CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sertai Konsert, Ezad Lazim Gaduh Dengan Anggota Kumpulan Exists?

11-10-2022 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3371| Komen: 31

Ezad Lazim, 42, menolak dakwaan mengaitkan ketiadaannya pada Konsert Resolusi Exists yang dijadualkan berlangsung pada 18 November depan kerana perselisihan faham dengan anggota kumpulan itu.


Tegas Ezad, andaian itu tidak benar dan tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia membawa kekeliruan serta salah faham dalam kalangan peminat Exists.

Foto: IG

“Kami tidak bergaduh atau berselisih faham, malah hubungan kami baik. Kami okey sahaja.

“Sekali lagi saya nyatakan, ketiadaan saya disebabkan komitmen terhadap showcase di Langkawi. Kami telah bincangkan tentang hal ini dan cuba mencari tarikh lain untuk konsert tersebut, namun tidak berjaya kerana kekangan masa.


“Saya harap isu gaduh dan sebagainya tidak ditimbulkan lagi. Diharapkan juga peminat faham dan menyokong konsert itu nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media pementasan Jula Juli di Istana Budaya, baru-baru ini.



Konsert Resolusi Exists bakal digegarkan tiga vokalis termasuk Mamat, Pasha dan Eiz yang akan beraksi membawakan himpunan lagu popular kumpulan tersebut.

Kata Ezad lagi, dia berharap peminat akan datang menyaksikan konsert itu nanti bagi melihat sendiri kelainan yang bakal ditampilkan Exists dengan gabungan tiga vokalis tersebut.



“Saya faham, mungkin ada peminat yang mahu melihat saya beraksi bersama Exists pada konsert itu. Tapi, mungkin bukan rezeki kami kali ini.

“Kehadiran Eiz dan Pasha akan memberi kelainan terhadap lagu yang saya nyanyikan bersama kumpulan itu. Saya harap peminat tidak lepaskan peluang menyaksikan keistimewaan itu.



“Ketiadaan saya bukan masalah. Kami ada merancang untuk bergabung dan membuat persembahan di Sibu, Sarawak, tetapi butirannya akan kami kongsi kelak. Buat masa ini, anggota Exists masih okey dan tetap bersama,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchante78 11-10-2022 01:30 PM
Suara Ezad ni sedap. Better dari Mamat.
Quote imanda 11-10-2022 01:30 PM
haritu ms kat gv ada announced psl konsert exist, i p la cari info ehh takde ezad.. ade mamat je emm xjadi laa

mamat nyanyi ok ke? kalo ezad mmg suara maintain mcm dlm kaset.
Quote shernazz 11-10-2022 01:38 PM
Mamat iols suka.lagu ibu tu je.sebab bila.ezad nyanyi lagu ibu tu feel.dah lain..haha
Ezad..hampir semua lagu iols.suka..sebab sore.dia sedap...
Kawan iols dari indon pung suka lagu ezad neh..
Quote K_Lily 11-10-2022 02:20 PM
lagu2 exist masa dengan Ezad yang lebih mesra telinga.. ramai yang tau. masa ngan mamat tu... kureng sket
Quote Omai 11-10-2022 02:25 PM
Aku lagi suka dengar suara ezad ni dari mamat
Quote bendera 11-10-2022 02:52 PM
aku suka ezad ni lagi dari mamat tu.Ezad ni lebih mesra peminat dari mamat tu, yg kerek tu.
Quote manehnya 11-10-2022 03:07 PM
kalu exists, mau mamat ngan ezad ja, yg lg dua org baru tu buat semak
Quote cmf_PariS 11-10-2022 03:10 PM
aku suka ezad jua.. but mamat lagu ibu dulu cantek.. skrg dh tua.. dh tk merdu
Quote woven11 11-10-2022 03:11 PM
Exist suara paling sedap Ezad. Suara macam kaset..  Kalau ezad tak ada baik x payah buat konsert. Mamat kedua sedap.xx
Quote Lavender_Violet 11-10-2022 03:17 PM
Dah ok dah eh Ezad ni...nmpk badan berisi...dah bebas dari dadih sepenuhnya ke?
Berbanding mamat yg kurus cengkung...nmpk beno masih ambik bnda terlarang
Quote She-Ra 11-10-2022 03:17 PM
iols ok je suara mamat atau ezad.. dedua ada tone suara sedap yg tersendiri
siapa pegi konsert ni?
Quote KamikuP 11-10-2022 03:19 PM
Ezad nyanyi mmg sedap tapi bila becakap agak ghempang di situ ekekekeke
Quote ujio 11-10-2022 03:24 PM
Aikkkk ...katanyaa klu exists reunion br ada ezad...
Tp Shah pun takde konsert ni..ahaahha
Katun...
Quote JiEunTak 11-10-2022 03:27 PM
selaku pemenat Exist, aku tertanya, mampu kah Mamat nak ber konsert...?
seksa gakk tgk dia nyanyi LIVE kat TV baru2 nih...
rancangan apa tah x igt...
mcm seksa nauu nak cari napaih
Quote Acikgomen 11-10-2022 03:28 PM
Ezad dia keja kuat sungguh
Beza dah dia la ni. Masa dia hanya utk keja dan kuarge
Jaga kesihatan jad. Ingat na kalo jatuh, takdak sapa pandang kita. Pecaya nasihat bini hang tu
Quote sangbara2020 11-10-2022 03:28 PM
dulu aku suka betul dia nih...
Quote prizadane 11-10-2022 03:35 PM
JiEunTak replied at 11-10-2022 03:27 PM
selaku pemenat Exist, aku tertanya, mampu kah Mamat nak ber konsert...?
seksa gakk tgk dia nyanyi LI ...

Sebab tu ada lagi 2 orang vocalist jemputan tu. Nak kena cover mamat… kekeke.

Tapi betul la Ezad tak gaduh pun dengan Exist. Baru baru ni di ada join pc show dengan Along n Ujang untuk program apa entah. So memang timing tak kena je ni. Aku suspect, Mamat yg nak jugak date konsert ni
Quote marchikobonzo 11-10-2022 03:50 PM
Suara ezad paling lemak merdu..mamat dah xsedap suara..hari tu masa dtg GV9 pun muka macam nak taknak je pandang camera
Quote margo20 11-10-2022 04:10 PM
Tak gaduh jadi taik dadah itu jela keje retis skrg

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.377618 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top