & pentaksub2 tegar Pok Jib(yg dalam masuk) - kalo Zeti bersalah bermakna Pok Jib(yg dalam masuk) tak bersalah

Kah kah kah ... terdesak sungguh


Quote kemaruk 11-10-2022 11:48 PM
Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal 1MDB yang disimpan dalam bank di Singapura, ia mungkin mempunyai impak kepada kes SRC saya sebab dia yang cadang saya gunakan akaun bank atas nama saya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima derma asing.

Dan asas bagi kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB saya ialah dana asing yang dikatakan berasal dari SRC dan 1MDB pernah masuk ke dalam akaun bank atas nama saya.

Semasa menjatuhkan humuman, hakim SRC (yang tiba-tiba ditukar rejim Mahathir selepas perbicaraan kes saya telah bermula) mengesahkan bahawa saya telah beberapa kali meminta BNM dan CEO Ambank untuk memantau akaun bank atas nama saya dan memberitahu saya jika ada transaksi-transaksi yang meragukan.

CEO Ambank juga pernah memberitahu mahkamah bahawa dia telah merujuk kepada Zeti berkali-kali berhubung transaksi-transaksi akaun bank saya.

Namun, hakim kata pendapat dia ialah saya tidak akan hirau amaran jikapun BNM atau Ambank pernah memberi amaran pada saya apabila berlaku transaksi yang tidak betul, sebab saya PM dan Menteri Kewangan masa itu.

Bagaimanapun, sepanjang masa akaun bank saya dibuka, BNM dan Ambank tak pernah sekalipun mengeluarkan sebarang amaran kepada saya

Maka, jika ianya benar bahawa keluarga Zeti pernah menerima dana lebih RM100 juta dari Jho Low, ianya mungkin menjawab kenapa saya tidak pernah sekalipun diberi amaran berhubung transaksi-transaksi meragukan.

Ada juga yang tanya dalam komen posting saya tadi kenapa saya begitu percaya pada Zeti sebab dia adalah lantikan Mahathir sejak tahun 2000.

Tandatangan Gabenor BNM ada pada setiap wang kertas Malaysia.

Jadi, jika saya tak patut harapkan dia masa itu, siapa pula yang saya boleh harapkan?

Dan yang tanya kenapa Zeti tidak dipanggil sebagai saksi dan kenapa tuduhan keluarga dia pernah menerima dana dari Jho Low tidak pernah di bawa ke mahkamah, perlu tahu bahawa kami baru terima matlumat ini sejak bulan lepas setelah didedahkan pihak dalaman kepada kami.

Sebelum ini, rejim gagalkrasi telah sorok maklumat ini daripada kita sebab pihak berkuasa yang bertanggung jawab berhubung dengan bank di negara asing untuk mendapat matlumat juga adalah BNM.

Sebab itu, saya amat harap Tan Sri Zeti boleh berterus-terang dengan saya serta seluruh Rakyat Malaysia.

---
NOTA: Tidak pernah dijelaskan sesiapa pun kenapa saya perlu gunakan akaun atas nama saya sendiri jika saya mahu mencuri wang sedangkan akaun itu sentiasa dipantau oleh berpuluh pegawai dari BNM dan Ambank dan kenapa saya suruh BNM dan Ambank untuk pantau transaksi akaun saya jika saya mahu curi wang

-FB najib
Quote kemaruk 11-10-2022 11:51 PM
rupanya zeti tahu duit derma arab akan masuk akaun peribadi najib.. abis tu kenapa tak halang/nasihat najib? dah memang kerja kau kan?



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... da-arab-saudi-saksi

Zeti tahu Najib akan terima AS$100 juta daripada Arab Saudi - Saksi

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, mengetahui bahawa Datuk Seri Najib Razak akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi ke dalam akaun peribadinya pada 2011.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank Cheah Tek Kuang, 75, berkata beliau yang memaklumkan perkara itu kepada Zeti dalam satu perjumpaan, sejurus selepas Najib membuka akaun di bank berkenaan.

"Saya yang membuat janji temu untuk berjumpa dengan Tan Sri Zeti. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk memaklumkan bahawa terdapat pembukaan akaun Datuk Seri Najib dan penerimaan AS$100 juta daripada Arab Saudi. Dalam pertemuan tersebut, hanya kami berdua sahaja yang berbincang memandangkan perkara ini adalah rahsia dan membabitkan kepentingan perdana menteri.

"Adalah menjadi perkara penting untuk saya memaklumkan hal ini kepada Tan Sri Zeti, kerana ia membabitkan terma 'political exposed person', bermaksud ia membabitkan kepentingan negara. Tan Sri Zeti mengambil maklum perkara itu, dan meminta ia perlu dilakukan mengikut peraturan bank dan BNM sedia ada," katanya.

Menceritakan mengenai pertemuan dengan Najib berhubung pembukaan akaun dan kemasukan AS$100 juta yang diadakan di kediaman tertuduh di Bukit Tunku, saksi itu berkata Najib sendiri memberitahu kepadanya mengenai kemasukan wang daripada Arab Saudi.

"Saya berjumpa Datuk Seri Najib di ruang tamu dan memperkenalkan diri saya kepada beliau. Semasa itu, hanya kami berdua sahaja yang berbincang dalam pertemuan tersebut. Saya maklumkan bahawa saya membawa buku cek berserta surat akuan penerimaan, buku simpanan dan borang permohonan kad kredit. Beliau (Najib) telah mengambil dokumen tersebut dan menandatangani ruangan yang beliau perlu isi.

"Seterusnya beliau memaklumkan kepada saya bahawa akan ada kemasukan wang daripada Arab Saudi. Wang yang besar dalam mata wang AS iaitu berjumlah AS$100 juta. Saya tidak bertanya tujuan apa wang tersebut akan diterima oleh beliau, namun beliau sendiri menyatakan bahawa wang itu adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi untuk "Islamic activity" kepada beliau sendiri.

"Ini didengar sendiri oleh saya dan dimaklumkan secara lisan oleh Najib. Selang lima minit kemudian, saya terus pulang kerana beliau (Najib) agak sibuk dan kami tidak berbual apa-apa selain dari menyatakan perkara berhubung akaun dan transaksi yang akan berlaku," katanya.

Saksi itu menambah, selepas berjumpa dengan Zeti, beliau menyerahkan kesemua urusan pengoperasian kepada pengurus perhubungan Ambank, Joanna Yu dan Bahagian Operasi diketuai oleh Ross Foden.

Katanya, Ross Foden dan pasukannya bercadang untuk mengawal selia akaun Najib dengan menyediakan kod nama khas.

Cheah berkata mereka mencadangkan diberi satu kod nama bagi akaun itu, memandangkan akaun tersebut adalah sensitif dan mengelak terjadi kebocoran maklumat, seperti mana Public Bank bagi kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

"Saya bersetuju dengan kod nama iaitu "AmPrivate Banking-MR" bagi akaun Najib bagi mengelak maklumat peribadi disalahgunakan. Saya diberi sepucuk surat untuk dihantar kepada Tan Sri Zeti dengan memasukkan kod nama "AmPrivate Banking-MR", dalam isi surat tersebut.

"Saya tidak tahu sama ada beliau (Najib) sudah dimaklumkan berhubung kod nama tersebut ataupun tidak, namun ia membabitkan dasar dalaman dan pengoperasian bank, maka memang di bawah tanggungjawab operasi untuk memilih kod nama tersebut," katanya.

Menurut Cheah, setelah menerima surat tersebut dari pihak operasi, beliau menandatangani surat itu dan dihantar kepada Zeti pada 9 Februari 2011.

"Tujuan surat ini dihantar adalah untuk memaklumkan berhubung kod nama tersebut iaitu "AmPrivate Banking- MR" dan bagi memudahkan pihak BNM memantau dan menyelia Sistem Ringgit Operations Monitoring System (ROMS).

"Saya tidak mahir sangat berhubung ROMS, tetapi setahu saya ia sistem yang diselia BNM," katanya sambil menambah kontraknya di AmBank tamat pada 1 April 2012.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.



Quote sam1528 11-10-2022 11:53 PM
Edited by sam1528 at 12-10-2022 12:11 AM

Ha ha ha ha ... berpusing pusing nak temberang :
Maka, jika ianya benar bahawa keluarga Zeti pernah menerima dana lebih RM100 juta dari Jho Low, ianya mungkin menjawab kenapa saya tidak pernah sekalipun diberi amaran berhubung transaksi-transaksi meragukan.

'jika ianya benar' ... kah kah kah

memaklumkan bahawa terdapat pembukaan akaun Datuk Seri Najib dan penerimaan AS$100 juta daripada Arab Saudi

Maklum akan terima dana & betul2 terima dana tersebut isu berlainan

Oooopppssss ... Tanore Finance tu company Jho Low yang diseliakan oleh Eric Tan Kim Loong

Teramat terdesak ... kesian
Quote Paris19 12-10-2022 05:51 AM
Banyak nya kak jeti 100juta..share lah 10 inggit nak beli popcorn pasar malam..
Quote whimsicalmusic 12-10-2022 06:58 AM
Ya ampun kenapa awal2 iolls baca sering diliwat jho low hahahahaha

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.404929 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top