Pelakon jelita berbakat besar, Wafariena Roslan atau lebih dikenali dengan watak Nurul Ain dalam drama bersiri Tujuh Hari Mencintaiku 3, dimasukkan ke sebuah hospital perubatan di Rawang, Selangor selepas mengalami kecederaan akibat melakukan babak aksi penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab. Memetik mStar Online, Wafariena, 26, berkata badannya mula berasa sakit selepas diminta melakukan babak aksi sekitar jam 3 pagi di sebuah kawasan hutan terletak di Lenggong, Perak. Menurut Wafariena babak itu sepatutnya dilakukan oleh pelakon lagak ngeri namun pengarah memintanya untuk melakukan aksi itu sendiri. “Lepas melakukannya badan saya mula rasa sakit sehingga badan lemah tidak boleh bergerak. Sekitar pukul 6 pagi, saya pergi ke klinik berhampiran dan doktor berikan suntikan ubat tahan sakit. “Namun, disebabkan keadaan saya sakit teruk, doktor minta saya melakukan pemeriksaan di hospital,”katanya. Dalam pada itu, Wafariena turut meluahkan rasa terkilan apabila pengarah drama tersebut seolah bersikap lepas tangan dan tidak langsung bertanya khabar mengenai dirinya. “Selepas kejadian itu, pengarah langsung tidak bertanya saya okay atau tidak. Dia seolah-olah lepas tangan. Itu yang membuatkan saya rasa terkilan. “Saya terpaksa dipapah ketika kejadian kerana tidak boleh bergerak. Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri,” katanya.
|
Perawankota replied at 11-10-2022 02:46 AM
Boleh tak jangan over Sgt tulis, pelakon jelita berbakat besar.. Aku rasa sekarang punya artis mmg t ...
Perawankota replied at 11-10-2022 02:46 AM
Boleh tak jangan over Sgt tulis, pelakon jelita berbakat besar.. Aku rasa sekarang punya artis mmg t ...
ADVERTISEMENT