Biarpun berada dalam keadaan sakit tetapi tidak menghalang Bibi Khoteja Yusof, 77, untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.
Nenek kepada selebriti, Neelofa itu berkongsi kisah meskipun pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit. "Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran. "Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu.
Bibi Khoteja menambah guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. "Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran," ujarnya. Dalam pada itu, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara. "Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen. "Keistimewaan program ini adalah untuk membimbing serta memberi ilmu mengenai al-Quran yang bukan sahaja membaca tetapi tahu apa makna dalam setiap ayat," jelasnya. -CARI Sumber: Sinar Harian
|
kucingitam replied at 11-10-2022 12:03 PM
tak cukup, mak, adik bradik, anak...nenek pun masuk juga..hmm...
aikee04 replied at 11-10-2022 11:22 AM
Sekarang ni byk bukan artis masuk sini ye....hanya kerana dia anak...mak...nenek...cucu...saudara se ...
ADVERTISEMENT