CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derita Sakit Perut Angkara Doktor Tertinggal Gunting Ketika Pembedahan 5 Tahun Lalu

11-10-2022 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 770| Komen: 3

Teka-teki kesakitan perut berterusan dialami seorang wanita dari Kerala, India, akhirnya terjawab selepas doktor mengesahkan sebilah gunting tertinggal di dalam perutnya.


Gunting sepanjang 11 sentimeter (cm) itu dilaporkan tertinggal di dalam perut Harsheena Ashraf selepas dia menjalani pembedahan caesarean, lima tahun lalu.


Gambar hiasan

Semuanya bermula pada November 2017 apabila dia dimasukkan ke Kolej Perubatan Kozhikode untuk bersalin cahaya mata ketiga.

Selepas pembedahan, dia mengalami keletihan dan kesakitan yang melampau.


"Walaupun beberapa kali membuat pemeriksaan, kesakitan saya tidak berkurang. Akibat kesakitan yang tidak tertanggung, saya sekali lagi pergi ke hospital dan apabila imbasan CT (Computed Tomography) dijalankan, saya diberitahu bahawa ada objek logam di dalam perut saya.

"Kemudian saya diberitahu, objek tersebut adalah gunting," kata Harsheena.

Dia dimasukkan ke hospital yang sama bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan.

Harsheena kini telah membuat aduan kepada Menteri Kesihatan Kerala susulan penderitaan yang terpaksa dilaluinya akibat kecuaian perubatan.

Menteri Kesihatan sudah mengarahkan satu siasatan dijalankan selain memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-10-2022 03:08 PM
Doktor Kerala ni mkn semut ke sampai trlupa ada gunting dlm perut tak dikeluarkan lps pembedahan?
Quote mejaputih 11-10-2022 03:15 PM
takde count semula alat2 ke lps abis operate?
Quote green~tea 11-10-2022 03:45 PM
KamikuP replied at 11-10-2022 03:08 PM
Doktor Kerala ni mkn semut ke sampai trlupa ada gunting dlm perut tak dikeluarkan lps pembedahan?

Dia tak amal pemakanan 7 biji kismis setiap hari.... on top of minum air bersemut

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.029330 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top