Neelofa terkilan sangat dengan individu yang sebarkan muka anaknya di TikTok baru-baru ini. Kata isteri Haris Ismail ini, individu berkenaan macam tak menghormati dirinya dan suami sebaba ibu dan bapa Bilal.
"Macam ni lah. Sebagai seorang ibu sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar takkan saya nak sorok muka dia. "Kemudian you all share dan upload, macam tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang lahirkan buat benda tu," katanya kepada Gempak.
Neelofa juga mohon diberikan ruang dan tidak lagi bertanyakan tentang anaknya. "Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan. "Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?" Marah sungguh Neelofa, taku-takut nanti surat saman sampai depan pintu. -CARI
|
kotakominami replied at 11-10-2022 06:11 PM
Finally...grand reveal di tepi kaunter sajerk. Bolehla tuh..jgn ke tidak...tp kalau aku jadi dia p ...
Perawankota replied at 11-10-2022 06:08 PM
Aik.. Bukan semalam kata tak per ke? Ni tiba2 sentap..
ADVERTISEMENT