CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauke Stesen Minyak Hilang Jam Rolex RM50 Ribu, Tuduh Dua Orang Bangladesh Hantar Tilam Yang Curi

11-10-2022 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2361| Komen: 25

SUNGAI PETANI – Seorang pemilik sebuah stesen minyak di sini kerugian kira-kira RM49,500 apabila jam tangan jenama Rolex miliknya disedari hilang pada pagi.

Kehilangan jam itu disedari individu berusia 65 tahun terbabit semasa dia berada di rumahnya di sebuah kawasan perumahan elit di daerah Kuala Muda kira-kira pukul 10 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, warga emas terbabit mengesyaki jam tangannya dicuri dua lelaki yang datang menghantar tilam dipesan sehari sebelum kejadian.


Gambar Hiasan

“Semasa dua pekerja perabot itu datang menghantar tilam yang dibeli peniaga itu, hanya isterinya sahaja yang berada di rumah.


“Keesokan harinya, warga emas itu yang juga merupakan pemilik sebuah ladang kelapa sawit dan isterinya baru menyedari jam tangan berwarna emas diletakkan di atas piano di tepi tangga rumah mereka hilang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaidy, selepas menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan dilakukan, polis menahan dua pekerja kedai perabot itu yang terdiri daripada seorang penduduk tempatan dan seorang warga Bangladesh.

“Suspek lelaki tempatan berusia 50 tahun manakala warga Bangladesh berusia 51 tahun dan dia mempunyai permit kerja yang sah.

“Walau bagaimanapun pemeriksaan dijalankan di rumah lelaki tempatan dan asrama warga Bangladesh itu tidak menemui jam berkenaan dan kita masih menjalankan siasatan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya kini dalam proses memohon perintah reman untuk membolehkan dua suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 11-10-2022 10:42 AM
ha kuala muda?

cuba check bini ko, anak2 ko, atau sapa2 yg berkaitan,  check urine, tgk ada isap dadah tak? main judi wukong ke?


pernah juga la, terjadi kt tempat wa,

ada 2 orang rakan kongsi, adik beradik,  duit abg nya hilang, jupe bomoh, katanya toyol,  

maka bomoh tu pn bagi la macm2 tangkal utk elak toyol

tp duit masih hilang...

last2 dpt tangkap adik dia kaki main mesin kuda / monyet


apa lg membebel la abg nya...

smpai skrg wa masih nak tanya soalan ni kt adik dia, masa abg ko tabur garam, tangkal kt rumah dia tu ko dlm hati tak terdetik ke? bodoh juga bomoh2 dan abang aku ni ek, orang  yg rembat, toyol yg kene fitnah?

tp tu la, terkeluar soalah tu dr mulut wa, haha, sebab adik dia pn dah tobat, dah rajin solat...
Quote CiliPadiSedap 11-10-2022 10:47 AM
ada jam rolex rumah tiada cctv ke?  mesti humble gila ni
Quote makita 11-10-2022 10:49 AM
salimrock replied at 11-10-2022 10:42 AM
ha kuala muda?

cuba check bini ko, anak2 ko, atau sapa2 yg berkaitan,  check urine, tgk ada isap da ...

Persatuan toyol seMalaysia dah lama bengang. Dari zaman 80an lagi asyik dorg je kene tuduh kalau brg ilang. Ala sejak kes Bachoook...Bachoook tu lah. Pdhal bukan semua toyol hobi nya mencuri.
Quote pekanwoohoo 11-10-2022 10:53 AM
Agak-agak kalau kes macam ni kan, suspek kena reman apa semua, dipanjangkan cerita kena masuk mahkamah ke kena tuduh, lepas tu dah lama baru selesai kes dan disabitkan tak bersalah, boleh tak orang kena tuduh ni saman balik pengadu atau PDRM sebab susahkan hidup diorang?

Curious nak tahu.
Quote Mooverine 11-10-2022 11:08 AM
silap-silap jatuh celah-celah piano..
Quote Highflyer19 11-10-2022 11:32 AM
Mungkin dah gadai...
Quote TomyamPuteh 11-10-2022 11:54 AM
Kalau pakai Rolex or Rado bila nk masuk kedai makan kena sorok dulu tau.Takut tokey tekan harga Yahudi. Ini pengalaman aku yg mewarisi jam Rado 14k dari arwah ayah aku.Nk membongak sikit je
Quote miszclassique 11-10-2022 11:56 AM
Takde cctv ke dalam rumah or dekat blind spot, alahaiii
Quote rosedemon 11-10-2022 12:09 PM
kalau bukan bangla yg amek xpaseii je kena tuduh
Quote green~tea 11-10-2022 12:24 PM
Tantah dia masuk toilet nak berak, so bukak jam.... pehtu tinggal lupa pakai
Quote krustykrab 11-10-2022 12:32 PM
Memula mention pemilik stesen minyak..lps tu kt tgh² bg tau pulak pemilik ladang kelapa sawit
Kayoooo betul warga emas ni
Quote syamzana 11-10-2022 12:38 PM
tak pasal2 kene reman 2 org tu. dah la msg2 masuk umur warga emas dah eh ke belum?
bhy jugak kerja delivery lagi2 umah org kaya kiasu gini. entah2 letak kat tmpt lain, cari tmpt lain. xjmp tuduh org curi
Quote afie_m 11-10-2022 12:43 PM
agaknya lupa letak mana..
Quote sarahmirza 11-10-2022 12:44 PM
Pak mertua kawan i pernah hilang duit ribi riban dalam rumah....habis semua dalam rumah dituduhnya....
Hujung duit tu jumpa kat bawah laci..... Laci kan bila kita sumbat barang banyak2 ada potensi barang jatuh ke belakang kan...

Entah hapa2... Baik pakcik cari satu rumah dulu.. Kot terjatuh celah dinding n piano atau tertinggal kat mana2..

Lepas settle semua, kalau i jadi pekerja tu i akan tuntut ganti rugi dari pakcik ni...
Dah kalau kena reman berhari2, ada potensi majikan potong gaji depa....
Pakcik ni kena bayar la gantirugi..
Quote shy79 11-10-2022 08:14 PM
cepat btol polis buat kerja..
mentang2 org kaya yer..
ntah2 pakcik ni nyanyuk pe maklum la dh 65 thn kan
Quote Belibis 11-10-2022 08:21 PM
CiliPadiSedap replied at 11-10-2022 10:47 AM
ada jam rolex rumah tiada cctv ke?  mesti humble gila ni

Humble pakai casio jer la..buat apa nak rolek rolek.
Quote zehra2 11-10-2022 08:30 PM
mentang2 kaya.. senang je tuduh org miskin mencuri. jd apa guna nya bini ko ada kt rumah?? kalo tk boleh jaga harta benda. esok nya  pulak tu baru sedar
Quote she 11-10-2022 08:34 PM
Berapa ketul aje pemilik stesen minyak kat SP ni yang
1. Melayu
2. Duduk SP

Majoriti cina kalau owner stesen
Dorang duduk luar
Nanti ar macik p riki dalam group owner
Quote shy79 11-10-2022 09:45 PM
Edited by shy79 at 11-10-2022 09:49 PM

dlm news x ckp pun bangsa apa kan..
btw nk tanya perumahan elit tu cinta sayang ke

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037999 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top