CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Anjing Dibiarkan Sendiri Dalam Rumah Kosong, Diikat Tanpa Air Dan Makanan

11-10-2022 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1915| Komen: 24

Tular sebuah rakaman video di TikTok memaparkan seekor anjing yang diikat dan dibiarkan di sebuah rumah kosong tanpa sebarang makanan. 

Lebih menyedihkan, keadaan anjing itu dilihat sangat kurus dan tidak terurus.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Julia Rita, anjing berkenaan dikatakan mempunyai bulu yang cantik sebelum ini malah dia sendiri terkejut melihat keadaan terkini haiwan tersebut. 




Julia kembali ke rumahnya untuk mengambil makanan untuk diberikan kepada haiwan berkenaan.

Dia kemudiannya memanggil pasukan penyelamat haiwan untuk membantu menguruskan anjing tersebut malah dia turut meluahkan rasa leganya kerana haiwan itu kini berada di bawah pemantauan pihak bertanggungjawab.

Di ruangan komen, ramai yang berasa sedih dan sayu melihat keadaan anjing tersebut dibiarkan diikat kerana difahamkan dari reaksi haiwan itu, boleh dikatakan dia manja dan tidak liar walaupun orang yang tak dikenali datang mendekat.


"Kalau anjing tu goyang ekor macam tu, dia tak gigit.. Tu tanda dia happy. Kalau dia baring tunjuk perut, tu tanda dia selesa dan rasa selamat. Terima kasih tolong bagi dia makan."

"Respect lah akak, walaupun takut tapi tetap beranikan diri bagi juga makanan kat anjing. Semoga jasa baik akak akan dibalas satu hari nanti."

Difahmkan kini anjing tersebut kini telah ada pemilik yang datang ambil sebagai ‘adopt puppy’ selepas dirawat di veterinar berdekatan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 11-10-2022 11:55 AM
Sedihnya, Alhamdulillah dah di selamatkan
Quote tintin22 11-10-2022 11:58 AM
Quote afie_m 11-10-2022 12:00 PM
sedihnya, mesti comel anjing ni dulu, bila dah x makan kurus jadinya ...owner pindah condo ke tak dpt nak bawa sekali
Quote rosedemon 11-10-2022 12:11 PM
siannya comel pulak tu. harap majikan pon dibalas macam ni. diikat oleh anak, xdibagi makan
Quote Omai 11-10-2022 01:05 PM
yang ikat anjing ni memang ba alip ba ya.
Quote Suchi 11-10-2022 01:11 PM
Nih jenis anjing comel tu kan sian dia.

Kt umah iols ni pg td masa azan subuh berkumandang tiba2 bunyi anjing menyalak2 bising.
Tadi azan zohor pun bunyi yg sama gak, taktau napa, depa terjerit2 mcm ketakutan. Tp tak nampak anjing tu kat mana rasa anjing tu duk kat hutan tepi umah iols ni.
Pelik plak nnt nak tunggu azan asar nk tgk depa menyalak lg tak.
Quote KamikuP 11-10-2022 01:15 PM
Wpon meolss benci anjing tapi bila tengok anjing kene ikat mcm ni tak semena air mata meolls bergenang.
Moga adik yg bagi makan kat anjing di diberikan pahala oleh Allah .. Aamin
Quote Highflyer19 11-10-2022 01:28 PM
Jenis poodle ni selalu buat show kat circus...
Quote lattehazelnut 11-10-2022 01:32 PM
So owner pindah dia biar je anjing terikat situ?
Quote Artemesiaa 11-10-2022 01:32 PM
Manusia makin kejam makin ramai berani buat kekejaman terhadap haiwan
Quote buragazz 11-10-2022 01:50 PM
Yang bela anjing tu pun hanjing... ko tak boleh bagitau kawan2 sama hanjing ko untuk adopt anjing ko tu ker or at least hantar ke vet or shelter mana2 kerr... Anjing tu lebih mulia dari fikiran bekas tuan yang Hanjing...
Quote plywood 11-10-2022 01:54 PM
kenapalah dia tinggal anjing dia mcm tu.. kesiannya
Quote helicornia 11-10-2022 05:46 PM
Baka ni mmg comel.klu bukan najis lama dh iols bela buat peluk2. Nape la sanggup ikat gitu
Quote snowflakes 11-10-2022 05:48 PM
Anjing comel camni pun kena tinggal? Kesian...
Quote zehra2 11-10-2022 05:51 PM
kesian nya lahai.
kat malaysia ni jarang ada foster..
Quote dua_chzy 11-10-2022 06:35 PM
Content bagus tapi akak nyampah tukang rakam macam takut benau dengan anjing tapi dalam masa yang sama gedik2 merakam ntaaahhhhh
Quote borrow 11-10-2022 07:50 PM
tringat jdrama Antarctica lakonan kimutaku. Anjing2 terpaksa ditinggalkan jd deyols ikat ketat2 supaya tak terlepas. Plan nak kembali n selamatkan tp tak dpt.  Berendam air mata tgk   Ni apahal plak , owner arwah ka. Selalu klo nk abandon deyols lepas ja. Sian seb baik dh diselamatkan.
Quote Orenn1 11-10-2022 08:01 PM
Ala comelnya masa yg dia berdiri melompat2 happy nampak adik tu bawak makanan. kesiannya diikat tak bagi makan minum mcm ni, nampak sgt tak terurus anjing ni kesian dia, supaya skrg ni dah dpt family yg baik sayang
Quote Orenn1 11-10-2022 08:05 PM
Aku percaya je budak ni takut anjing, ramai melayu takut anjing sebenarnya, tapi perasan kasih sayang pd binatang tu tetap ada.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.092089 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top