CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dalam Gaung- Penyelia Culik Dan Bunuh Kekasih Sendiri

11-10-2022 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2172| Komen: 17

Kajang: Penyelia tapak pembinaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua tuduhan menculik dan membunuh teman wanitanya, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lai Jai Loon, 27, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli dan Syahrul Sazly Md Sain.

Pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Foto: Harian Metro

Mengikut pertuduhan pertama, Lai dengan niat mendapatkan wang tebusan sebanyak RM40,000, didakwa menahan Ho Mei Ling, 27, dengan cara melarikannya secara salah di hadapan rumah di Jalan Kenari 1, Taman Kenari, Lenggeng, Negeri Sembilan pada 3.50 petang, 25 September 2022.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan jika disabitkan.

Tertuduh turut didakwa membunuh dan menyebabkan kematian wanita sama di tepi Jalan Bukit Tekali, Batu 14, Hulu Langat, di sini pada 3.50 petang, 25 September hingga 3 petang, 27 September 2022.

Lai didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Afiqah Abdul Ghaffar dan Nurul Husna Amran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 November depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini, melaporkan mayat wanita dipercayai mangsa culik ditemui dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff dilapor berkata, mangsa yang disyaki dibunuh itu ditemui orang awam pada 3.30 petang dan pemeriksaan lanjut dibuat berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersamanya serta pengecaman ahli keluarga.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas wanita itu dilarikan di kawasan rumahnya di Broga, Lenggeng, Negeri Sembilan selain mendakwa turut menerima WhatsApp meminta sejumlah wang tebusan.

Siasatan awal mendapati mangsa dan lelaki itu dipercayai pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak awal tahun ini dan motif pembunuhan disyaki ada kaitan dengan hutang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 11-10-2022 01:40 PM
Eh ni yg mne.. lain ek yg jumpa kat broga..
Quote Suchi 11-10-2022 01:51 PM
Oh yg kat Broga tu sudahnya takde dah korang sebut Broga kat Lenggeng kan.
Kemain byk sampai 40k ni mesti hutang ngn ahlong ke apa.
Quote hareeeesah 11-10-2022 01:56 PM
tau pulak dia pompuan tu byk duit? Seram baru kenal gitu dh nk meminjam pastu suka kau je bunuh
Quote Samerosie 11-10-2022 02:07 PM
Kenapa dia pakai baju terbalik?
Quote epullipan 11-10-2022 02:09 PM
gila betul la selamba badak je dia bunuh
Quote lola0311 11-10-2022 02:09 PM
Samerosie replied at 11-10-2022 02:07 PM
Kenapa dia pakai baju terbalik?

baju bersih pulak tu
Quote Omai 11-10-2022 02:39 PM
mental nye...
Quote sangbara2020 11-10-2022 02:46 PM
jantan xguna cmni lah...
syiall betul...dh xberduit pastu nk memeras org...
Quote pocongkiutss 11-10-2022 02:46 PM
lola0311 replied at 11-10-2022 02:09 PM
baju bersih pulak tu

Hahaha..kemain suh Bersih pilihanraya bagai..hujung2 sendiri perangai hampeh siap pakej membunuh lagik
Quote KamikuP 11-10-2022 03:16 PM
Baju bershit 3.0 patutler bengong
Quote Babai 11-10-2022 03:20 PM
Samerosie replied at 11-10-2022 02:07 PM
Kenapa dia pakai baju terbalik?

Kang tak bersih pulak nanti
Quote Belibis 11-10-2022 03:57 PM
Samerosie replied at 11-10-2022 02:07 PM
Kenapa dia pakai baju terbalik?

Takut roh amoi dia balas dendam ler tu..ikut kepercayaan dia la..
Quote Goodluckdontcry 11-10-2022 04:11 PM
Pakai baju bersih SBB mungkin nk tarik perhatian ambiga kut, MN tau blh JD peguam bela free of charge utk Dirinya.. geng2 bersih ni Kan penyayang orgnya.. kehkehkeh
Quote Samerosie 11-10-2022 04:27 PM
Belibis replied at 11-10-2022 03:57 PM
Takut roh amoi dia balas dendam ler tu..ikut kepercayaan dia la..

Betul ka?  I ingat sebab nak sorokkan dia pakai baju bersih 3.0 tu.  


Quote hayrin86 11-10-2022 04:32 PM
sangbara2020 replied at 11-10-2022 02:46 PM
jantan xguna cmni lah...
syiall betul...dh xberduit pastu nk memeras org...

Tak lagi berkira kaum apa pun..


Quote Highflyer19 11-10-2022 04:37 PM
Samerosie replied at 11-10-2022 04:27 PM
Betul ka?  I ingat sebab nak sorokkan dia pakai baju bersih 3.0 tu.

Penyokong Bersih rupanya...ingatkan penyokong2 Bersih semua suci murni tak buat salah silap serbi bersih dari dosa...
Quote Page88 11-10-2022 05:07 PM
Rest In Peace.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050783 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top