CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Kena Serangan Jantung Ketika Menari Dengan Penari Separuh Bogel

11-10-2022 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2398| Komen: 16

Seorang warga emas diserang sakit jantung ketika asyik menari bersama tiga penari separuh bogel dalam sebuah parti liar’ yang diadakan di pusat jagaan warga emas di Colombia.


Daily Mail melaporkan, video dikongsikan di laman Instagram oleh seorang pesohor media sosial dikenali sebagai Nadia Cartagena menunjukkan seorang wanita berpakaian seksi pada awalnya dilihat menari di hadapan beberapa penghuni lelaki di Yayasan Una Mano Amiga.


Daily Mail

Penghuni di pusat berkenaan juga disuap dengan pelbagai makanan disediakan.
 
Keadaan bertukar cemas apabila seorang penghuni mula memegang dadanya dan rebah ketika sedang menari sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.


Nadia yang memuat naik video itu pada 27 September lalu kemudian membuat permohonan maaf di akaun media sosial miliknya.

“Hari ini, saya menganjurkan parti liar di rumah jagaan warga emas dan berlakunya satu insiden yang tidak dijangka. Saya memohon maaf, saya hanya mahu menggembirakan mereka dan tidak menyangka situasi itu akan berlaku,” katanya.


Daily Mail

Video itu bagaimanapun menerima kecaman netizen dengan rata-rata mengecam penganjuran acara seperti itu.

Difahamkan, acara itu dianjur bagi menyuntik kesedaran mengenai kepentingan menjaga warga emas.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 11-10-2022 09:32 AM
Pengakhiran yang dicemburui. RIP.
Quote prince_marhaen 11-10-2022 11:09 AM
HAHAHAHAHA...apa ke sialnyaaaaa..hahahahahaha tak masal kojol orang tua kat situ... masing-masing dah berkurun tak kena sentuh..masuk pulak penari bogel gesel-gesel..kojol lerrr orang tua tu.. hahaha aiyooo!
Quote s@s@ 11-10-2022 11:17 AM
jangan 1 hari nanti jadi kat m'sia dah la....
ramai yg dah dok aim nk masuk rumah org tua bila pencen
Quote Highflyer19 11-10-2022 11:24 AM
...parti yang pada awalnya diadakan bagi menyuntik kesedaran mengenai kepentingan menjaga warga emas akhirnya bertukar cemas apabila seorang penghuni mula memegang dadanya dan rebah ketika sedang menari...sbb terus perasan yg tu silikon bkn ori...
Quote bakingsoda 11-10-2022 11:31 AM
Decaffeinated replied at 11-10-2022 09:32 AM
Pengakhiran yang dicemburui. RIP.

nenek tu belum mati la
Quote shernazz 11-10-2022 11:58 AM
Adrenalin ngah naik beb..
Mauntak sakit jantung
Quote KamikuP 11-10-2022 01:21 PM
Yg rebah sakit jantung tu acik tu kan lepas pegang celah kangkang penari bogel lelaki tu khuenzzz... ekekekek
Quote lattehazelnut 11-10-2022 01:28 PM
So rebah sbb berlakon?

Bagaimanapun, Nadia kemudian tampil menjelaskan bahawa insiden itu sebenarnya telah dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan perhatian pejabat datuk bandar.

Dia memberitahu akhbar El Universal bahawa acara itu dianjurkan bagi memupuk kesedaran mengenai kemiskinan dan kehidupan warga emas yang sering dipinggirkan. –
Quote airfilterkotor 11-10-2022 01:42 PM
3856181-PH.jpg

Nah. Male strippah ghopenyer.
Quote Artemesiaa 11-10-2022 01:45 PM
Sebab tu doktor selalu nasihatkan lagi tua lagi banyak kena gerak2kan bandan kalau tak tetiba digerakan boleh jem ni ler contohnya
Quote virgocircus 11-10-2022 02:11 PM
Haritu party stripper kat Taiwan. Tapi female dancers. Seronok atok2 dapat lap dance. Hewhew
Quote babelina 11-10-2022 02:21 PM
ayoooooo.. hahaha.. dh lama x merasa pegang n di pegang agknya.. tu jantung bdegup kencang..
x pasal2 arwah...
Quote Decaffeinated 11-10-2022 06:46 PM

belum meh?

"Penari yang ada kemudian berlari mendapatkan air dan memberikan minuman kepada wanita berkenaan bagi menenangkannya sebelum ambulans tiba di tempat kejadian.

Petugas kecemasan kemudian membawa penghuni tersebut menaiki ambulans dengan dibantu kumpulan  penari tersebut."

OK, tetap dicemburui.

Quote dani-rox 11-10-2022 06:52 PM
takut pulak masuk rumah org tua kalo tetiber~ ada aktiviti cenggini





Quote Kurex 11-10-2022 07:12 PM
Rebah je kan.. bukan mati
Quote lattehazelnut 11-10-2022 07:23 PM
airfilterkotor replied at 11-10-2022 01:42 PM
Nah. Male strippah ghopenyer.

Uew.. iols ingat ala2 magic mike..
Ni kokesen pprt..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051677 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top