CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Akan Kembali' - Dalam Proses Meditasi Diri, Ajoi Zainal Dedah Punca Hilangkan Diri

11-10-2022 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2424| Komen: 24

Kehilangan penyanyi Ajoi Zainal menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pengikutnya apabila bekas peserta program Big Stage 2022 berkenaan tiba-tiba lenyap daripada radar industri hiburan.


Ajoi atau Qaidzul Zainal Abidin, 24, bagaimanapun pada Isnin tampil menjelaskan kehilangannya sebelum ini disebabkan sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental.


IG Ajoi

Perkara itu didedahkan bersempena dengan Hari Kesihatan Mental 2022 yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

"Saya minta maaf kerana menghilangkan diri daripada media sosial secara tiba-tiba.


"Saya faham ramai yang bimbang dan marah serta bertanya ke mana saya menghilang sampaikan tidak membalas mesej," katanya.


IG Ajoi

Ajoi menjelaskan mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Isnin.

Penyanyi itu kali terakhir membuat kemas kini di Instagram miliknya pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Ajoi berkata, meskipun dia berasa bersalah namun setidak-tidaknya dia berani mengakui masalah dihadapinya secara terbuka.

Kata Ajoi, dia kini sedang dalam proses meditasi diri selepas mendapat diagnos daripada pakar tentang keadaan kesihatannya.

"Saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan semua masalah dan percayalah saya pasti akan kembali semula. Saya minta maaf," tulisnya lagi.



Untuk rekod, Ajoi pernah dikejarkan ke hospital gara-gara serangan panik ketika menyertai pertandingan Big Stage 2022.

Penyanyi itu pitam di belakang pentas selepas mengadakan persembahan pada konsert minggu keempat dan dirawat di Hospital Putrajaya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 11-10-2022 11:43 AM
Hello smekom, ada sesiapa yang kesah ke? Motip sebenar kau screendshoot nk tunjuk kau tgh pakai ip14 semata
Quote Pak.dolla 11-10-2022 11:46 AM
Sapo ni?
Ramainya retis yg aku x kenal
Quote September14 11-10-2022 11:47 AM
X pyhla jd retis tiktok ckuplah.. x komersial dik
Quote buragazz 11-10-2022 12:21 PM
Dia ada lagi ker.. setau aku dia masuk bertanding ada la.. senang dapat status penyanyi ekk..
Quote prince_marhaen 11-10-2022 12:26 PM
mental sana mental sini depression sana depression sini bipolar sana bipolar sini....hujung-hujung tetap tayang lifestyle yang acah-acah lavish, bergaya, follow trend sana-sini...kerjaya tetap PETI AIS SEJUK BEKU jugakkkkkkk!
Quote Lavender_Violet 11-10-2022 12:54 PM
Lately ni mental disorder dah seakan menjadi escapism utk artis2 ni justify perbuatan diorang
Anxiety lah, bipolar disorder lah, depression lah....ramai sungguh artis2 ada penyakit ni
Memang diagnosed oleh medical doctor ke ????
Quote doubleA 11-10-2022 12:56 PM
Whoareyussss
Quote KamikuP 11-10-2022 01:07 PM
Takyah la buat kambek.. kang ko ludah kat penonton kang ko kata ko mental le pulekk
Quote pembacagosip 11-10-2022 02:24 PM
sapekah?????? nguapan skala 10
Quote silampumeja 11-10-2022 02:33 PM
amyfaha replied at 11-10-2022 03:43 AM
Hello smekom, ada sesiapa yang kesah ke? Motip sebenar kau screendshoot nk tunjuk kau tgh pakai ip14 ...

Apekah yg mnjjukan dia pakai ip14.. omg i tak tahu pon. Hahahaha
Quote irvene 11-10-2022 02:58 PM
silampumeja replied at 11-10-2022 02:33 PM
Apekah yg mnjjukan dia pakai ip14.. omg i tak tahu pon. Hahahaha

bila org call
akn ada noti dkt belakang yg dia # tu

ohh bai de way, engkau tak perlulah nk masuk dlm industri hiburan ni kalau tak boleh terima tekanan. ko je la keje sbgai tea lady di sebuah syarikat swasta. sekain!
Quote renko 11-10-2022 03:04 PM
sakai madai mana ni
Quote sangbara2020 11-10-2022 03:31 PM
adoii...aku bru kua gua ke...
Quote miracle_forever 11-10-2022 03:41 PM
fonen ke dia ni?
Quote eLiaD 11-10-2022 04:33 PM
i stan w my caption siapa gelak dia dosa kahkahkah

RiP
Quote Kurex 11-10-2022 04:42 PM
Tak kenal & tak tau kewujudan dia
Quote Acikgomen 11-10-2022 04:45 PM
Sape yg cari kau dekkkkkk, kenal pun tidak
Quote insyi81 11-10-2022 07:28 PM
terusknlah mnghilangkn diri
Quote Sachacha 11-10-2022 07:29 PM
Kamu siapa...kamu siapaaa..takde yg heran pun sebab tak kenal

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top