CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kelam-Kabut Tolong Mangsa Kemalangan, Dompet Dan Duit Beratus Ringgit Lesap Diambil Pencuri Tengah Highway

11-10-2022 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1718| Komen: 11

Dalam satu bebenang yang dikongsikan di Twitter, seorang lelaki berusia 29 tahun yang dikenali sebagai  Abdullah Sazali berkata dia berdepan ujian selepas membantu mangsa kemalangan di lebuh raya.


“Kisah sedih. Aku tolong orang accident tengah highway sebab aku yang pertama nampak dia kemalangan, dah tolong hubungi ambulans semua.

“Polis dah sampai, aku naik kereta chow, lepas tu baru perasan dompet hilang. Check Maybank2U dah ada orang guna paywave. Haha. Tak ada rezeki aku malam ini,” tulis Abdullah dalam ciapannya.

“Mangsa kemalangan ada seorang yang pengsan dalam kereta dan lagi seorang tersekat pintu kereta tak boleh buka.

“Saya dan beberapa orang lagi tolong bukakan pintu dan bagi signal guna torchlight supaya pemandu lain perlahankan kenderaan. Kereta yang kemalangan tu tersadai dekat tengah jalan di lorong kanan.


“Situasi masa tu bahaya sangat... rasanya sewaktu saya tengah kelam-kabut menolong itulah dompet saya tercicir,” katanya.



Tambah Abdullah dia hanya menyedari tentang kehilangan dompetnya ketika sudah sampai di kawasan rumahnya di Subang.

“Apabila saya dah nak sampai dekat rumah saya baru sedar dompet tak ada. Saya terus patah balik ke tempat kemalangan di Tanjung Malim. Sekitar 40 minit saya drive balik ke sana.

“Sejurus sampai, tempat itu dah clear tetapi kereta yang kemalangan itu ada lagi kat situ. Saya cuba tengok kalau ada nampak dompet saya dekat atas jalan sebab saya yakin dompet saya mesti tercicir kat situ.

“Perjalanan saya tadi dari Ipoh ke Kuala Lumpur tak berhenti di mana-mana melainkan waktu tolong orang kemalangan. Apabila tengok telefon, nampak ada transaksi dekat Maybank2U.

“RM400 lesap. Memang sah dah 'arwah' dompet saya ini,” ujarnya sedikit kecewa.




Ujar Abdullah lagi dia sudah membuat laporan di Balai Polis Pantai namun sedar harapan untuk mendapatkan semula wang serta dompetnya itu agak tipis.

“Kalau kes macam ini, polis cakap biasanya halalkan sahaja duit itu. Kalau rajin mungkin boleh nak pergi track balik kat mana orang itu guna paywave dan minta rakaman litar tertutup (CCTV).

“Saya pun rasa leceh, saya setuju juga halalkan sahaja. Selain itu, saya nak kena buat balik MyKad dan lesen memandu, banyak kerja.

“Saya tak kisah sangat duit yang hilang itu, tetapi dompet itu yang ada nilai sentimental. Saya dah pakai dekat 10 tahun lebih, barang dalam itu yang penting.

"Saya cuma nak minta supaya orang itu pulangkan balik dompet saya, duit dalam tu boleh simpan,” rayunya.

Dalam pada itu Abdullah berkata dia reda seandainya dompetnya hilang sewaktu membantu mangsa kemalangan.

“Dompet itu kalau nak hilang, dekat mana-mana pun boleh hilang sebenarnya.

"Cuma mungkin ditakdirkan untuk hilang pada waktu saya tengah tolong orang kemalangan,” kata Abdullah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 11-10-2022 01:08 PM
Orang mengambil kesempatan ini sentiasa ada di mana-mana hingga sanggup ambil barang / wang milik jenazah sekalipun..
Dah takde perasaan simpati sesama manusia jauh sekali takut dengan dosa..
Quote esbok 11-10-2022 01:10 PM
biasanya, sama ada nak cuci duit ko, atau kalau mmg hak kau diambik, kejap lagi sama je, yang wave kad kau tu hilang juga duit dia nanti. tak kereta kenderaan rosak, terkena scam, tercicir handphone ke, cirit-birit ke.
Quote naina 11-10-2022 01:15 PM
esbok replied at 11-10-2022 01:10 PM
biasanya, sama ada nak cuci duit ko, atau kalau mmg hak kau diambik, kejap lagi sama je, yang wave k ...

Biasanya balasan lebih dashyat. Itu jam kadang2 macam ada flashback dosa2 silam. Yang memang xpnh buat salah tu maybelah Allah nak ganti lebih baik
Quote Highflyer19 11-10-2022 01:29 PM
InsyaAllah dpt yg lebih baik nanti...
Quote zarulnazmi 11-10-2022 01:35 PM
elzy: Orang mengambil kesempatan ini sentiasa ada di mana-mana hingga sanggup ambil barang / wang milik jenazah sekalipun..Dah takde perasaan simpati sesama ...


Semoga golongan seperti ini dilaknati oleh Allah

Quote Artemesiaa 11-10-2022 01:55 PM
Bukan benda baru dah lama berulang2 kali berlaku
Quote prettyuglybabe 11-10-2022 02:44 PM
kalau dah jenis panjang tangan, mangsa kemalangan pun boleh tinggal sehelai sepinggang..
kalau mangsa pompuan ada barang kemas, lagi seronok la dorang tolong buka simpan..
Quote ninja boy 11-10-2022 03:54 PM
Edited by ninja boy at 11-10-2022 03:56 PM

Heran Malaysia bank cctv kabur, scam ke mana pergi wang x boleh detect, setiap kali wang masuk bank scammer call. Apa celaka betul malaysia
Quote margo20 11-10-2022 04:11 PM
Mesti bro trauma nak tlg menolong lg pasni
Quote lattehazelnut 11-10-2022 04:12 PM
Xleh report bank dispute charge ke..
Quote namieamuro 11-10-2022 04:25 PM
bagus nasihat polis tu. suh halal kan je. semudah gitu je

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.082611 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top