CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Kelisa Rempuh Belakang Lori- Bapa Parah, Anak Dua Tahun Maut

11-10-2022 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1953| Komen: 19

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat parah di kepala selepas kereta Perodua Kelisa yang dinaiki bersama bapanya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 12, Jalan Bukit Changgang-KLIA, Kuala Langat, hari ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridzwan Mohd Nor@Salleh berkata, dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, siasatan awal mendapati, kereta Perodua Kelisa itu daripada arah Bukit Changgang menghala ke arah Taman Langat Murni, Banting.

Foto: IPD Kuala Langat

“Apabila sampai di tempat kemalangan, lori yang berada di hadapan kereta tersebut berhenti di simpang lampu isyarat yang bertukar berwarna merah lalu pemandu Kelisa membrek dan cuba mengelak ke kanan tetapi gagal sebelum terlanggar jugak bucu bahagian belakang sebelah kiri lori itu kerana jarak yang terlalu dekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Tambah beliau, pemandu Kelisa yang berumur 39 tahun itu tersepit dan parah di bahagian kepala manakala penumpang hadapan keretanya, seorang kanak-kanak dipercayai anak pemandu, parah di bahagian kepala akibat hentakan pada dashboard sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ahmad Ridzwan, pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu Perodua Kelisa dikejarkan ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala mayat kanak-kanak terbabit telah dibawa ke Bilik Mayat Hospital Banting untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” ujarnya.

Tambah beliau, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Orang-ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta  menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor, Fatin Husna Khairuzzaman (Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat) di talian 017 3012621) atau 03-31872222. -CARI

Sumber: MalaysiaGzette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 11-10-2022 04:38 PM
Takziah...
Quote noor2 11-10-2022 04:49 PM
Innalillah...bawak anak jgn la bawak laju2
Quote Page88 11-10-2022 04:50 PM
Rest In Peace.
Quote Perawankota 11-10-2022 04:53 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun
Quote prettyuglybabe 11-10-2022 04:56 PM
budget lepas traffic light ke tu?
Quote jazaa100 11-10-2022 04:56 PM
Nak rebut trafic light ke.....
Tetiba lori berhenti
Quote Belibis 11-10-2022 04:59 PM
Mula2 kata pemandu kelisa parah di kepala,mati di tempat kejadian..
Satu lagi kata pemandu lori tak cedera,dan pemandu kelisa dibawa ke hospital untuk rawatan..
Quote Carcosa 11-10-2022 06:58 PM
Pls lah letak dlm kepala, kalau dari jauh, nampak green light yg dah agak lama, prepare utk slow down jugak. Sbb ada lampu isyarat yg kuning dia kejap je. Then terus ke merah.
And don't let me start on the carseat. Haihhh. Dahla bwk anak kecik, bwk laju, anak letak je mcm tu. Kan dah berdentum kena dashboard.
Ujung2, dah ajal katanya.
Quote awanearisu 11-10-2022 07:05 PM
Salam takziah.
Quote mopdido 11-10-2022 07:19 PM
Pemandu kelisa tu tersepit.Ada gambar whatsapp tunjuk mayat budak tu. Parah jugak bahagian kepala.kesian???? mesti nak kejar trafik light depan kilang kertas tu sampai tak sempat nak brek, nak elak lori depan tapi tak pandai nak agak.
Quote imanjannah 11-10-2022 07:24 PM
innalillahwainnalillahirojiun..
Quote cap_ayam 11-10-2022 07:32 PM
Salam takziah..
Quote Zack8hunter 11-10-2022 07:37 PM
Takziah buat pemandu dan famili.. aku bila drive saing2 lori mesti akan terus auto mengalah dan akan cuba jarak sejauh mungkin.. ngeri bila terbaca berita2 mcm ni
Quote faraway1 11-10-2022 07:57 PM
Gila laju sampai tak sempat nak brek bebetul, patut bola kawasan lampu lintas, tak perlu kerja alam kubur Sangat
Quote pensil82 11-10-2022 08:43 PM
Dekat ngan umah ni. Dalam group whatsapp cakap ayah dia terlelap sbb baru balik kerja malam.Wallahualam..sama2 la kita doakan yg terbaik utk arwah baby dan ayah dia yang dengar2 citer 50-50 kat hospital.
Quote Myhappyending 11-10-2022 08:52 PM
Sedihnya ya Allah
Quote sukacactus 11-10-2022 09:41 PM
Salam takziah
Hati2 di jalanraya
Tambah2 bawa ank2 tu ha…kesian
Quote syamzana 11-10-2022 10:40 PM
Carcosa replied at 11-10-2022 06:58 PM
Pls lah letak dlm kepala, kalau dari jauh, nampak green light yg dah agak lama, prepare utk slow dow ...

kes camni la moto langgar kete iols gara2 berhenti lampu merah. yg peliknya kereta depan i ada 2biji slowdown ms lampu bertukar hijau ke kuning, takkan i kereta ke3 nak langgar kereta depan lak. masa i berhenti tu ngam2 lampu merah. i nampak dah dan bersedia pegang kuat2 stereng sbb superbike tu sgt laju langgar bontot kereta i bergegar. meraung2 anak iols dlm carseat terkejut. moto dia berpusing2 pakej tersadai langgar tebing jalan. pakcik dok lane tepi keluar tgk dia, nmpk elok blh bangun mmg teruk kene ceramah. habis kemek kete iols geram aku nak maki hamun situ.
mmg depa ni xigt dah ms bljr kat driving school dulu ape kegunaan lampu kuning tu.bongok takleh diajar ni payah. smpai skrg iols trauma kalau lampu bertukar kuning ke merah
Quote Carcosa 11-10-2022 11:23 PM
syamzana replied at 11-10-2022 10:40 PM
kes camni la moto langgar kete iols gara2 berhenti lampu merah. yg peliknya kereta depan i ada 2bi ...

Huishhhh, kesiannya chuols. Mmg harami betul sesapa yg bwk laju mcm babi gila on the road. Meols mmg lemah lutut betul kalau drive dgn anak. Yelah dia dkt blkg kan. Walaupun lah dlm carseat dia, secured aman damai, tapi hati seorang ibu, mana pernah tenang? Selalu mikirkan anak. Meols kalau berenti lampu merah, berzikir lah manjang sambil mata tgk rear mirror, takut2 kereta laju dari blkg, sbb anak kat blkg kan
Sorry to say, kadang meols tak paham org yg drive boleh sempat ngantuk2 or leka2. Sebab meols mmg tegap pegang steering, mcm org ambik dadah mata terbeliak tu    Tak sempat nak ngantuk sbb meols busy tgk jalan n kereta

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.083503 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top