CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hutang Jadi Berpuluh Ribu- Ramai Menyesal, Terjerat Dengan "Beli Dulu, Bayar Kemudian"

11-10-2022 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2393| Komen: 16

Kuala Lumpur: Konsep beli dulu, bayar kemudian (BNPL) semakin menjadi pilihan peniaga untuk 'memancing' pembeli membeli produk.

BNPL yang menawarkan sifar kadar faedah kepada pembeli menyebabkan konsep itu turut menjadi pilihan pengguna khususnya mereka yang 'terdesak' jika mahu membeli barang secara terus dengan harga ditawarkan.

Dengan wujudnya konsep ini, pengguna berasakan ia antara alternatif untuk memiliki sesuatu barangan yang diidamkan tanpa perlu membuat bayaran penuh sekali gus.


Gambar Hiasan

Pengguna hanya perlu melunaskan bayaran pendahuluan manakala bakinya boleh dibayar dalam tempoh sehingga enam bulan.


Malah, mereka hanya perlu mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan dan penyata bank malah ada yang menjanjikan kelulusan segera.

Jika keadaan ini tidak dikawal, pengguna umpama menjerat diri apabila dibelenggu hutang yang banyak tanpa disedari.

Dengan konsep 'biar papa, asal bergaya' menyebabkan ramai anak muda sanggup berhutang demi kelihatan mewah dan seiring dengan trend terkini.

Harian Metro merungkai pengalaman individu yang terjerat dengan konsep BNPL ini selain mendapatkan huraian lanjut daripada pakar kewangan bagaimana konsep ini mampu menjadi 'bom jangka' kewangan seseorang.

Mangsa 1 - Rimas kerap dihubungi, tuntut hutang - Eschaa

"Saya sudah serik dan insaf pun iya. Kalau boleh tak nak lagi beli cara begitu kerana enggan terbeban dengan hutang," kata wanita dikenali Eschaa.

Eschaa, 35, salah seorang individu yang terjebak dengan pembelian menerusi kaedah beli dahulu bayar kemudian di sebuah platform jual beli dalam talian.

Akibatnya, dia menanggung hutang yang kini mencecah RM4,000 termasuk faedah apabila gagal menjelaskan ansuran bulanan bagi pembelian televisyen dan lain-lain barangan.

"Saya sudah lama aktif membeli di sebuah platform jual beli dalam talian. Cuma mungkin kerana kerap membeli barangan agak mahal di situ, saya ditawarkan kredit pembelian pada Julai tahun lalu bermula dengan RM3,300.

"Nilai kredit itu kemudian meningkat kepada RM4,000,RM6,000 dan RM10,000 kerana kerap membeli," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Eschaa, tawaran menarik itu tidak dilepaskan malah dimanfaatkan bagi membuat pembelian barangan bermula dengan televisyen dengan ansuran bulanan RM500 selama enam bulan kemudian barangan lain.

"Kiranya, saya gunakan kemudahan itu bagi membeli barangan secara ansuran dan di situlah bermulanya bebanan hutang," katanya.

Menurut Eschaa, pada awalnya dia dapat menjelaskan ansuran bulanan pada tarikh ditetapkan.

Bagaimanapun, ketiadaan pendapatan akibat diberhentikan kerja ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan dia gagal menjelaskan ansuran bulanan hingga ada tunggakan.

"Tunggakan bermula sejak Januari tahun ini dan bayaran terakhir dibuat adalah untuk ansuran bulanan televisyen dan barangan lain.

"Oleh kerana gagal membayar, saya kerap dihubungi operator syarikat jual beli dalam talian berkenaan untuk menuntut hutang belum dijelaskan.

"Tertekan juga dibuatnya dan bagi mengelak terus diganggu, saya sekat nombor syarikat berkenaan, muat turun aplikasi yang boleh mengesan identiti pemilik nombor telefon dan abaikan panggilan tidak dikenali.

"Bukan mahu lari daripada hutang kerana saya ada cuba bayar pada kadar mininum namun tidak boleh kerana perlu menjelaskan ansuran bulanan mengikut jumlah ditetapkan.

"Jadi, saya terpaksa kumpul duit dalam akaun platform berkenaan dan jelaskan hutang apabila cukup jumlah diperlukan," katanya.

Eschaa berkata, dia ada aktifkan akaun baru bagi platfrom jual beli dalam talian yang sama dan ditawarkan dengan kredit pembelian.

"Bagaimanapun, saya abaikan tawaran itu kerana cukuplah sekali terbeban dengan hutang di platform jual beli berkenaan.

"Kini, saya lebih selesa beli barangan secara tunai atau menerusi potongan debit di akaun bank, kiranya berbalik kepada asas pembelian.

"Bagi saya, pembelian beli dahulu bayar kemudian itu memudahkan namun jadi buruk kesannya apabila pengguna tamak dan boros berbelanja hingga terjerat dengan hutang," katanya.

Mangsa 2 - Mulanya nampak menarik, lama kelamaan hutang menjerat saya - Hairul

"Mahu bergaya namun poket selalu 'kering' menyebabkan saya memilih konsep beli dulu, bayar kemudian (BNPL).

"Tapi disebabkan gagal mengawal mengawal kehendak berbanding keperluan, saya akhirnya terjerat dengan kerakusan diri sendiri," kata pekerja swasta, Hairul, 20-an.

Beliau berkata, dengan pendapatan antara RM1,800 hingga RM2,000 sebulan sudah pasti dia berdepan kekangan khususnya untuk memiliki pakaian dan gajet berjenama.

Katanya, tertarik dengan konsep BNPL, dia mengambil keputusan untuk membeli pelbagai barangan dari platform atas talian.

"Bayaran bulanan yang agak rendah selain syarat ringkas menyebabkan saya tidak terasa seterusnya semakin 'galak' membuat pembelian atas talian.

"Lama kelamaan jumlah hutang semakin meningkat dan akhirnya tidak mampu untuk melunaskan bayaran bulanan lain seperti kereta dan bil utiliti," katanya.

Hairul berkata, keterlanjuran dalam berbelanja kerana mengikut kehendak sehingga terjerat dengan bebanan hutang yang tinggi.

Katanya, kini mahu atau tidak dia terpaksa membayar hutang sehingga selesai kerana bimbang nama akan disenarai hitamkan kelak.

"Ini pengajaran terbesar dalam hidup agar kita lebih berhati-hati ketika berbelanja dan tidak hanyut dengan nafsu semata-mata," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 11-10-2022 03:03 PM
betul.. amik amik.. bayar 100 je sebulan.. harga brg 4000... tu satu brg.. kalau byk brg.. oiii bahaya!
Quote green~tea 11-10-2022 03:04 PM
BNPL ada interest ke? Bukan ke 3x baya terus dah habis ke hutang ? Sempat taboh interest ke????
Quote saviour_09 11-10-2022 03:21 PM
ipong ramai loan
Quote gekkou 11-10-2022 03:37 PM
Eschaa

cemana nk sebut nama acik ni?

dia kata x de interest
so aman2 la buat hutang baru kekdahnya
Quote green~tea 11-10-2022 03:41 PM
gekkou replied at 11-10-2022 03:37 PM
Eschaa

cemana nk sebut nama acik ni?

Esah je lahhhh... mak esahhhh
Quote green~tea 11-10-2022 03:43 PM
Ah Long Bukit Beruntong tersenyum sinisssss   
Quote Mina2215 11-10-2022 03:52 PM
Mcm Shopee Pay Later je nih. Banyak dengar kes cmni terjerat dgn SPay
Quote elzy 11-10-2022 03:58 PM
Ramai ambil SPay Later up post unboxing dengan penuh gaya dan bangga..
End up hutang banyak dengan pembelian tanpa dirancang..
Ekonomi tak menentu sekarang jangan suka hati berbelanja dan berhutang, risau tak mampu bayar wey..
Quote JamilBinAbu 11-10-2022 04:05 PM
Live within your means..
Quote vespa_oren 11-10-2022 04:09 PM
nie ibarat installment kad kredit, aku pun dah terjebak bulan2 bayar kad sahaja rm2k+, sibuk dok beli barang fikir installment bulanan tapi xkira
installment sebelum ini dah berapa
Quote ninja9 11-10-2022 04:22 PM
shopee pay later tu bayar mcm mana... ada interest ker? siapa yang dah berjaya hutangkan diri riburibu tu bagi pencerahan
Quote awenda507 11-10-2022 04:53 PM
sbb tu kena ukur baju kat bdn sendiri
Quote shernazz 11-10-2022 04:58 PM
Nanges le wei
Bior le membeli ikut kemampuan.bukan kemampusan
Quote edee_91 11-10-2022 10:48 PM
shernazz replied at 11-10-2022 04:58 PM
Nanges le wei
Bior le membeli ikut kemampuan.bukan kemampusan

aku setuju. kalau masa nak beli tu pun dah sampai tahap terpaksa guna cara ambik dulu lain kali baru bayar tu, maknanya tak mampulah masa tu.
Quote Paris19 12-10-2022 06:04 AM
awenda507: sbb tu kena ukur baju kat bdn  ...


SETUJU 100%
Quote she 12-10-2022 06:43 AM
Bukan dah ade ke thread ni aritu
Penat2 acik porumer story pasal BNPL nih

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.092778 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top