CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyewa Dari Neraka, Homestay Dah Macam Tongkang Pecah- Penuh Sampah, Suka Hati Alih Perabot

11-10-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5620| Komen: 59

Beberapa keping gambar memaparkan keadaan ‘homestay’ yang bersepah dan kotor tular di media sosial hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsi semula dari Facebook Nur Izzati Nadia memaparkan keadaan rumah yang kotor, penuh sampah-sarap sehingga menyukarkan kerja-kerja pembersihan.


Difahamkan gambar itu diambil oleh individu yang ditugaskan untuk membersihkan rumah itu yang dipercayai dijadikan ‘homestay’.




“Pelanggan dari neraka, rasanya memang minggu ini ramai kena dengan pelanggan. Ingat senang ke jadi ‘cleaner’?

“Bila dapat pelanggan buat rumah macam masuk hutan, macam inilah jadinya,” kata hantaran itu.

Bukan sahaja dibiarkan bersepah, malah difahamkan pelanggan rumah itu juga telah mengubah kedudukan beberapa perabot di dalam rumah berkenaan.



“Suka-suka hati ubah perabot, sudah tu tak reti nak kemas balik. Sampah sendiri tak reti buang, kotorkan rumah orang.

“Dia ingat dia bayar dia boleh buat sesuka hati? Betul-betul tak ada adab!,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penyewa tersebut dan mencadangkan agar pemilik ‘homestay’ meminta deposit sebagai syarat untuk memastikan rumah itu ditinggalkan dalam keadaan bersih dan teratur.


Foto: FB


“Nasiblah kalau berbisnes rumah sewa atau ‘homestay’. Kita takkan tahu perangai penyewa sehinggalah mereka ‘check out’,” kata Ritta.

“Sebab itu pemilik ‘homestay’ kena letak deposit RM100 ke RM200 ikut kesesuaian rumah. Syarat untuk dapatkan semula duit deposit perlu pulangkan kunci dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih,” kata Kak Tin.

“Macam sengaja, ada je orang macam itu. Masa duduk okey, masa nak ‘check-out’ mereka saja buat kejutan. Orang macam ini ada masalah mental, seronok tengok orang lain sakit hati,” kata Ema.

“Saya masuk mana-mana ‘homestay’ mesti kemas balik semua, tuala kotor letak tepi, pinggan cawan saya basuh dan sampah letak luar rumah. Orang macam ini tengok diri sendiri mesti pengotor,” kata Ekin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 11-10-2022 04:16 PM
penyewa ni yg selalu habit buang sampah keluar dari kereta sesuka hati, jamban berkerak dan seks merata.
Quote begg 11-10-2022 04:19 PM
Mintak je deposit RM500 baru la dia takut tak dapat balik..
Quote tri-max 11-10-2022 04:21 PM
mentaliti penyewa ni jenis yg ingat duit yg dia bayar utk menyewa sehari tu macam emas
ni yg jenis kalau dia order nasi goreng harga 7 rgt, dia nak ada udang , sotong, ayam & daging dlm pinggan dia
bodoh pekat likat
Quote Goodluckdontcry 11-10-2022 04:24 PM
Tahla..kdg mmg sakit Ati bila jumpa org pengotor walau Dr Kaum kerabat sendiri..

Dan kdg penat bila duk homestay ramai2 tp Kita la sorg2 kemas ITU ini bila nk keluar..SBB takut org Kata Kita xbertamadun.. pengotor.
Xberadab...

SBB Tu den lbh suka..duk diam2  kat umh..MLS dah nak ikut org konon.bercuti...tp penatnya den mcm xbercuti...puihhhh..
Quote Kak-Rohana 11-10-2022 04:31 PM
Padan muka ko!! Ko tak pikir ke sengsara orang2 kat bawah.. jiran2 sebelah menyebelah bila ko buat unit ko jadi sardinstay gitu dek. Bising tu dah kompirm la kan? Sib baik homestay ko tak jadi makmal dadah…port org isap syabu long weekend dek. Ko harap diaorang datang behave jaga rumah ko mcm rumah sendiri kew? Sebab tu homestay ni patut di banned di kediaman strata, kondo, apartment kat Malaysia ni.
Quote Highflyer19 11-10-2022 04:32 PM
Sesetengah org mmng ada perangai buruk mcm ni suka rosakkan harta org...jenis yg kurang kasih sayang atau memang samseng kronik
Quote krustykrab 11-10-2022 04:37 PM
Goodluckdontcry replied at 11-10-2022 04:24 PM
Tahla..kdg mmg sakit Ati bila jumpa org pengotor walau Dr Kaum kerabat sendiri..

Dan kdg penat bila ...

Aku pun tak suka gi ramai² sewa homestay ni, udah ler duk herapkn kita je belanja honestay, mknminum diorg...lps tu kita jgk nk tlg kemas anak² diorg buat sepah..perangai lahanat...
Yg diorg tau nk berseronok bercuti jah..
Quote krustykrab 11-10-2022 04:39 PM
Kak-Rohana replied at 11-10-2022 04:31 PM
Padan muka ko!!  Ko tak pikir ke sengsara orang2 kat bawah.. jiran2 sebelah menyebelah bila ko bua ...

Iols sokong ban je homestay ni ternasuklah rumah teres...tak sesuai ganggu jiran².
Quote amyza82 11-10-2022 04:43 PM
Biasanye yg tglkn mcm ni, kt rumah dia pun mcm tu. Sbb tu diaorg x rasa bersalah buat rumah org mcm tu.
Serik2 berhomestay dgn org mcm ni sbb kita yg penat kemas balik, n diaorg feel mcm kita ni budget bagus n a bit messy.
Quote xtahumenahu 11-10-2022 04:45 PM
hmmmm..ni x seteruk penyewa rumah aku...
Quote uda 11-10-2022 04:47 PM
Buat macam air bnb- masukkan cleaning cost sekali mengikut bilangan org yang stay
Quote Page88 11-10-2022 04:47 PM
These people have no respect for other people's properties or anything.
Quote Kak-Rohana 11-10-2022 04:56 PM
krustykrab replied at 11-10-2022 04:39 PM
Iols sokong ban je homestay ni ternasuklah rumah teres...tak sesuai ganggu jiran².

Kannn.. musim buat duit high season masyuk senyap je. Bila time rugi..perabot lekang dapor berkeladak baru kalut nak viral nak memekak bagai. Takod takde demand tak mintak deposit.. sesuai la unit theyols jd rumah kongsi sementara
Quote renko 11-10-2022 05:00 PM
beruk kandang pun tak macam ni
Quote Perawankota 11-10-2022 05:01 PM
Guest tu mcm sengaja jer rosakkan.. Ada tak puas hati kot.. Anyway, biar betul sofa mcmtu letak kat balcony. Tau lah sofa murah, tapi tak kena tempias ke? Biar lama2 jadi kepam lah..

Buat pengusaha homestay, lenkali amik mahal sikit deposit, pastu confirm kan baper pax nak duduk. Pastu plastik sampah tolonglah letak extra yg besar. Sah2 yg duduk homestay ni memang makan kt homestay so sampah mesti byk.. Aku kalau ikut adik beradik aku, klu dorg stay homestay memang awal2 aku bawak plastik sampah sendiri.. Dh lah kita duduk sah-sah 2,3hari.. Ni plastik sampah saiz S ko letak, pastu tak der spare.. Nanti dpt guest hawau, pemalas pengotor, baru tau sakit hati kan...
Quote sharlenetexas 11-10-2022 05:02 PM
Monyet ke ni?

Quote sharlenetexas 11-10-2022 05:03 PM
Deyols gi holiday kat telen wat camni gak ke?


Quote tungkai 11-10-2022 05:28 PM
Dah kenapa tak collect deposit awal2...???
Quote tootii 11-10-2022 05:33 PM
Ya Allah .. homestay tu slalunya ko stay bukannya lama .. tp mcm ni sekali ko buat rumah org tu .. dasar pengotor yerk ..

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.544253 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top