CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Gelar Gabungan Politik Enggan Bubar DUN Sebagai Tamak Kuasa

11-10-2022 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2063| Komen: 23

Pengundi perlu menolak mana-mana gabungan tamak kuasa yang jelas tidak mempedulikan masa depan rakyat dan negara, kecuali kepentingan politik mereka.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk gabungan yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selaras dengan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun ini.

“Gabungan politik tamak kuasa adalah sesuai untuk yang enggan membubarkan DUN dikuasai mereka agar terus kekal mempertahankan kuasa.


FB Zahid

“Enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan.


“Sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan, gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dikeluarkan Setiusaha Agung DAP, Anthony Loke bahawa DUN di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak akan dibubar serentak dengan Parlimen.

Terdahulu, Loke yang juga penyandang kerusi Parlimen Seremban memaklumkan, PH sudah menyatakan pendirian jelas mengenai DUN Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sejak awal.


FB Zahid

Justeru, Loke menegaskan, PH tidak boleh dipersalahkan kerana enggan berbuat demikian, sebaliknya ‘menuding jari’ kepada UMNO yang menyebabkan kos tambahan untuk mengadakan PRN berasingan dengan PRU-15.

Ahmad Zahid berkata, naratif dipropaganda musuh ketika ini adalah Barisan Nasional (BN) tamak kuasa apabila meminta PRU-15 diadakan.

Jelasnya, ‘dalil’ baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu, terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.

“Pertamanya, sesebuah pilihan raya termasuk PRU-15 bermaksud menyerahkan kembali hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.

“PRU, PRK (Pilihan Raya Kecil) dan PRN (Pilihan Raya Negeri) adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu layak,” katanya.

Zahid yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, PRU-15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian untuk rakyat menentukan.

“Justeru, di manakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU-15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara,” soalnya.



Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sekiranya BN tamak kuasa seperti gabungan politik lain, ia boleh tidak membenarkan negeri ditadbirnya tidak membubarkan DUN, namun bukan itu tujuan politik sebenar.

“Alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRU-15 berlangsung sebelum pertengahan November depan.

“Rakyat perlu menolak gabungan tamak kuasa terbabit yang jelas tidak peduli masa depan rakyat dan negara kecuali kepentingan politik mereka,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa semalam selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung.

Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari kelmarin dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

“Selaras dengan Perkara 40 (2) (b) dan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin, 10 Oktober 2022,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, penetapan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian serta urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan SPR.

Katanya, pembubaran berkenaan dilaksanakan bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, termasuk menggelarnya sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘kerajaan tebuk atap’.

PRU-15 adalah yang pilihan raya pertama di bawah kepemimpinan Ismail Sabri selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 21 Ogos 2021.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekselen 11-10-2022 06:42 PM
Dia ni mcm ckp kat cermin...dah la gila kuasa, kuat meroyan plak tu...gigih betul dia nk jadik piem ekkk
Quote becir 11-10-2022 06:46 PM
Siri bercakap ngan cermin ke apa ni. Punyala takut masuk jail...
Quote imanjannah 11-10-2022 07:27 PM
sama je kome semua..
Quote aku_best 11-10-2022 08:12 PM
Edited by aku_best at 11-10-2022 08:13 PM

Mengata dulang paku serpih..mengata orang dia yang lebih...aduhaii...
Quote Belibis 11-10-2022 08:14 PM
Tak sanggup nak baca sampai abis..sembang sesuci sri murni.
Quote sharlenetexas 11-10-2022 08:17 PM
Mengata diri sendiri ke wak?

Quote zehra2 11-10-2022 08:21 PM
mcm ler boleh menang kat selangor.
Quote Orenn1 11-10-2022 08:24 PM
penang dgn selangor tu mmg parti ko dqh tak blh menang, ko sendiri akan disumbattt ke penjara, boleh buat cafe VVIP kat sana
Quote Tokeybundle 11-10-2022 09:40 PM
Diam la setannnnn.ooopppsss
Quote Highflyer19 11-10-2022 09:59 PM
Takut pun mungkin jugak...
Quote aziszai 11-10-2022 10:03 PM
Tolonglah tutup mulut tu dari berbunyi.. bila berbunyi jer keluar kenyataan yg seolah2 meludah kelangit. Penatlah ngan mamat ni, makin2 mendabik dada nampaknya.
Quote zamzam 11-10-2022 10:06 PM
Ho aloh wak keremprek segabuna taik kucen ni...
Quote MsIda 11-10-2022 10:09 PM
yuck yuck hate him like hell....
Quote rainbowrainz 11-10-2022 10:10 PM
Dia dgn anak die kak long tu sama lah.. menyampah btl
Quote shalalat 11-10-2022 10:21 PM
Sultan ok je approved. Ko bising apa hal?
Quote cmf_Strawberry 11-10-2022 10:27 PM
Warload umno bila bercakap menjadikan negara ni milik dia dan rakyat ni semua hamba dia yang kena berkorban janji dia hidup senang lenang. Dan tunggu pulak anak dia mencapub. Negara lain boleh buat plan setahun lagi awal untuk kesenangan semua pihak, tp Malaysia semuanya asal boleh janji ada sesetengah pihak senang lantak pi la rmaai pihak yang terkorban.
Quote jas7512 11-10-2022 10:29 PM
Kalau kauvx masuk penjara harap kau masuk kubur cepat..liabiliti negara kau ni
Quote ctaz 11-10-2022 10:33 PM
sendiri ckp kat diri sendiri....
lagi tarak sedar diri ke
Quote rashiman 11-10-2022 10:55 PM
tentulah sayang nak lepaskan jawatan MB, KM...., kalau bubar awal, belum tentu lagi dapat jawatan tu....
PM tak tamak kuasa demi kestabilan negara, sanggup melepaskan jawatan takkiralah siapa yg menang dlm PRU-15 yg penting adalah kestabilan negara.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.049680 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top