Susulan pelakon Wafariena Roslan meluahkan rasa terkilan terhadap sebuah produksi drama yang mengabaikan kebajikannya selepas dipaksa melakukan aksi lagak ngeri sehingga cedera, aktor Azhan Rani turut berkongsi pernah mengalami pengalaman sama.
Azhan, 45, berkata, dia juga pernah diabaikan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bergegas ke lokasi penggambaran selepas mendapat arahan produksi ekoran terdapat pelakon lain tidak dapat hadir. Azhan berkongsi kisah tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pada Isnin. Dakwa Azhan, sepanjang lapan hari menerima rawatan di hospital, tiada seorang pun wakil produksi berkenaan datang menziarahinya. Sementara itu, Azhan berkata, kejadian menimpanya itu seolah-olah nyawa sebagai seorang pelakon tidak penting berbanding kerja-kerja menyiapkan sebuah drama atau filem. Justeru itu kata pelakon drama Nur ini, keadaan itu perlu berubah dan perlu ada penambahbaikkan bagi membela nasib mana-mana golongan seni yang senasib sepertinya. "Kalau Allah tarik nyawa aku hari itu, mati katak. Kemudian korang baca posting belangsungkawa Azhan Rani. "Nasib aku mungkin baik sikit sebab ada insurans sendiri. Pembedahan sampai ulang-alik buat fisioterapi lebih RM50,000 kosnya. Tutup mata sebab ada insurans. "Terfikir pula kalau kru dan pekerja belakang tabir, siapa yang akan bela nasib mereka? Sama-sama kita perbaiki," ujarnya. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT