CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Pemandu Hilux Hitam Mabuk Rempuh Kereta Dalam Rusuhan Kelab Malam

10-10-2022 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1384| Komen: 3

Satu kejadian rusuhan di sebuah kelab malam di Bintulu, Sarawak pada Ahad menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat dilanggar pemandu mabuk.

Ketika kejadian, seorang pemandu Hilux berwarna hitam merempuh kenderaan lain di lokasi kejadian dari arah hadapan.



Insiden itu difahamkan berpunca daripada pergaduhan yang berlaku di sebuah kelab malam sebelum suspek kemudiannya menimbulkan kekecohan di luar premis berkenaan.

Berdasarkan video kejadian yang dimuat naik di laman media Facebook, kelihatan orang ramai membaling botol dan memecahkan lampu kereta berkenaan ketika insiden tersebut.


Susulan kejadian, suspek kemudiannya mengundurkan kereta dengan laju dan merempuh kenderaan lain di lokasi terbabit.

Beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan akibat pelanggaran itu dan difahamkan orang ramai telah membuat laporan berhubung kejadian.


FB Majoriti

Namun, suspek dilaporkan berjaya melarikan diri dan pihak polis sedang berusaha menjejaki pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Rimong Anak Judan, 36, bagi membantu siasatan berkaitan kes rusuhan dan khianat.

Menurut polis Bintulu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-10-2022 12:43 PM
Rusuhan tak puas hati apa pulak ni?


Quote DayangKirana 11-10-2022 11:57 AM
berani nye la yang berdiri dekat2 tuh..kebal ke ape korang nih..
tak takut mati ke seko2?
Quote s@s@ 11-10-2022 12:27 PM
kes kena hon ke apa?
jarang2 terjadi kat negeri paling x racist ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037712 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top