Sebuah konsert muzik Jatim Fair 2022 terpaksa dibatalkan pada Sabtu malam selepas berlakunya rusuhan di kalangan pengunjung.
Kejadian itu berlaku di pusat beli-belah Grand City, Surabaya, Indonesia. Siri jelajah konsert Jatim Fair 2022 itu sepatutnya diadakan bermula 7 hingga 13 Oktober ini, namun terpaksa dibatalkan oleh penganjur dengan mengambil kira faktor keselamatan serta menghormati tragedi di Stadium Kanjuruhan di Malang, Indonesia pada awal bulan ini. Dalam kejadian itu, lebih 120 penyokong bola sepak dilaporkan maut selepas kekecohan dan keganasan, susulan perlawanan liga bola sepak di Indonesia.
Lantaran itu, pihak polis mengetatkan kebenaran untuk mengeluarkan permit bagi sebarang acara dan majlis. Pada masa sama, alasan lain konsert itu dibatalkan disebabkan kekecohan yang dilakukan oleh penonton, ketika kumpulan Tipe-X melakukan persembahan pada Sabtu. Sebuah video tular memaparkan sekumpulan remaja menyerang pihak polis ketika konsert berkenaan berlangsung. FB Majoriti Penganjur konsert dan jurucakap bagi aplikasi BBO, Novry Hethraria berkata, rusuhan itu dicetuskan oleh penonton yang tidak mempunyai tiket, tetapi tetap berkeras untuk masuk ke kawasan konsert. Oleh itu, pihak polis meminta konsert tersebut ditangguhkan sehingga tempoh yang diberitahu kelak. "Banyak acara di Jawa Timur yang dibatalkan bagi menghormati tragedi Kanjuruhan," kata Novry sambil menambah bahawa konsert itu sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu. Tambahnya, wang penonton yang membeli tiket bagi konsert itu akan dikembalikan. Sumber: Majoriti
|
salimrock replied at 11-10-2022 12:37 PM
sejak kes stadium tu ,aku rasa baik jgn pergi la stadium indon,
ADVERTISEMENT