CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Sorok Sangat- Suami Hilang Duit RM45,417, Lupa Beritahu Isteri Simpan Wang Dalam Baju

11-10-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1047| Komen: 2

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura kempunan koleksi berharga wang kertas bernilai SGD14,000 (RM45,417) yang disorok dalam poket baju lama apabila isterinya membuang  pakaian tersebut semasa mengemas kediaman mereka, lapor portal berita Mothership.


Lelaki dikenali sebagai  Zhuo itu berkata,  dia mengumpul koleksi wang kertas nominasi SGD1,000 (RM3,244) selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menghentikan pengeluarannya pada 2021.


Zhuo menunjukkan lokasi tong sampah di mana isterinya membuang semua baju lama yang mempunyai koleksi wang kertas SGD1,000. Foto: Mothership

“Apabila mana-mana rakan saya mempunyai wang kertas seribu dolar, saya akan menukarnya dengan mereka untuk ditambah kepada koleksi saya.


“Saya telah menyembunyikannya dalam poket baju lama kerana bimbang ia akan dicuri tetapi terlupa untuk memaklumkan kepada isteri,” jelasnya.

Tambah Zhuo, insiden itu berlaku apabila isterinya mengemas rumah secara menyeluruh dan membuang semua barangan buruk, lama dan tidak dipakai atau digunakan.

“Saya segera turun ke tempat pembuangan sampah namun plastik berisi baju lama yang mempunyai 14 keping wang kertas SGD1,000 itu telah diambil pihak pelupusan sampah,” ujarnya.

Zhuo telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang kertasnya, namun sedar bahawa peluang untuk kembali menemuinya sangat tipis. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 11-10-2022 04:52 PM
He got exactly what he deserved. You Reap What You Sow.
Quote EJALTI 11-10-2022 05:07 PM
Haa sorok lagi, suami kempunan RM45,417, ‘lupa’ beritahu isteri simpan wang dalam baju

https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... an-wang-dalam-baju/

Oleh KOSMO!
11 Oktober 2022, 4:14 pm


Zhuo menunjukkan lokasi tong sampah di mana isterinya membuang semua baju lama yang mempunyai koleksi wang kertas SGD1,000. - Mothership

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura kempunan koleksi berharga wang kertas bernilai SGD14,000 (RM45,417) yang disorok dalam poket baju lama apabila isterinya membuang  pakaian tersebut semasa mengemas kediaman mereka, lapor portal berita Mothership semalam.

Lelaki dikenali sebagai  Zhuo itu berkata,  dia mengumpul koleksi wang kertas nominasi SGD1,000 (RM3,244) selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menghentikan pengeluarannya pada 2021.

“Apabila mana-mana rakan saya mempunyai wang kertas seribu dolar, saya akan menukarnya dengan mereka untuk ditambah kepada koleksi saya.

“Saya telah menyembunyikannya dalam poket baju lama kerana bimbang ia akan dicuri tetapi terlupa untuk memaklumkan kepada isteri,” jelasnya.

Tambah Zhuo, insiden itu berlaku apabila isterinya mengemas rumah secara menyeluruh dan membuang semua barangan buruk, lama dan tidak dipakai atau digunakan.

“Saya segera turun ke tempat pembuangan sampah namun plastik berisi baju lama yang mempunyai 14 keping wang kertas SGD1,000 itu telah diambil pihak pelupusan sampah,” ujarnya.

Zhuo telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang kertasnya, namun sedar bahawa peluang untuk kembali menemuinya sangat tipis. – Agensi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.785571 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top