CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluar Naik Motor Dengan Siapa Entah, Anak Perempuan Dah Seminggu Tak Balik- "Ada Jiran Nampak Dia Dengan Tokan Dadah"

11-10-2022 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3422| Komen: 32

Seremban: Seorang wanita tidak senang duduk selepas anak perempuannya berusia 14 tahun tidak pulang sejak seminggu lalu selepas keluar dari rumah tengah malam Isnin lalu.


Lebih membimbangkan, anak bongsu daripada empat beradik itu kali terakhir dilihat menaiki motosikal bersama seorang individu tidak jauh dari rumahnya kira-kira 12 tengah malam.

Norhidayah Mohd Yacob, 42, berkata, ketika anaknya keluar dari rumah di Taman Jasmin, di sini, dia dan seorang lagi anaknya sedang tidur dan tidak menyedari kehilangan Nur Najwa Nasuha Kasraful Nizam.


Foto: Harian Metro

"Pada malam itu saya ada memintanya telefon bimbit dan dia menyatakan susah jika tiada alat itu. Selepas menyalin jadual waktu sekolahnya, dia memulangkan telefon kakaknya dan selepas itu kami semua tidur.


"Kami tidak menyangka yang dia akan keluar tanpa pengetahuan. Keesokan paginya kami menyedari Najwa sudah tiada dan daripada makluman jiran, Najwa dilihat berjalan kaki ke arah sebuah kilang sebelum diambil seseorang dengan menaiki motosikal.

"Dia memakai baju kameja-t berwarna gelap dan baju panas berwarna kelabu ketika keluar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia berkata, keluarga sudah membuat laporan di Balai Polis Senawang keesokan harinya.

Tambahnya, beberapa individu mendakwa ternampak anaknya itu, namun tidak melaporkannya kepada keluarga atau polis.

"Saya sangat bimbang keselamatannya lebih-lebih dia perempuan. Sudah seminggu adik tidak pulang. Saya tidak tahu di mana dia tidur, apa dia makan dan dengan siapa dia berada sekarang.

"Pulanglah adik, keluarga semua risaukan adik. Kami semua rindukan adik dan jika ibu ada buat silap, ibu sanggup minta maaf asalkan adik pulang.

"Saya juga meminta orang ramai yang ternampak Najwa supaya melaporkannya kepada polis. Apa yang membimbangkan kini apabila ada jiran memaklumkan ternampak dia bersama tokan dadah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 11-10-2022 01:35 PM
Awat pix tu nmpk mcm umo 20an tak mcm 14 tahun
Quote lattehazelnut 11-10-2022 01:37 PM
Keldai dadah ke.. demi hp sanggup..
Quote hareeeesah 11-10-2022 02:00 PM
muda lg… kenapa la dik
Quote prettyuglybabe 11-10-2022 02:32 PM
tu pic anak ke mak nya?

Quote Omai 11-10-2022 02:37 PM
stress ke dek dok umah?
Quote prince_marhaen 11-10-2022 02:44 PM
dah ghabak, bunting esok esok dia balik lerrr....
Quote alieyrina 11-10-2022 02:53 PM
Mesti kat rumah sebelum hilang dia kena marah. Budak2 lani bleh kata apa sangat
Quote sangbara2020 11-10-2022 03:04 PM
stress macamana pun dekk, duk bwh ketiak makpak la yg paling heaven...
Quote Prickford 11-10-2022 03:07 PM
Bodoh dikk... Umur baru 14 dik. Kalau kena kongkek, dorang yg sedap dik sebab benda tengah ranum rapat2 gitchu. Takziah la iolls ucapkan sesiap.
Quote makita 11-10-2022 03:09 PM
Tahu keluar, tahulah dia balik. Dia pegi kelas biologi tu. Jgn risau, tak ckup 9 bulan nanti dia balik la
Quote takayama 11-10-2022 03:15 PM
xtaw nak kata apa sbb muda sgt
nama bukan main panjang lg letih nk isi borang apa2 nnt
Quote Kurex 11-10-2022 03:16 PM
Ingatkan tu kakak dia..tua sebelum usia
Quote KamikuP 11-10-2022 03:18 PM
Moga selamat hendaknya adik ni balik ke rumah yaa.. jgn balik bila dah bunting mcm sebahagian anak polis ngandung anak luar nikah  dgn negro awang hite
Quote spankee_fili 11-10-2022 03:18 PM
Kalau pregnant lepas beranak boleh sambung hidup lagi even confirm struggle
Tapi kalau terjerat dadah, cikcur or worse organ trafficking ni memang gelap la deknon
Balik la selagi boleh cari jalan balik
Quote begg 11-10-2022 03:18 PM
FeblF8gVsAEGulq.jpg
Quote Babai 11-10-2022 03:20 PM
krustykrab replied at 11-10-2022 01:35 PM
Awat pix tu nmpk mcm umo 20an tak mcm 14 tahun

Kan... Cam dah tua bangka
Quote mrsamz 11-10-2022 03:21 PM
Muka lawa dah..sayang betoi
Quote honeybee1802 11-10-2022 03:24 PM
Isk..bdk ni...ko mesti malas baca berita kan...yg pompuan kena culik sbb lakinya pemgedar dadih tu.sib selamat...
Quote chandrahusin 11-10-2022 03:26 PM
Ada jiran nmpak dh pun bdk ni dr mlm tu
2 pupu aku anak dia buat perangai keluar rumah pkl 2 pagi
Masa mak ayah tgh tido
Dh smpai kat hujung kwsn perumahan
Lalu 1 rumah Cina.. anjing Cina ni menyalak
Tuan rumah keluar tya dia nak pegi mana pagi2 buta
Uncle Cina tu bwk bdk ni hantar balik rumah
Mak ayah tgh sdp2 tido
Mak ayah org baik2 ye
Tak boleh nak ckp perangai bdk2 skrg

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039736 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top