Seorang wanita mendakwa majikannya memaksa dirinya menyusu anjing mereka. Malah, 'tugas' yang didakwa berlaku di Arab Saudi juga dirakamkan oleh majikannya.
Mangsa merupakan seorang ibu warga Kenya, yang meninggalkan keluarganya untuk bekerja di Arab Saudi. Setiausaha Agung Pertubuhan Kesatuan Sekerja Pusat Kenya (COTU), Francis Atwoli, menggesa kerajaan Kenya supaya mengharamkan agensi pekerjaan yang menyelia penghijrahan pekerja warganegara itu ke Arab Saudi. Pada Ahad, Atwoli berkata, dia menerima video daripada seorang wanita di Arab Saudi, yang mendakwa majikannya memaksanya untuk menyusukan anjing mereka.
"Dia meninggalkan suami dan anak-anaknya di Kenya dua bulan selepas melahirkan anak," kata Atwoli kepada NTV. "Apabila mereka menyedari dia boleh menyusu, majikan memberinya kerja menyusukan anak anjing," katanya. Menurut Atwoli, perbuatan majikan itu disifatkan tidak berperikemanusiaan dan mencemarkan maruah rakyat Kenya. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
Hizert replied at 11-10-2022 10:32 AM
Arab sekarang bukan lagi macam yang dulu. Perangai woooo!!
dua_chzy: Orang kulit hitam memang Arab ...
dua_chzy: Orang kulit hitam memang Arab ...
elzy: Tak terfikir ada manusia sekej ...
dua_chzy: Orang kulit hitam memang Arab babi ni view setaraf haiwan saja kan sejak zaman berzaman?
toynme replied at 11-10-2022 10:40 AM
mmg dari dulu mcm ni..sbb tu nabi dikalangan org2 dia juga..org2 dia jenis jahil jumud mcm tu :lol ...
ADVERTISEMENT