CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memekak, Nak Makan Pun Tak Aman- Ramai Pelanggan Menyampah Busker Menyanyi Di Kedai Makan

11-10-2022 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6878| Komen: 83

Kehadiran pemuzik jalanan ataupun ‘busker’ di restoran bukan lagi sesuatu yang baru.

Tidak dinafikan semakin banyak restoran ataupun tapak kedai makanan yang memberi ruang untuk pemuzik jalanan ini menghiburkan pelanggan.


Bagaimanapun, ada sesetengah pelanggan yang kurang senang dengan kehadiran pemuzik ini kerana ada kumpulan ‘busker’ yang didakwa memasang pembesar suara terlalu kuat sehingga mengganggu pelanggan sedang menjamu selera.


Foto: kosmo

Perkara itu disuarakan netizen di Twitter apabila ramai berpendapat kehadiran ‘busker’ di kedai makan menyebabkan suasana menjadi tidak aman.


“‘Busker’ yang buat persembahan dekat kawasan kedai makan adalah memekak. Suasana tak aman, tak pedulilah suara kau sedap atau tidak. Lagi-lagi ‘busker’ yang tak kawal ‘sound system’. Ikut kepala dia saja,” luah seorang pengguna Twitter.

Perkara itu ternyata mendapat persetujuan orang ramai dengan rata-ratanya berkongsi pendapat sama serta berharap supaya mana-mana pemuzik bersikap bertimbang rasa.

“Setuju. ‘Busker’ sepatutnya akustik dan ‘unplug’ bukannya bawa turun gitar elektrik, drum segalanya. Orang nak makan kot,” kata Kura.

“Saya setuju, ‘busker’ boleh sahaja. Cuma suaikan dengan keadaan. Jangan terlalu bising hingga menyakitkan telinga,” kata Xavier Naxa.

“Sebagai manusia yang main muzik, aku setuju juga benda ini. Busking tak salah, yang salahnya pemilihan lagu itu. Tak semua lagu dekat karaoke jamban boleh buat busking,” kata Zulled.

“Ya, betul! Sama macam dekat kenduri kahwin. Patutnya ‘sound’ kena tenang dan ‘rileks’. Ini sampai aku nak berborak kat meja pun kena jerit terpekik-pekik,” kata Lisa. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 11-10-2022 01:10 PM
Elok busker ni letak kt sudut yg jauh dr meja org makan..kalau boleh bior diorg kt dapo atau tepi tandas
Quote axl_bach 11-10-2022 01:16 PM
Busking lagu low key dh laa... Lagu hujan ke Masdo ke... Ni tarik lagu rock kapak mcm lagu Awie Di Penjara Janji lagu Lan Jgn Khianati lagu Mus May mmg lah pecah sound system
Quote che-cikL 11-10-2022 01:16 PM
Pastu diorang meround minta sumbangan. Bukan tak boleh bagi, tapi macam package pulak
Quote domestobot 11-10-2022 01:17 PM
kalau aku la, aku pegi kedai makan sebab nak makan, bukan nak berhibur. nak berhibur sambil makan, baik pegi nightclub je.
Quote margo20 11-10-2022 01:18 PM
Skrg ni dlm aeon ade tempat busking pehh bising nak mampos
Quote Artemesiaa 11-10-2022 01:20 PM
Sistem bunyinya kadang terlalu bingit kalau ok tak ada yang nak komplain sanagt
Quote cmf_premierleag 11-10-2022 01:22 PM
Mmg bising pun
Akak smpi kensellll nk makan kt food hall sunway putra mall tgkt 4 sana tu.nak makan pun x aman..apatah lg nk borak dgn member.
Akak Lg rela makan kt lvl 3 banana bro tu
Sbb @chandrahusin kata situ ada budak hensem keje part time
Quote lattehazelnut 11-10-2022 01:22 PM
Edited by lattehazelnut at 11-10-2022 01:25 PM

Iols ok je janji lagu light2..
Klau lgu jerit2 dgn bakat xseberapa, tu yg xthn..
Xnah lg jumpa yg pkai drum electric n drum
Biasa gitar, key piano.. ada sekali gitar dgn saxophone..
Bab bingit tu iols selalu pilih meja dlm 5 baris jauh dr diorg..
Xpun gi kedai sebelah q
Quote Highflyer19 11-10-2022 01:24 PM
Busker tu pun blh ckp lps donate p lah mkn kt tmpat lain klau rasa memekak...
Quote EJALTI 11-10-2022 01:25 PM
Busking boleh, tapi jangan bising

https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... tapi-jangan-bising/

Oleh KOSMO!
11 Oktober 2022, 11:59 am


Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kehadiran pemuzik jalanan ataupun ‘busker’ di restoran bukan lagi sesuatu yang baru.

Tidak dinafikan semakin banyak restoran ataupun tapak kedai makanan yang memberi ruang untuk pemuzik jalanan ini menghiburkan pelanggan.

Bagaimanapun, ada sesetengah pelanggan yang kurang senang dengan kehadiran pemuzik ini kerana ada kumpulan ‘busker’ yang didakwa memasang pembesar suara terlalu kuat sehingga mengganggu pelanggan sedang menjamu selera.

Perkara itu disuarakan netizen di Twitter apabila ramai berpendapat kehadiran ‘busker’ di kedai makan menyebabkan suasana menjadi tidak aman.

“‘Busker’ yang buat persembahan dekat kawasan kedai makan adalah memekak. Suasana tak aman, tak pedulilah suara kau sedap atau tidak. Lagi-lagi ‘busker’ yang tak kawal ‘sound system’. Ikut kepala dia saja,” luah seorang pengguna Twitter.

Perkara itu ternyata mendapat persetujuan orang ramai dengan rata-ratanya berkongsi pendapat sama serta berharap supaya mana-mana pemuzik bersikap bertimbang rasa.

“Setuju. ‘Busker’ sepatutnya akustik dan ‘unplug’ bukannya bawa turun gitar elektrik, drum segalanya. Orang nak makan kot,” kata Kura.

“Saya setuju, ‘busker’ boleh sahaja. Cuma suaikan dengan keadaan. Jangan terlalu bising hingga menyakitkan telinga,” kata Xavier Naxa.

“Sebagai manusia yang main muzik, aku setuju juga benda ini. Busking tak salah, yang salahnya pemilihan lagu itu. Tak semua lagu dekat karaoke jamban boleh buat busking,” kata Zulled.

“Ya, betul! Sama macam dekat kenduri kahwin. Patutnya ‘sound’ kena tenang dan ‘rileks’. Ini sampai aku nak berborak kat meja pun kena jerit terpekik-pekik,” kata Lisa. – KOSMO! ONLINE

Quote ninja boy 11-10-2022 01:26 PM
Kedai makan/bank/mekdi/petrol station skrg ni semua gangguan dgn org kudung kaki org tua org pati jual petai jual buah jual tisu
Quote akies 11-10-2022 01:36 PM
Iols penah makan kt satu medan selera dkt mantin..boleh lak  letak stage utk buster dpn meja tempat pengunjung makan.
Dgn sound system kuat bebenor sampai nak bercakap sesama sendiri pun tak dengar.


Malas iols nak pegi situ lagi.
Dahla makanan situ tk sedap
Quote monreyes 11-10-2022 01:39 PM
kat Lotuss selalu ada...sis mmg terhibur..mesti bagi sumbangan..kalau request lagi..up sikit la
Quote Prickford 11-10-2022 01:42 PM
margo20 replied at 11-10-2022 05:18 AM
Skrg ni dlm aeon ade tempat busking pehh bising nak mampos

Betul. Kadang lepas kerja nak dinner. Alih2 busker menyanyi bagai nak rak. Iolls kalau busker nyanyi lagu low key, lagu jazz ke ok lagi. Ni lagu2 rock diubah2 nya, naik menyampah.

Quote asudau 11-10-2022 01:45 PM
busker kat kkia, aku rasa macam abu bakar ellah..
suaranya sedap sangat..

tak mengganggu pendengaran langsung gitu
Quote mrsamz 11-10-2022 01:49 PM
Toksah kata buskers..Haritu makan kat nandos klcc..ya ampunn bingitnya music dia pasang dah macam masuk nightclub malam2..padahal ur patrons are families mostly with small kids..manager tak alert ..ko target non families patron ke apa sebenarnya eh?
Quote pearl.silver 11-10-2022 01:51 PM
ninja boy replied at 11-10-2022 01:26 PM
Kedai makan/bank/mekdi/petrol station skrg ni semua gangguan dgn org kudung kaki org tua org pati ju ...

Iols pernah rasa tertipu dgn makcik jual kuih kt bhp dkt tol gombak tu. Xsedap dan mahal.
Pernah sekali iols lepak kt rnr seberang jln tu, nmpk makcik tu lintas hiway. Pastu paksa2 org kt rnr tu belikuih dia.
Quote airfilterkotor 11-10-2022 01:52 PM
Tempat makan elok bawak lagu-lagu yg pleasantly smooth or soft, free from harshness ahh giteww.
Macam Andy Mckee kaa... Antoine Dufour kaa....Don Ross kaa.

Satu lagi, tempat-tempat kari-oo-kee tepi pantai sebelah resort/chalet.
Memekak la syial.  
Quote becir 11-10-2022 01:56 PM
Macam kat bangsar dulu la..ngan busker betul2 depan kedai lepas tu orang buta mintak sedekah, orang Jual kerepek la..Busker dah habis nyanyi round pulak meja mintak duit. Makan tak tenang

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065772 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top