Tindakan penduduk kampung saling melempar dan melontar makanan di Sidolaju Ngawi, Jawa Timur, Indonesia mengundang kecaman ramai.
Kejadian yang dikongsikan di laman Instagram itu memaparkan peristiwa ataupun 'perang' makanan yang berlaku di sebuah kawasan lapang. Perbuatan itu yang didakwa tidak mensyukuri nikmat tuhan, dihujani kecaman warganet kerana dikatakan tidak menghormati rezeki makanan. Difahamkan, aktiviti tersebut berasal dari Desa Tambak Selo Timur, Desa Palang Lor, Kecamatan Kedunggalar, Ngawi itu merupakan tradisi turun temurun yang dinamakan 'Nyadranan'.
Tradisi tersebut diadakan pada setiap tahun hari jumaat dan menurut orang dahulu, 'Nyadranan' merupakan satu upacara warisan terpuji dan salah satu usaha untuk menunjukkan manusia bersatu dengan alam. Upacara ini juga adalah salah satu penghargaan masyarakat kepada alam bagi memperoleh kekayaan yang melimpah. Difahamkan, tradisi terbabit berasal daripada sejarah penubuhan Dusun Tambak Selo Timur. Berdasarkan sejarah, Ki Ageng Tambak yang merupakan tokoh pemberontak penjajah, dikejar oleh Belanda sehingga ke dalam hutan belantara. Ketika itu, Ki Ageng Tambak bersumpah bahawa senapang Belanda tidak dapat menembusi lokasi persembunyiannya dan nama tempat itu kini menjadi sebuah perkampungan bernama Dusun Tambak Selo. Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memberikan kecaman berhubung peristowa terbabit. IG @faktakamera “Kalau tuhan dah jatuhkan bala kepada rakyat baru tahu, rezeki makanan dibaling dan dicampak macam sampah, mereka memang sejenis yang tidak reti bersyukur," kata adzanabs. “Kenapa perlu dibuang makanan, kalau betul ia merupakan tradisi bukan ke lebih baik kalau diberikan kepada fakir miskin," jelas jamezstranger. “Tradisi seperti ini memang sukar untuk ditafsirkan, langsung tidak bersyukur dan menghina rezeki ALLAH," tambah mirnasari. Sumber: Majoriti
|
Tradisi tersebut diadakan pada setiap tahun hari jumaat dan menurut orang dahulu, 'Nyadranan' merupakan satu upacara warisan terpuji dan salah satu usaha untuk menunjukkan manusia bersatu dengan alam.
tikusmontok: Adat apa ni @Friska babu? Mkn susah sampai datang merempat msia, ada mkanan kau buang2 pulak
Tradisi tersebut diadakan pada setiap tahun hari jumaat dan menurut orang dahulu, 'Nyadranan' merupakan satu upacara warisan terpuji dan salah satu usaha untuk menunjukkan manusia bersatu dengan alam.
ADVERTISEMENT