Seorang penunggang motosikal dipercayai retak pinggang akibat dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur pada Isnin.
Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian. Ia dipercayai berpunca daripada seorang pemandu kenderaan jenis Honda City yang tidak memberikan lampu isyarat ketika ingin menukar laluan. Ketika kejadian, mangsa nyaris dilanggar sebuah lagi kenderaan di lorong kiri jalan namun sempat mengelak.
Bagaimanapun, kenderaan yang merakam kejadian tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa sehingga tercampak. Difahamkan, kemalangan berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur pada Isnin. Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen kelihatan rata-rata orang ramai bimbang dengan keadaan mangsa dan ada juga yang berang dengan tindakan pemandu Honda terbabit. "Macam mana dengan keadaan mangsa? Tengok macam teruk sahaja," kata Syed Mohammad. "Kereta belakang itu dah brek, tapi disebabkan mengejut kereta belakang dia pun langgar, selamat tak jadi apa-apa yang teruk," ujar Qayyum Dawi. "Sebabkan kau seorang orang lain jadi mangsa, harap-harap polis dapat cekup pemandu itu untuk bayar ganti rugi," jelas Nurul Afiqah. Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. Sumber: Majoriti |
Carcosa: Jap. Ada 2 accident ke dlm vid ...
Samerosie replied at 11-10-2022 08:57 PM
Baru nampak video nya. Kaka @Carcosa betullah 2 video yg berlainan ni. Yg motor tu time dia sebelu ...
Samerosie replied at 11-10-2022 07:57 PM
Baru nampak video nya. Kaka @Carcosa betullah 2 video yg berlainan ni. Yg motor tu time dia sebelu ...
whimsicalmusic replied at 12-10-2022 07:13 AM
Mcm mne chevrolet tu blh lnggar at the first place? Kalo die yg langgar la..kesian alza xpasal2 jd m ...
whimsicalmusic replied at 12-10-2022 06:13 AM
Mcm mne chevrolet tu blh lnggar at the first place? Kalo die yg langgar la..kesian alza xpasal2 jd m ...
sweetpea911 replied at 11-10-2022 11:28 PM
Same accident, same site cuma video pertama tu flipped ( patut lane kanan)
Kronologi;
sweetpea911 replied at 11-10-2022 11:28 PM
Same accident, same site cuma video pertama tu flipped ( patut lane kanan)
Kronologi;
ADVERTISEMENT