CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Nak Umum Apa Petang Ini?

10-10-2022 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5483| Komen: 80

Hantaran pemimpin politik dan ahli Parlimen dalam media sosial seolah-olah membayangkan pengumuman pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat, yang mungkin seawal hari ini.


Walaupun hantaran itu tidak menyatakan secara jelas butirannya, ia dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


FB Sanusi

Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor antara yang membuat hantaran di laman Facebooknya dipercayai berhubung perkara itu.

“Dok rasa macam depa nak umum petang ni,” kata Muhamad Sanusi dalam hantaran berkenaan.




Selain itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi bercakap mengenai ‘anak bulan’ kelihatan jelas di Putrajaya sekali gus memberi ‘hint’ tentang pilihan raya dalam masa terdekat.

“Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. Raya atau pilihan raya,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.




Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang turut menyatakan perkara sama selepas menyempurnakan program di beberapa buah negeri dalam tempoh 40 jam semalam.

Spekulasi pembubaran terus kuat diperkatakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk kali kedua dalam tempoh empat hari bagi menyatakan hasrat tersebut.

Bayangan pembubaran Parlimen bakal berlaku dalam masa terdekat dikuatkan lagi dengan tindakan UMNO yang mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn, malam ini.


FB Ismail

Pada pukul 2.30 petang ini, Ismail Sabri dijadualkan untuk menghadiri Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 10-10-2022 01:18 PM
@green~tea pru bila?
Quote green~tea 10-10-2022 01:52 PM
CiliPadiSedap replied at 10-10-2022 01:18 PM
@green~tea pru bila?

Quote kemaruk 10-10-2022 02:00 PM
Bubar hari ni

Penamaan calon 28 okt

PRU15 12 nov

Tekaan je
Quote laksmanabentan 10-10-2022 02:18 PM
semua da tak sabar nak kaut harta tu...
hahahaha...
Quote ulamalu 10-10-2022 02:23 PM
kemaruk replied at 10-10-2022 02:00 PM
Bubar hari ni

Penamaan calon 28 okt

Jgnlah PRU 12 Nov.  Ada organize event hari tu, dah  bertungkus lumus prepare dari bulan lepas
Quote green~tea 10-10-2022 02:26 PM
ulamalu replied at 10-10-2022 02:23 PM
Jgnlah PRU 12 Nov.  Ada organize event hari tu, dah  bertungkus lumus prepare dari bulan lepas

Ongoing negotiations dengan negara2 luar pun tetiba halted takde locus standi.. buat malu je bodoh betul
Quote ultra78 10-10-2022 02:27 PM
ulamalu replied at 10-10-2022 02:23 PM
Jgnlah PRU 12 Nov.  Ada organize event hari tu, dah  bertungkus lumus prepare dari bulan lepas

ok apa. Invite calon bertanding ke event utk meriahkan majlis..
Quote CiliPadiSedap 10-10-2022 02:59 PM
ulamalu replied at 10-10-2022 02:23 PM
Jgnlah PRU 12 Nov.  Ada organize event hari tu, dah  bertungkus lumus prepare dari bulan lepas

nikah isteri kedua ke 12 nov?
Quote Kak-Rohana 10-10-2022 03:06 PM
Dafi nak lancar album baru.. kolaborasi bersama Brono Marikh!
Quote vokay 10-10-2022 03:08 PM
Yg penting dah tau siapa nak pangkah
Quote JunkMail 10-10-2022 03:12 PM
Amenda pak mael bercerita sejarah dia naik jadi PM..
Cepat lah straight to the point apa sebenarnya pengumuman khas nak dicakap sangat tu.. haiyaaa
Quote noor2 10-10-2022 03:13 PM
Nak bg lagi rasuah kat rakyat le tu....apa lagi...
Quote ultra78 10-10-2022 03:13 PM
Dah 10 minit dan 2 kali minum air. Apa yang dia nak beritahu?
Quote CiliPadiSedap 10-10-2022 03:13 PM
BUBARRRRRRRR haha
Quote JunkMail 10-10-2022 03:13 PM
Bubarrrrrrrrrrrr
Quote kemaruk 10-10-2022 03:14 PM
Sian wak jahid kena game pak mael
Quote genUmi 10-10-2022 03:15 PM
bubur dudah
Quote domestobot 10-10-2022 03:15 PM
pengumuman PKP lagi ke
Quote hasmay 10-10-2022 03:15 PM
Dah bubar..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.090428 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top