CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dikecam Tak Berhak Jual Cincin Pertunangan

11-10-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1149| Komen: 5

Seorang wanita di Australia menjadi mangsa kecaman netizen kerana menjual sebentuk cincin pertunangan jenama Tiffany berharga AS$23,600 (RM109,738) pada nilai hanya AS$18,500 (RM86,024), lapor Daily Mail.


Berdasarkan iklan jualan di sebuah kumpulan perbincangan Facebook bernama High End, wanita tersebut memuat naik gambar cincin berlian 1 karat itu dengan harga jualan kurang AS$5,000 (RM23,249) daripada harga belian.



“Dibandingkan dengan harga semasa cincin Tiffany 1 karat iaitu AS$23,600 (RM109,738), saya ingin menjual cincin ini pada harga AS$18,500 (RM86,024). Keadaannya masih baharu kerana hanya dipakai beberapa kali,” demikian menurut keterangan pada iklan tersebut.


Tambah wanita berkenaan, Tiffany mempunyai jaminan produk seumur hidup bagi barangan kemasnya justeru, pembeli boleh membetulkan saiz cincin pada bila-bila masa tanpa sebarang caj.

“Maaf tiada resit kerana bukan saya yang membelinya. Hanya menerusi pindahan bank (bayaran pembelian),” kata wanita berkenaan.

Iklan tersebut menerima kecaman netizen dengan ramai yang mempersoalkan mengenai tindakan wanita berkenaan yang dikatakan tidak berhak untuk menjual cincin pertunangan.

Ada antara netizen yang berpendapat bahawa sekiranya pertunangan diputuskan oleh wanita itu sendiri, cincin tersebut perlu dipulangkan kepada bekas tunangnya.

“Secara undang-undang, anda tidak boleh menjual cincin ini dan perlu memulangkannya jika tidak jadi berkahwin,” kata seorang pengguna.

“Tidak benar! Ia dianggap sebagai hadiah dan cincin itu adalah milik wanita ini,” kata seorang netizen yang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 11-10-2022 11:39 AM
Oh first world problem sangat.
Quote Omai 11-10-2022 01:01 PM
cincin dia suka hati dia lah nak jual ke nak telan.. yihh
Quote KamikuP 11-10-2022 01:03 PM
Maka kami kene buat apa skrg nih?
Quote lattehazelnut 11-10-2022 01:03 PM
Mahalnye cincin 1 karat pun..
Kalau 5 karat brp agaknye.. boleh beli rumah?
Quote esbok 11-10-2022 01:13 PM
tunang 10 kali, putuskan 10 kali. banyak profit ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.165878 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top